Showing posts with label Kes Bunuh. Show all posts
Showing posts with label Kes Bunuh. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Bunuh, Penggal, Kerat, Gantung : Drug War di Mexico City

Photobucket
photo source here


Aku terbaca kisah ini di internet (of course la).

"Ganas gila", respon pantas without lagging sebaik saja aku baca dan lihat gambar di atas.

Ini tahap kena rasuk betul ini. Bunuh, penggal kepala, dikerat alat kelamin dan jari telunjuk kemudian di gantung terbalik dalam keadaan bogel di jambatan berhampiran kawasan kediaman mewah. Bukan seorang tapi 4 orang! Mujur ia tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya berlaku di Mexico City. Puncanya mungkin akibat konflik aktiviti dadah antara dua puak berlainan. Negara Mexico sememangnya terkenal dengan drug war besar-besaran.

Selain kes itu, dalam jarak masa 10jam, dua lagi lelaki lain dibunuh dan kepala dipenggal. Pembunuh mereka juga meninggalkan satu beg plastik berisi kepala-kepala yang dipenggal berserta mesej amaran.

+ + + + + + +

Jenayah berlaku setiap masa. Tapi lihatlah kadar keganasan yang makin menggila di dunia sekarang. Apakah korang sanggup pegang parang, dan penggal kepala seorang lagi manusia lain macam sembelih ayam? Nak sembelih ayam pun kita ada rasa teragak-agak kan?

p/s : baru cerita ayam, belum masuk cerita jumpa lipas lagi

info source : here

Wednesday, August 4, 2010

Kawan Aku Rupanya Berada di Lokasi Kemalangan Bekas Adun Permatang Pauh Semalam!

gambar dari Utusan

Semalam berlaku kemalangan atau lebih tepat sekali satu kes pembunuhan misteri bekas Adun Permatang Pauh iaitu Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat. Bila bersembang dengan rakan aku semalam rupanya mereka berada berhampiran lokasi kejadian!

Mereka ketika itu dalam perjalanan ke utara dan melalui kawasan kejadian beberapa minit selepas kemalangan yang melibatkan kereta Caldina putih itu berlaku. Mereka mulanya ingat kemalangan biasa, dan berjaya mengelak kesesakan lalu lintas sebab ianya baru berlaku ketika itu. Tapi bila mereka pulang ke Shah Alam pada waktu petang, kenderaan itu masih di situ dan polis agak ramai mengerumuni kawasan kejadian. Pihak polis juga menutup kawasan lorong kanan arah utara dengan penghadang.

Mereka pun agak musykil kenapa kereta itu masih berada di situ walaupun sudah beberapa jam berlalu. Lepas mereka dengar berita barulah mereka tahu rupanya kereta yang kemalangan waktu mereka lintas itu rupanya milik bekas Adun yang menjadi berita hangat semalam.

Apa yang berlaku dalam kejadian itu masih dalam siasatan Polis. Aku tak nak menyatakan apa-apa andaian nak berlagak pandai CSI dalam entri ini. Tapi aku minat dengan kereta milik allahyarham..model Toyota Caldina, kereta idaman aku.

p/s : diorang tak pula ambil gambar masa lintas caldina tu. mungkin tak expect ia menjadi big issue

Friday, March 5, 2010

Dakwa Segera Pembunuh Kanak-kanak!

mangsa dera, K. Harevarran
(gambar dari Berita Harian)

Ia berlaku lagi. Dalam masa seminggu, dua kes yang hampir sama berulang. Terdahulu, arwah adik Syafiah menjadi mangsa keganasan seorang lelaki yang merupakan "teman lelaki" ibunya. Belum reda kisah itu, kali ini seorang lagi kanak-kanak yang baru berusia 18 bulan, mati akibat dipukul dan dipijak oleh suami kepada pengasuhnya. Kenapa?

Apakah masalah kedua suspek ini? Waras ke tidak? Kalau boleh tak perlulah reman lama-lama. Cepatlah sikit bagi hukuman. Mereka ini pembunuh kanak-kanak yang tidak berdosa!

Monday, March 1, 2010

Edisi Bincang Bersama Blogger - Kes Adik Syafiah

Topik yang menjadi perdebatan hangat minggu ini sudah pasti kes kematian arwah adik Syafiah Humairah. Pagi ini di radio Hot.FM, Fara Fauzana dan FBI membuka topik berkenaan Sikap Ambil Tahu sesama kita. Jadi aku ingin membuka perbincangan di kalangan blogger sekalian, apakah pendapat anda semua mengenai topik ini. Sikap rakyat Malaysia yang kurang mengambil tahu, atau lebih suka memilih untuk tidak ambil tahu hal sekeliling rumah.

Kita mungkin tidak boleh berharap 100% kepada pihak berkuasa, jadi kita para blogger mungkin boleh memulakan sesuatu untuk mengubah senario ini. Apa kata anda?


Sunday, February 28, 2010

Malaun ini lebih Hina dari Binatang!

Selamat kembali ke FTN. Kali ini kita mulakan dengan melihat beberapa keping gambar. Ada tiga gambar. Cuba perhatikan dan bandingkan ketiga-tiga gambar ini. Semuanya gambar binatang/haiwan. Ada Cheetah, Beruang Kutub, dan Serigala. Dan dalam gambar-gambar itu juga kita boleh lihat haiwan tersebut dan keluarga mereka. Anak-anak mereka kalau nak lebih tepat. Semuanya sihat-sihat, semuanya comel-comel dan semuanya bernaung dibawah jagaan ibu atau bapa mereka. Sifat kekeluargaan mereka sama seperti sifat kasih sayang kita sesama manusia.


Keluarga Cheetah


Keluarga Beruang Kutub


Keluarga Serigala

Teruskan membaca..

Related Posts with Thumbnails