Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Yes, We'll re-build this again!






"また再建しましょう!"

Masih mengenai malapetaka yang baru menimpa Jepun. Tapi aku tak mau bagi cerita yang dah sedia ada di suratkhabar. Gambar-gambar pun dah banyak tersiar. Apa yang aku nak sebarkan ialah semangat bangsa Jepun yang begitu hebat.

Ini video petikan berita dari TV Jepun. Berita dimana para penyelamat berjaya menjumpai 3 orang mangsa yang terselamat dari dalam sebuah rumah yang teruk dilanda tsunami. Oh dan seekor anjing peliharaan mereka juga. Mereka dijumpai 42jam selepas kejadian Tsunami membadai Jepun.

Kuatnya semangat pakcik ini. Dia masih mampu tersenyum, mengucapkan terima kasih pada tentera yang menyelamatkan dia. Lepas tu pakcik tu cakap dia juga pernah terselamat ketika Tsunami (akibat gempa di Chile) tahun 1960, dan dengan tenang berkata "Kita akan bina semula rumah ini".. "saya tidak apa-apa"...Tidak mengeluh apa pun. Dia tak cakap pun pasal duit tak ada, pasal harta yang rosak, tapi dia beri kata-kata semangat pada semua dahulu. Sangat positif. Ini lah cara mereka memberi semangat kepada satu sama lain. Respect!

Aku speechless. Aku rindu orang-orang Jepun. Aku teringatkan keluarga angkat aku di sana. Tak lupa juga  sensei-sensei yang pernah mengajar aku dulu. I wish I could have that positive spirit from them. Don't get me wrong, aku bukan memperlekeh orang lain, cuma aku amat-amat berharap kita dapat belajar sesuatu daripada peristiwa ini.. 

The Japanese People Are True "Ultraman"


感動..(terharu)

Friday, April 30, 2010

Kongsi Tips - Bagaimana Nak Jadi Insan Cemerlang, Seterusnya Blogger Gemilang

Salam 1Malaysia kepada semua pembaca FTN. Sepanjang aku buat blog FTN, aku jarang menulis tentang tips-tips. Tak kiralah tips blogging, tips berkenaan nuffnang, tips bagaimana nak masak kari ayam, ataupun tips menukar lampin anak. Aku sebenarnya keliru, sama ada aku perlu menulis semua itu walhal ramai sudah menulis perkara yang sama. Macam redundant pula. Tapi mungkin itu strategi masing-masing untuk mengejar SEO. Biasalah ramai mencari tips setiap hari. Termasuk lah pelayan tetamu di hotel yang mengharapkan tips daripada korang.

Jadi kali ini, tolong beri peluang kepada aku untuk berkongsi satu tips. Bukan tips mengenai blog, nuffnang ataupun jutawan duit. Tapi tips untuk motivasi diri. Tips untuk menjadi insan cemerlang. Sesuai untuk semua golongan, tak kira adik-adik yang rasa nak bunuh diri, ataupun berangan nak jadi Tuan Muda, termasuklah artis yang mengalami masalah rumah tangga.


Teruskan membaca untuk menonton klip video ceramah motivasi ringkas tentang "Cara Menjadi Insan Cemerlang".

Related Posts with Thumbnails