Showing posts with label Palermo. Show all posts
Showing posts with label Palermo. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

France Naik Kapal Terbang, South Africa Jalan Kaki Balik Rumah

France seperti diramal gulung tikar awal, dan terpaksa melupakan hasrat nak cium bau World Cup. South Africa berjaya menewaskan France 2-1 dalam perlawanan semalam. Walaupun menang, South Africa gagal melangkah ke pusingan seterusnya kerana perbezaan gol dengan Mexico. Nampaknya South Africa kena jalan kaki balik ke rumah masing-masing. Sekurang-kurangnya France boleh naik flight. Dalam perlawan satu lagi, Uruguay menewaskan Mexico 1-0.

Bagi kumpulan B, Argentina dan South Korea menepati ramalan peminat bola sepak apabila mara ke pusingan kalah mati. Argentina menewaskan Greece 2-0 manakala South Korea seri 2-2 dengan Nigeria. Jadi Argentina menang semua perlawanan peringkat kumpulan tapi Messi masih belum dapat peluang menjaringkan gol. Tapi hampir semua gol Argentina assisted by Messi. Dia memang genius!

+ + + + + + +

Henry awal-awal lagi sudah booking seat kapal terbang
photo source : soccernet.com


Aksi luar tabii Maradona, jangan sampai bogel ye
photo source : soccernet.com

+ + + + + + +

Jangan Lupa tau!
Jangan lupa undi ye! untuk cara mengundi rujuk entri ini

Related Posts with Thumbnails