Wednesday, July 20, 2011

Isu Politik Putuskan Silatulrahim?

Hola.

Baru-baru ni bila berlaku perhimpunan "tanpa permit" (haram tu agak keras pada aku), warga tweeterjaya, facebookers semua berebut nak memberi hujah menyokong pihak yang mereka suka. Ada yang memberi komen dengan bernas, ada yang dengan membuta tuli copy paste dan tak kurang juga yang berbicara dengan kata-kata kuajaq gila. Tak padan dengan usia, budak-budak baru belasan tahun yang belom sunat pun dah sibuk join sekaki dalam isu politik.

Ada kawan-kawan yang beritahu bilangan friends di facebook & twitter berkurangan apabila masing-masing mula menunjukkan sokongan kepada pihak tertentu. Mungkin selama ini mereka tidak pernah berbicara tentang politik. Sampai ada yang begitu anti bila lihat ada perkataan Najib, Anwar, Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Guan Eng etc di timeline twitter mereka. Lebih-lebih lagi bila pemimpin pilihan mereka dikutuk.

Tapi apakah berbaloi semua persengketaan ini? Putus kawan, putus sedara kerana mainan politik yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

Najib komplot bunuh Altantuya?
Anwar berzina dengan pelacur?
Nik Aziz dan isu balak di Kelantan?
Karpal Singh kontrol PAS?
Lim Guan Eng rasuah rakyat Pulau Pinang?

Itu masalah mereka. Tak payah lah kita semasa sendiri bertekak nak menangkan mereka. Apa yang kita pertahankan pun semuanya berdasarkan khabar angin, gossip-gossip dari jiran tetangga atau paling kurang dicanang waktu ceramah politik. Sebab akhirnya, kita tak dapat apa-apa pun. "Mereka" tetap hidup senang, dapat layanan first class, walhal kita terhegeh-hegeh terpekik macam orang tak betul di jalanan menyokong sesuatu yang kita sendiri tak tahu untuk siapa.

Aku rasa tak usahlah taksub sangat. Paling penting, daftar sebagai pengundi. Jangan nak kata proses mengundi tu tak adil. Itu semua propaganda. Propaganda yang dicipta oleh pihak yang belum mampu menawan satu negara.

Bila tarikh pilihanraya umum dah tahu nanti, pastikan kamu semua turun dan undilah Parti yang layak bagi kamu. Jangan nak butthurt pulak. Tak perlulah bergaduh dengan kawan-kawan, dengan sedara-mara, sesama suami isteri hanya semata-mata pemahaman politik yang berbeza. Janganlah putus kawan, tak elok tau. Kebebasan bersuara sekali pun, adab dan tatacara perlu lah dijaga. 

Meh aku petik satu quote yang menarik tentang politik :

"One of the reasons people hate politics is that truth is rarely a politician's objective. Election and power are."

Apa yang penting, study dulu info yang korang dapat. Jangan nak sembang pasal Islam kalau hari-hari kat facebook tapi dalam masa yang sama dok ngumpat, memfitnah berdasarkan fakta yang kau sendiri tak boleh nak justify. 

Kthnxbai.

Photobucket


0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails