Showing posts with label Paul The Octopus. Show all posts
Showing posts with label Paul The Octopus. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Chef Wan Tawar Perlindungan Pada Paul the Octopus

Tekanan demi tekanan diberikan kepada Paul the Octopus satu dua hari ni. Banyak pihak nak assasinate Paul, tak kira dari Argentina mahupun Germany. Penyokong Netherlands pun dah mula merancang pembunuhan sebab Paul ramal Spain menjadi juara. Apapun, pelbagai langkah diambil seperti meningkatkan keselamatan kawalan Paul, dan ada juga yang nak bawa Paul lari ke tempat lain.

Chef Wan juga tidak ketinggalan menawarkan perlindungan kepada Paul.


+ + + + + + +

Paul, sememangnya kau dibenci seluruh dunia. Kenapalah kau melibatkan diri dengan scam ramalan-ramalan kau itu? Berenang sajalah dalam aquarium..tak perlu sibuk-sibuk hal bola sepak. Emo.

Friday, July 9, 2010

Paul The Octopus Lebih Popular Dari Lady Gaga

Lady Gaga, gelaran yang diberi kepada kucing peliharaan 
Encik Abdul (bukan nama sebenar) 

Tahap kebencian terhadap Paul the Octopus semakin meningkat sejak kekalahan Germany kepada Spain tempoh hari. Lebih hebat daripada populariti Lady Gaga dan Facebooknya. Sebelum ini, Paul ada menerima ancaman tetapi ia hanya datang daripada penyokong Argentina (kaum kerabat Maradona barangkali). Namun keadaan terkini menjadi lebih kritikal apabila penyokong Germany sendiri sudah bertindak di luar tabii dengan menghantar resepi-resepi berkaitan masakan Sotong kepada Sea Life Oberhausen, tempat di mana Paul tinggal sekarang. Cafeteria dan semua pekerjanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti Paul dicampak dengan sengaja ke dalam air mendidih dan sebagainya. Mereka khuatir Paul tidak dapat bertahan sehingga Euro 2012 nanti.

Antara resepi yang paling banyak dihantar oleh penyokong Germany :

Paul Celup Tepung
Sumber photo
Resepi "Paul Celup Tepung"
Bahan-bahan :
2 Sudu Tepung jagung
2 Sudu Tepung gandum
2 Sudu Tepung beras
3 biji telur (dipukul seperti memukul Paul)
Paul the Octopus (potong ikut suka)

Cara-cara :
Bersihkan Paul (tak nak pun tak apa)
3 jenis tepung (dicampur, gaul)
panaskan miyak sepanas yang boleh, celup Paul ke dalam telur kemudian gaulkan dengan tepung dan goreng hingga kekuningan (hangit pun tak mengapa). Sedia Untuk dihidangkan.

Cadangan hidangan :
Makan begitu saja, atau cicah dengan Sos sambil menonton perlawanan tempat ke-3 antara Germany dan Uruguay. Kunyah banyak kali, sampai letih. Boleh juga buat makanan sampingan ketika menyertai demonstrasi jalanan sebagai protest kepada Paul.


+ + + + + + +

Sorrylah kawan-kawan, aku tengah ketandusan idea. Hentam Paul pun best juga. Haha. 

Wajah Sebenar Paul The Octopus


Walau secomel mana sekalipun Paul the Octopus, bagi aku dia hanya layak dilayan seperti..

Lauk Pagi, Tengahari, Malam

+ + + + + + +

Comrades, Let's join "I Hate Sotong Paul" at Facebook!

Nang this if you Hate Paul

Wednesday, July 7, 2010

Paul The Octopus Pilih Spain Jadi Juara World Cup 2010?

Kali ini seluruh Germany terkejut dengan ramalan Paul the Octopus. Bayangkan stesen televisyen di sana boleh buat live coverage ramalan Paul. Keputusan Paul memilih kotak Spain telah menyebabkan kemarahan dan kekecewaan penyokong Germany (di Germany ye, aku tak kecewa pun).
Two national networks interrupted their programing on Tuesday for live coverage of Paul's latest forecast, and groans of disappointment rang out across Germany after Paul went for a container with a morsel of food in it bearing the Spanish flag.
Bagi aku lah, apalah nak percaya sangat kat Sotong. Rupa-rupanya Paul ini dah berkhidmat sejak EURO 2008. Dan ada rekod 9-1. Ada satu ramalan dia yang tidak tepat. dan ia pun melibatkan Germany vs Spain. Ketika itu Paul memilih Germany, tetapi Spain menang 1-0.
Germans stunned by Paul's decision to pick Spain took consolation in the fact that Paul got one of his five picks wrong at the Euro in 2008. Oddly enough it also involved Spain: In the final Paul picked Germany over Spain. But Spain won 1-0.


It was Paul's only inaccurate pick of that tournament. He has never been wrong since and has an overall record of 9-1.


"Maybe Paul was just trying to give Spain a false sense of security," said Munzig, who said scores of journalists were at Sea Life to witness Paul's latest pick. Thousands of people have visited Sea Life to see Germany's newest celebrity.
Apa pun, kita sebagai umat Islam, dilarang percaya kepada ramalan sebegini. Khurafat tau. Sekadar melawak tu boleh lah, tapi janganlah pergi cerita kat kawan-kawan,

"Weh der, aku konfiden Spain menang weh. Sotong tu dah pilih! Konfem! Kalau berani jom bet ahh"

Pada aku, Sotong ini mempengaruhi minda semua saja. Mindset tu. Psychology effect mungkin. Tapi seperti perlawanan pagi tadi (yang aku berjaya bangun tengok live dan mengantuk gila sekarang), aku harapkan ia penuh dengan gol-gol menarik (macam Van Bronckhorst).

May the best team wins and reach the Finals!

Ini gambar original. Bukan tipu-tipu macam semalam.
(photo source here)

+ + + + + + +

Baru ku sedari Buffered Earnings sudah menjauhi blog ini. Sejak kempen World Cup, traffik blog ini agak slow, mungkin rata-rata pembaca bukan penyokong Germany atau mungkin juga penyokong England. Apapun, aku tidak bersedih, dan berusaha untuk mencari kembali momentum untuk blog. Kalau desperate sangat senang je, cari gambar artis malaysia seksi, taruk headline panas, konfem semua datang menjenguk atau cerita pasal Park Yong Ha ke? Tapi aku tak reti doh..aku tulis perkara yang aku suka. Jadi apa nak kisah? Hehe

Tuesday, July 6, 2010

Menjelang Germany vs Spain : Ada Juga Yang Desperate!

FTN predict : 2-1 to Germany!

Yeahh..mari kita hangatkan perang World Cup 2010! Semua sudah tahu 4 pasukan yang layak ke Semi-Finals iaitu Germany, Spain, Uruguay, dan Netherlands. Tapi tumpuan sudah pasti kepada game terhebat tahun ini Germany vs Spain. Lebih hebat dari perlawanan England dibelasah 4-1, lebih mantap dari kemusnahan Brazil dititik 4-0 baru-baru ini. Apakah ini semua disebabkan oleh seruan Vuvuzela di Afrika Selatan??

Ok sebagai peminat Germany, seperti biasa menyokong team kegemaran berdasarkan jumlah jersey yang ada dalam robok di rumah. Haha. Sejak dulu lagi aku mengumpul jersey Germany, tak kira ori atau tidak (ni jujur tau). Baju terbaru je belum sempat beli, sebab tak mampu, dan tak jumpa yang Gred AA punya replica..kekeke.

Menjelang perlawanan awal pagi 8hb nanti, sudah ada tindakan desperate penyokong Spain yang mengimpose gambar Paul the Octopus yang menjadi famous dengan ramalan pasukan Germanynya. Semalam kecoh di Facebook aku, dengan berita Paul meramalkan Spain menewaskan Germany. Tetapi setelah diselidik aku dapati rupanya gambar tersebut adalah Palsu! ya Palsu! Fake! Cetak Rompak! Tak percaya? tengoklah bukti dibawah ini.

Gambar yang diphotoshop oleh penyokong Spain
(photo source here)

Sebenarnya, tak elok percaya benda-benda macam ini. Khurafat weh. Apalah sangat sotong tu ada kuasa meramal ke? Biarlah orang lain nak percaya, tapi kita cuma boleh anggap ia satu kebetulan. Baca lagi kisah-kisah ramalan Paul di sini.

Jangan riak dan jangan takbur. Bila dah sampai ke Semi-Finals sudah tentu kedua-dua pasukan hebat, kecuali lah Uruguay yang main tipu pakai tangan tuh. Perlawanan pasti sengit, dan aku harapkan lebih menarik daripada Germany vs England, dan Germany vs Argentina. Dan as a typical Germany fan, aku predict Germany tewaskan Spain 2-1. Fairplay beb..fairplay..kekeke

Related Posts with Thumbnails