Showing posts with label Pelajar Maut. Show all posts
Showing posts with label Pelajar Maut. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Kemalangan Maut Di Jengka, Pahang

Berita sumber Utusan :


KUANTAN 5 Ogos - Tiga beradik dan seorang rakan mereka terbunuh selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan mewah jenis BMW di Kilometer 47.5, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Fatin Atikah Muhamed Faizal, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka (HJ) manakala dua adiknya, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi rakan mereka yang berada di tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shabudin berkata, seorang lagi rakan mereka dalam kereta itu, Shawal Ruddin Hambali, 19, mengalami cedera parah selepas patah paha kirinya.

Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Fatin Atikah,16, yang merupakan pelajar tingkatan empat dari arah Temerloh bertembung dengan kereta Nor Fazidah yang dipercayai memasuki laluan bertentangan
Takziah kepada keluarga mangsa, dan persoalan pasti timbul apabila seorang pelajar tingkatan empat didapati memandu kereta dalam kejadian tersebut. Kalau tak silap aku, lesen memandu hanya boleh diambil bila berumur 17 tahun ke atas, yang biasanya pelajar tingkatan 5.

Berumur 16 tahun, ini bermakna dia belum mendapat lesen memandu yang sah. Dan merujuk laporan akhbar di atas, mangsa membawa 4 orang penumpang lain dalam kereta kancil tersebut, dimana dua daripadanya berusia 19 dan 21 tahun (biasanya sudah memiliki lesen yang sah pada umur ini). Walaubagaimanapun daripada laporan, kereta BMW yang satu lagi didapati memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dipandu Fatin Atikah.

Kita semua sedia maklum, malang tidak berbau, dan tidak mengira usia sesiapa. Jadi teruskan berhati-hati ketika memandu. Turn signal jangan lupa. Itu satu ciptaan yang sangat penting dalam sebuah kereta. Rugi beli kereta mahal-mahal kalau tak pandai guna signal.

Satu lagi pesanan memandangkan musim balik kampung tak lama lagi, walaupun memandu kereta mewah berkuasa tinggi, itu tidak bermakna korang boleh memotong ikut suka dan membahayakan nyawa orang lain. Kita semua bayar road tax, jadi sama-sama lah berkongsi jalanraya dan memandu dengan berhemah.

Saturday, July 31, 2010

Cara Yang Tidak Betul Untuk Ambil Barang Yang Tertinggal

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelajar jurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) memanjat bilik rakannya untuk mengambil telefon bimbit dan dompet yang tertinggal mengundang padah apabila dia maut setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut semalam.
Kadang-kadang aku kurang faham kenapa ada yang sanggup mengambil risiko sebegini. Bukankah ini yang dimaksudkan oleh peribahasa "mati katak"? Menggadai nyawa hanya kerana sebuah telefon bimbit dan dompet? Daripada laporan berita, aku bayangkan dia cuba beraksi seperti Jackie Chan sebab cuba masuk ke bilik sebelah melalui balkoni. Kalau aku, jangankan tingkat 5, tingkat 1 pun aku belum tentu berani nak mencuba. Kenapa tidak cuba hubungi saja rakan tersebut? Apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.
Menurut seorang pelajar yang enggan dikenali, selepas itu, Allahyarham kemudian telah menyeberangi ke bilik tersebut menerusi bilik seorang lagi rakannya yang terletak bersebelahan.

"Ketika dia cuba menyeberangi balkoni belakang bilik tingkat lima itu, Zulkhairi Azmi telah tergelincir dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," ceritanya ketika ditemui semalam.
p/s : teringat zaman belajar di UM dulu, walaupun sekadar menumpang tempat saja. Setahun di Kolej 5, dan setahun lagi di Kolej 11.

SOURCE : Kosmo
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails