Tak dapat dinafikan fanatik menyokong sesuatu team itu wujud di mana-mana negara sekalipun. Kadang-kadang bila dah fanatik, penyokong ambil tindakan yang mengarut tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Misalnya seorang peminat bola sepak di negara kita ni. Kita anggap dia penyokong tegar pasukan Merah Setan. Dia sudah tentu tahu pasukan apa yang beraksi di Stadium yang hendak dia tuju. Tetapi dia tetap nak pakai baju Merah Setan. Agaknya apa yang dia fikirkan ketika itu?
1. Nak bagitau bahawa dia penyokong setia yang berani
2. Nak dapatkan perhatian atuk Alex
3. Sebenarnya dia tengah scout player utk team Merah Setan
4. Sengaja nak jadikan video ini viral sehebat Rebecca Black's Friday
5. Dia tak pernah beli baju lain selain baju itu
So saksikanla rakaman video aku jumpa kat youtube ni. Tak pasal-pasal dia dah jadi famous, dan pasti akan menggugat keputusan peperiksaan dia nanti/atau prestasi kerja sebab semua orang dah kenal siapa dia.
*info terbaru aku dapat dari member yang pergi stadium semalam, pemuda tersebut didapati membuat provokasi dengan beberapa kali mencium logo Setan Merah di jerseynya walaupun dia sedar sedang dikelilingi oleh penyokong setia YNWA. Insiden itu yang membawa kepada kekecohan seperti video di bawah.
*info terbaru aku dapat dari member yang pergi stadium semalam, pemuda tersebut didapati membuat provokasi dengan beberapa kali mencium logo Setan Merah di jerseynya walaupun dia sedar sedang dikelilingi oleh penyokong setia YNWA. Insiden itu yang membawa kepada kekecohan seperti video di bawah.
soal patriotik atau tidak kita bincang posting lain. Even isu "orang kita" pakai baju sponsor Carlsberg tu pun aku nak cerita posting lain. Kita tumpukan dulu isu peminat fanatik 1 orang vs peminat fanatik 30,000ribu org
kesimpulannya, fikirkan situasi dulu la. Why would you wear a rival team jersey which has nothing to do with the particular match, and dare to sit with the fanatic fans?
Btw, ketika perlawan Malaysia vs Arsenal pun terdapat beberapa fans yang datang memakai jersey pasukan lain, termasuklah Merah Setan. Depan aku pun ada 2 orang pakai baju Merah Setan, tapi mereka beradab dan tak buat perkara yang mendatangkan marah seperti mencium logo team atau beraksi pelik. Diorang siap bawa bandana Malaysia dan bersorak untuk Malaysia. Maka, tiada kejadian seperti video di atas ini berlaku di SBJ kelmarin.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan