Showing posts with label harga myvi 2011. Show all posts
Showing posts with label harga myvi 2011. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Myvi SE 1.5 pun ada! Harga dari RM51,400 ~ RM56,500

Photobucket
Ini Myvi SE. Bezanya tiada front lip yang ganas macam Extreme


Photobucket


Hah, sekali Perodua nak launch 2 variant model skaligus. Bermakna akan ada Myvi SE 1.5, dan range topping Myvi Extreme 1.5. Kedua-duanya lebih kurang sama. Bezanya pada Myvi Extreme ialah, ditambah dengan body kit yang EXTREME, kemasan kulit yang EXTREME, spoiler yang EXTREME, serta sistem multimedia yang EXTREME.

Beza harga lebih kurang RM5-6 ribu antara model SE dan EXTREME. Nampaknya ramai yang baru membeli Myvi 1.3 mengeluh dengan keputusan PERODUA ini. Apakah Myvi 1.3 akan drop production volume memandangkan ramai dijangka membeli Myvi SE 1.5L? Kita tunggu sajalah pengumuman dari Perodua nanti.

Apapun, berhati-hati ketika memandu! Jangan nak eksyen je tau


Harga Myvi Extreme 1.5 dari RM58,200 ~ RM61,700

Photobucket
Myvi Extreme 1.5L


Photobucket


Berdasarkan brochure harga dari Perodua, Myvi Extreme 1.5L yang baru ini akan dijual pada harga RM58,200 (manual) hingga ke variant paling mahal iaitu RM61,700 (automatik). Secara peribadi saya fikirkan ia sedikit mahal bagi mereka yang inginkan kereta pertama. Mungkin agak membebankan bagi mereka yang baru bekerja. Tetapi bagi peminat-peminat kereta yang "Extreme", mungkin ini pilihan mereka. Nantikan kemunculan kereta "Extreme" ini di jalanan selepas dilancarkan hujung minggu ini.

Friday, June 17, 2011

Myvi 2011 Dilancarkan! RM43,900 - RM57,400



Malam tadi Myvi baru dilancarkan di PWTC oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seperti yang aku dah tulis sebelum ini, harga latest bagi Perodua Myvi 2011 ini dalam lingkungan RM43,900 bagi variant standard, sehingga RM57,400 bagi variant elegance (versi paling high-spec).

Warna eksklusif Myvi 2011 ialah Mystical Purple, macam dalam brochure kat bawah ni. 

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
ciri ekstra dalam variant Elegance (RM57,908)




So, apa kata anda? Will this be your next car?

Thursday, June 9, 2011

(LATEST) Harga Myvi 2011 Baru

Rasanya ini lebih tepat. Sumber dari dealer PERODUA sendiri yang dah ada printed catalogue price. So boleh refer details tentang setiap variant. Seperti airbags, ABS, GPS dan lain-lain. Sumber Buy-perodua.com

Photobucket


OTR Price

1.3 Standard (Ez) Auto       Solid : RM 47,426 | Metallic : RM 47,926
1.3 Standard (Ez) Manual   Solid : RM 44,426 | Metallic : RM 44,926

1.3 Premium (Ezi) Auto       Solid : RM 50,226 | Metallic : RM 50,726
1.3 Premium (Ezi) Manual   Solid : RM 47,226 | Metallic : RM 47,726

1.3 Elegance (Eze) Auto       Solid : RM 57,388 | Metallic : RM 57,908
1.3 Elegance (Eze) Manual   Solid : RM 54,408 | Metallic : RM 54,908 

So apa pendapat anda? Harga bersesuaian ke? Adakah pemilik Myvi sekarang akan bertukar kepada Myvi yang baru tetapi sama saiz, sama kecil, sama ruang beg balik ke kampung? Pendapat aku, kereta ini amat sesuai sebagai 2nd car untuk city driving. Tetapi, dengan harga begini dan lebih banyak alternatif lain untuk dipilih, customer harus berfikir panjang untuk memilih berdasarkan praktikalilti atau sekadar follow the trend. Hehe.

Apa pun, with the Toyota/Daihatsu DNA going strong with the Malaysian people's mindset, kereta ini bakal menjadi model terlaris Perodua sekali lagi.


Tuesday, June 7, 2011

Harga Myvi 2011 Baru?

Photobucket



Daripada sumber-sumber telefon karat,
Harga tentatif PERODUA Myvi 2011. Variant bukan main banyak kali ini.

1.3 Standard (Ez) Auto       Solid : RM 47,426 | Metallic : RM 47,926
1.3 Standard (Ez) Manual   Solid : RM 45,400 | Metallic : RM 45,900

1.3 Premium (Ezi) Auto       Solid : RM 50,226 | Metallic : RM 50,726
1.3 Premium (Ezi) Manual   Solid : RM 48,200 | Metallic : RM 48,700

1.3 Elegance (Eze) Auto       Solid : RM 57,388 | Metallic : RM 57,908
1.3 Elegance (Eze) Manual   Solid : RM 53,200 | Metallic : RM 53,700


*harga mungkin berubah ketika official launching nanti

Related Posts with Thumbnails