Apa yang mendorong kes pembunuhan yang amat kejam ini? Ke mana hilangnya sifat kemanusiaan tatkala pembunuh memegang pisau dan memenggal kepala seorang insan yang tidak berdosa? Di mana rasa kasihan bila pembunuh meninggalkan pisau terpacak di dada insan yang tidak berdosa?
Suspek sudah ditahan, kepala mangsa yang hilang sudah ditemui, tetapi motif pembunuhan kejam ini masih menjadi tanda tanya.
Berikut petikan terkini dari akhbar UTUSAN
TAMPIN 7 Jan. – Lelaki yang dipercayai suspek kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Gemas untuk permohonan perintah reman pagi ini.
Sehingga pukul 10.15 pagi ini, lelaki itu, Rashidi Ismail, 34, yang ditahan di Kuala Lumpur petang semalam, masih ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Rashidi adalah anak salah seorang mangsa, Ismail Awang, 76, yang kepalanya dipenggal dalam kejadian kelmarin. Kepala mangsa ditemui semula di Shah Alam semalam. - Utusan
Teruskan membaca
