Showing posts with label Semi Finals. Show all posts
Showing posts with label Semi Finals. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Thailand Nak Main Kotor Ye

pic credit to anakulucheka.com

Hanya empat jam selepas penganjur, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memohon maaf berhubung insiden Harimau Malaya menjalani latihan di padang umpama bendang di Jaran Buraprat, petang kelmarin, skuad kebangsaan sekali lagi 'dipermainkan' pada sesi latihan terakhir, malam tadi.

Pada mulanya, Harimau Malaya yang bakal berdepan Thailand untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam ini dijanjikan sesi latihan rasmi selama sejam di Stadium Supachalasai, malam tadi tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Gitulah petikan laporan akhbar Berita Harian mengenai persiapan Harimau Malaya untuk berdepan Thailand pada separuh akhir leg-2 malam ini. Nampaknya jelas disitu pasukan lawan di Asia Tenggara ini semuanya tidak professional dan gerun dengan kehebatan Harimau Malaya. Thailand nampak begitu desperate dan tertekan kerana berusaha melemahkan semangat Harimau Malaya dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Sudah sudah, cukup sudah. Nampaknya FAM kena bertindak. Tak boleh nak layan sangat team lawan elok-elok. Lepas ni tak payah escort polis bagai. Penginapan pun campak je kat domitori budak-budak asrama. Training kat padang sekolah je. Nampak tak macamana teruknya layanan diorang? Salin baju tepi padang macam budak-budak turun P.J.K kat sekolah je. 

Singapura menanti di pentas Final. Kalau Harimau Malaya nak revenge, kita perlu menang ke atas Thailand. Kita perlu score dengan Thailand. Kita perlu kekang gol daripada dibolosi Thailand. Thailand manusia biasa, sama seperti semua pemain Harimau Malaya. Apa yang membezakan nanti ialah semangat, dedikasi, teamwork dan skill ketika di atas padang. 

Apapun, kata-kata keramat Ong Kim Swee ni perlu ditanam dalam hati player Harimau Malaya. 
“They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.”

Selamanyaaaa Harimau Malayaaa!!

Mahali + Wan Zack + Safee > Aku mengharapkan magis dari mereka malam ini.

Friday, December 7, 2012

AFF Suzuki CUP 2012 : Harimau Malaya vs Gajah Putih - Ramalan Anda?






Wan Zack masih doubtful untuk match Ahad ni. Khabarnya otot dia ada 5cm punya koyak. Sempat ke recover masih tak dapat dipastikan. Jadi teka-teki kesebelasan utama untuk turun Ahad ini masih belum terjawab. Mungkinkah ini satu strategi mind play oleh Rajagobal untuk merahsiakan line-up.

Apakah Farizal Marlias akan mengekalkan kehadirannya di garisan gol? Kalau Shakir Shaari masih cedera, siapa yang patut galas posisi dia? Yang pasti bukanlah William Gallas. Satu lagi persoalan, apakah jentera serangan masih dikekalkan dengan Mat Yo 80ribu - Safee Sali yang menunggang? Dapatkah kita melihat kelibat Hazwan Bakri nanti?

Seperti yang kita tengok, prestasi Thailand memang konsisten kali ini. Dari persahabatan, warm-up pre AFF, dan 3 game kumpulan AFF. Memang tip top Thailand ni dari semua aspek. Player dia semua rajin, lari pun laju, dan kita sedia tahu ranking pasukan pun lebih baik. Namun, bagi Rajagobal ranking tidak penting. Yang penting, Harimau Malaya perlu take advantage main di depan penyokong sendiri termasuk 3-4 orang kontraktor dari Indonesia dan beberapa ratus orang penyokong Thailand yang mungkin terdiri daripada tukang masak restoran Tom Yam serata Malaysia.

Ramalan anda macamana?

Kesebelasan utama pilihan aku :

Farizal (GK)
Mahali (RB) --- Aidil (CB) --- Fadhli Shas (CB) --- Zubir (LB)
 Safiq Rahim (CM) --- Gary Steven (DM)
Alex (RW) --- Mat Yo (AMF/SS) --- Kunanlan (LW) 
Safee (ST)


p/s : harap Wan Zack sempat recover untuk match penting  ni.

Tuesday, December 4, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Gajah Putih Dah Start Main Simbah Air

Juara tiga kali, Thailand mampu menyingkirkan juara bertahan, Malaysia pada separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 jika prestasi baik dipamerkan mereka sepanjang aksi Kumpulan A mampu diteruskan.

Demikian dinyatakan jurulatih Thailand, Winfried Schafer yang mahu rentak kemenangan pada tiga aksi kumpulan menewaskan Filipina 2-1, Myanmar 4-0 dan Vietnam 3-1 diteruskan apabila berdepan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini dan di Stadium Supachalasai, Bangkok, 13 Disember ini.

Seperti biasa, coach terpower kita akan jawab dengan mudah dan jelas sekali,
"Saya kenal pemain saya, ranking tak penting"

Wednesday, July 7, 2010

World Cup Semi-Finals : Germany vs Spain, Germany FTW!!

