Wednesday, March 14, 2012

PROTON P3-21A Features shown on Youtube!

Check out these official videos from PROTON INTERACTIVE channel on youtube. Ini rasanya bersempena dengan Event PROTON Power of 1 yang akan bermula dari hari ini hingga 18 Mac bertempat di Stadium Bukit Jalil. Pelbagai acara menarik diatur disamping para pengunjung dapat mendekati teknologi automotif dan melihat pelbagai aspek PROTON termasuklah kereta konsep, team Motorsport S2000, promosi model-model PROTON, cabutan bertuah serta yang paling dinanti-nanti preview Sedan terbaru PROTON, codenamed P3-21A.

sebelum itu, kita tengok sekali video Teaser yang ditayangkan di Buletin Utama tempoh hari


PROTON P3-21A Push Start Button


PROTON P3-21A LED Running Lights, Front & Back Lights


PROTON P3-21A 7-Speed Protonic Paddle Shift


PROTON P3-21A ABS, EBD, ESC



p/s : This car really does look good and handsome in these official videos. Agree?

Wednesday, March 7, 2012

Geneva Motorshow 2012 : Nissan Invitation Concept

Sempena Geneva Motorshow yang akan berlansung dari 8-18 March ini, eloklah kalau dapat kita kongsi bersama berita-berita mengenai kereta konsep yang menarik perhatian aku. Yang pertama sekali kita tengok konsep global small car dari Nissan yang dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Honda Fit. Honda Fit ini kita semua sedia tahu merupakan model Global Small Car yang paling berjaya di serata dunia. Praktikal, Good Fuel Consumption dan Selesa.

Nissan memperkenalkan Kereta konsep yang dinamakan Invitation yang cuba meneruskan kejayaan GSC Nissan sendiri iaitu March atau Micra. Tetapi kali ini ia datang dengan styling yang lebih menarik perhatian dan sesuai. Jom tengok gambar-gambar Nissan Invitation Concept ini yang dikatakan akan dikeluarkan oleh Nissan pada 2013 nanti :

Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
panjang 4150mm, lebar 1740mm, tinggi 1470mm


Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
menggunakan base platform sama seperti Micra/March


Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
Interior yang lebih kemas berbanding Nissan Micra/March

Saturday, March 3, 2012

DRB-HICOM Perlu Transformasi PROTON - Tun Dr. Mahathir

Berdasarkan statement dari Penasihat PROTON sendiri, adakah ini satu hint bahawa Pengurusan PROTON bakal dirombak secara besar-besaran? Yang pasti 2 jawatan paling "panas" sekarang ialah Chairman PROTON dan Managing Director PROTON. Hari ini juga terdapat laporan bahawa salah seorang Senior Director di PROTON telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan.

Baca petikan artikel berita berikut yang dipetik dari Berita Harian :

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd disaran supaya mengubah Proton Holdings Bhd dan meninjau cara-cara untuk memulihkan kerugian fiskal semasa syarikat berkenaan.

Ketika membuat saranan berkenaan, bekas Perdana Menteri dan penasihat kepada pembuat kereta nasional itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengurusan baru selepas pengambilalihan, yang dijadualkan siap bulan ini, perlu membawa syarikat automotif negara itu ke era kegemilangannya.
"Jelas sekali, anda (DRB-Hicom) perlu meningkatkan organisasi, meneliti semua kerugian untuk melihat bagaimana anda boleh memulih kerugian. "Secara umumnya, syarikat baru perlu melihat semua aspek pengurusan Proton kerana ia lemah dalam semua sudut," kata Dr Mahathir kepada Bernama dalam satu temu bual.
Kerugian sebelum cukai pembuat kereta nasional meningkat kepada RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2011 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM51.535 juta pada tempoh yang sama pada 2010.

Pendapatan untuk tempoh berkenaan juga berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.

Perolehan bagi tempoh sembilan bulan pertama juga susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion berdasarkan kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM36.530 juta daripada keuntungan pra-cukai sebanyak RM134.3 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Mengenai ketua baru Proton, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada DRB-Hicom sama ada untuk menamakan pengganti baru atau untuk mengekalkan pengurusan lama.

Semasa ditanya sama ada Proton boleh mencapai semula era kegemilangannya dengan pengurusan lama di bawah induk baharu, Dr Mahathir berkata: "Jelas sekali, mungkin terdapat beberapa input baru daripada DRB-Hicom. Yang pasti ia bukan membeli Proton dan membiarkannya begitu sahaja. "

Beliau berkata aspek keuntungan kurang daripada pengurusan semasa di bawah kepimpinan Pengerusi Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed.

"Mereka (Proton) tidak membuat keuntungan. Perniagaan mesti membuat keuntungan. Jadi kita mesti mengetahui mengapa mereka tidak meraih untung," kata Dr Mahathir.

Pada Januari 2012, DRB-Hicom berjaya membeli 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton pada RM1.29 bilion atau RM5.50 sesaham.

DRB-Hicom dijangka menjadikan Proton syarikat persendirian secara rasmi hujung bulan ini, selepas selesai peraturan pengambilalihan tertentu. - BERNAMA

Apakah yang bakal berlaku di PROTON? Kita tunggu penghujung bulan March ini apabila pengambil alihan Syarikat selesai oleh DRB-HICOM.

Related Posts with Thumbnails