FTN predict : Of course Germany FTW!

Awal pagi ini dua lagi pasukan hebat akan berentap untuk menentukan siapa akan melangkah ke Final World Cup 2010 di South Africa dimana Netherlands menanti. Germany yang sedang meningkat naik selepas persembahan mantap dengan England dan Argentina akan menghadapi antara pasukan terhebat dalam temasya kali ini (sebab Brazil dan Argentina dah kaput, so terpaksa la cakap macam ini). 


Germany turun dengan 2 condition malam ini. Tanpa penyerang muda Mueller, dan dengan berita Paul the Octopus yang memilih Spain sebagai pemenang. Tapi yang kedua tu macam tak relevan bagi aku. Semua permainan minda. Mungkin sotong itu dikawal untuk bergerak ke kotak Spain. Reverse Psychology daripada penyokong Germany? Haha. Gila skeptikal.


David Villa dan Klose pasti berebut nak menambah jaringan untuk merangkul Golden Boot bagi World Cup 2010. Setakat ini David Villa dan Sneijder mendahului dengan 5 gol, manakala diikuti Klose dan Mueller dengan 4 gol. Klose juga sedang getting close untuk menyamai rekod gol terbanyak sepanjang World Cup yang dipegang oleh Ronaldo (botak yang ada jambul sikit) dengan 15 gol.

Pose khas buat peminat (aweks-aweks).
Strategi meraih penyokong. Haha

+ + + + + + +

May the best team wins. Harap-harap Germany akan memberi satu sebab untuk aku berjaga masa Final nanti. hehehe. Wir werden wieder weltmeister sein!! 

Barisan kemungkinan Germany  : Manuel Neuer, Per Mertesacker, Jerome Boateng, Philipp Lahm, Marcell Jansen, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Mesut Ozil, Trochowski, Lucas Podolski, Klose

Barisan kemungkinan Spain : Iker Casillas, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevila, Sergio Ramos, Busquets, Xabi Alonso, Xavi, David Villa, Fabregas, Iniesta

Tuesday, July 6, 2010

Menjelang Germany vs Spain : Ada Juga Yang Desperate!

FTN predict : 2-1 to Germany!

Yeahh..mari kita hangatkan perang World Cup 2010! Semua sudah tahu 4 pasukan yang layak ke Semi-Finals iaitu Germany, Spain, Uruguay, dan Netherlands. Tapi tumpuan sudah pasti kepada game terhebat tahun ini Germany vs Spain. Lebih hebat dari perlawanan England dibelasah 4-1, lebih mantap dari kemusnahan Brazil dititik 4-0 baru-baru ini. Apakah ini semua disebabkan oleh seruan Vuvuzela di Afrika Selatan??

Ok sebagai peminat Germany, seperti biasa menyokong team kegemaran berdasarkan jumlah jersey yang ada dalam robok di rumah. Haha. Sejak dulu lagi aku mengumpul jersey Germany, tak kira ori atau tidak (ni jujur tau). Baju terbaru je belum sempat beli, sebab tak mampu, dan tak jumpa yang Gred AA punya replica..kekeke.

Menjelang perlawanan awal pagi 8hb nanti, sudah ada tindakan desperate penyokong Spain yang mengimpose gambar Paul the Octopus yang menjadi famous dengan ramalan pasukan Germanynya. Semalam kecoh di Facebook aku, dengan berita Paul meramalkan Spain menewaskan Germany. Tetapi setelah diselidik aku dapati rupanya gambar tersebut adalah Palsu! ya Palsu! Fake! Cetak Rompak! Tak percaya? tengoklah bukti dibawah ini.

Gambar yang diphotoshop oleh penyokong Spain
(photo source here)

Sebenarnya, tak elok percaya benda-benda macam ini. Khurafat weh. Apalah sangat sotong tu ada kuasa meramal ke? Biarlah orang lain nak percaya, tapi kita cuma boleh anggap ia satu kebetulan. Baca lagi kisah-kisah ramalan Paul di sini.

Jangan riak dan jangan takbur. Bila dah sampai ke Semi-Finals sudah tentu kedua-dua pasukan hebat, kecuali lah Uruguay yang main tipu pakai tangan tuh. Perlawanan pasti sengit, dan aku harapkan lebih menarik daripada Germany vs England, dan Germany vs Argentina. Dan as a typical Germany fan, aku predict Germany tewaskan Spain 2-1. Fairplay beb..fairplay..kekeke

Friday, May 14, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas : Misi Malaysia Gagal!


Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010
Malaysia [ 0 ] – China [ 3 ]

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan
17-21, 8-21

Koo Kean Keat/Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun/ Fu Hai Feng
15-21, 10-21

Wong Choong Han tewas kepada Chen Jin
16-21, 7-21


Chong Wei masih gagal mengatasi seterunya Lin Dan
gambar lama dari google.com


Dengan berakhirnya 3 perlawanan pertama dengan kekalahan straight set, Malaysia tunduk kepada China dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas. Nampaknya kedudukan ranking 1 yang dimiliki oleh Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kean Keat/Tan Boon Heong tidak dapat dibuktikan dalam perlawanan malam ini. Choong Han juga tidak mampu menyangi lawan yang jauh lebih muda dan cergas daripadanya. Rasanya dalam setiap set malam tadi, Malaysia tidak pernah mendahului pemain China. 

Malaysia gagal dalam misi menawan kembali Piala Thomas. Malaysia gagal melepasi Tembok Besar China yang kelihatan lebih tinggi dan tegap dari biasa. Nampaknya Malaysia perlu melahirkan barisan pelapis muda bermula dari sekarang. Pastikan tahap kecergasan berada setaraf dengan pemain-pemain China.

Namun, pastinya sayang seribu kali sayang. Kita gagal manfaatkan peluang bermain di tempat sendiri. Apapun tahniah Malaysia, kerana memberi sedikit harapan kepada para penyokong. Cuba lagi di masa hadapan.

p/s : tunggu World Cup sajalah lepas ini..tapi Malaysia tak masuk!

(TERKINI) Semi Final Piala Thomas 2010 : MALAYSIA vs CHINA



Baru tiba di kampung halaman. Tepat pada masa, sebelum perlawanan Malaysia vs China bermula. Sudah siap sedia terpacak di depat TV. Mana pula aku letak bendera Malaysia..tak jumpa..huh. Fuhh debaran wehh

Apa pun, perlawanan belum bermula, tapi Lee Chong Wei dan Lin Dan sudah kelihatan bersedia.

Game 1 :
Lin Dan nampak yakin walaupun dengan tekanan penonton Malaysia. Nampaknya Lin Dan lebih mengusai gelanggang dengan serangan dan gerakan pantas. Nampaknya Lin Dan terlalu kuat untuk Chong Wei. China menang perseorangan pertama.

Tidak mengapa, kita nantikan pasangan beregu utama negara pula. Penyokong di harap teruskan menyokong. Kuatkan sorakan. Rasa macam suram je fans. Jangan putus asa weh!

Nampaknya beregu China juga terlalu kuat untuk pasangan Malaysia. China mendahului 2-0

update : 9.35pm

Keputusan Terkini Separuh Akhir Piala Thomas 2010
Malaysia [ 0 ] – China [ 2 ]

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan
17-21, 8-21

Koo Kean Keat/Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun/ Fu Hai Feng
15-21, 10-21

Wong Choong Han vs Chen Jin
16-21, 6-17

Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Xu Chen/Guo Zhendong


Mohd Hafiz Hashim vs Bao Chunlai

Semi Final Piala Thomas 2010 : Lee Chong Wei vs Lin Dan Jadi Tumpuan

the two biggest rivalry in badminton

Semi Final Thomas Cup 2010
MALAYSIA vs CHINA

Petang ini, seluruh rakyat Malaysia bakal melekat di hadapan TV seperti seekor cicak yang melekat di dinding. Kerana perlawanan yang paling dinanti-nanti iaitu Malaysia menentang juara bertahan China dalam merebut tempat ke Finals Piala Thomas 2010. Sudah pastinya pertembungan dua gergasi perseorangan dunia iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan (bukan Linda Onn).

Pastinya di atas kertas, pasukan China nampak lebih hebat dengan barisan pemain-pemain yang menduduki ranking 1 digit. Di tambah dengan faktor usia, China mempunyai kelebihan. Tetapi jangan mudah putus asa hanya dengan membaca data dan statistik. Kerana kali ini kita mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri. Pemain China bukan saja perlu melepasi cabaran dari pemain Malaysia, tetapi mereka perlu mengatasi sorakan dan sokongan penyokong Malaysia yang dijangka "Full House" hari ini.

Thursday, May 13, 2010

Hari Ini Hoki, Esok Bagaimana? Malaysia vs China Thomas Cup 2010 Separuh Akhir

Malaysia berjaya menewaskan China dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan terakhir Piala Sultan Azlan Shah ke-19 di Ipoh. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amin Rahim dan Azlan Misron. Pasukan negara kini menunggu keputusan perlawanan lain pada hari Sabtu, untuk menentukan sama ada kita layak untuk ke final, ataupun hanya ke peringkat perlawanan klasifikasi.

Tahniah kepada pasukan Hoki Malaysia. Selepas membelasah juara bertahan India semalam, hari ini berjaya mengatasi China. Harap-harap semangat ini akan diteruskan dengan pasukan Piala Thomas Malaysia. Esok Malaysia akan berdepan juara bertahan China dalam peringkat separuh akhir. Apakah kita mampu mengatasi tembok besar China? Semoga dengan sorakan padu dari penyokong, pasukan Malaysia mampu lakukannya!

Ayuh Chong Wei, kalahkan Lin Dan!

p/s: teringin nak pergi stadium esok, tapi tiket tak ada!


SOURCE : Azlan Shah Cup website, imej dari google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails