Showing posts with label Lift. Show all posts
Showing posts with label Lift. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Lif Episode 2

Fun juga kadang-kadang buat research sendiri. So aku cari-cari bahan dan prepare satu lagi entri tentang lif. Ini semua berpunca daripada kejadian yang berlaku di Flat Impian Baiduri. Bagus juga, boleh share info sekurang-kurangnya kita ada idea what to expect incase ia benar-benar berlaku. FYI, ini semua aku tulis berdasarkan maklumat dan tips diperoleh daripada internet. Mungkin kalau ada yang mempunyai pengalaman sendiri, eloklah kongsi bersama.

Photobucket
Berdiri tidak digalakkan lansung. Ini kerana kita mendedahkan kaki tertumpu kepada impak yang besar daripada hentakan. Risiko patah tulang paling tinggi dalam keadaan macam ini. Sekiranya lif penuh, dan terpaksa berdiri maka hendaklah membengkokkan lutut sambil mengjengket kaki sikit. At least impak dapat dikurangkan akibat tindakan refleks membengkok kaki. Alah, macam orang lompat dari atas ke bawah, kan lutut akan bengkok untuk serap hentakan?

Duduk pun tidak berapa baik. Tetapi lebih elok daripada berdiri. Luas permukaan bertambah, impak dapat disebarkan. Lagipun bontot kita seperti padding semula jadi. Dan lebih elok kalau tangan melindungi kepala kalau ada benda jatuh dari atas dan terhantuk ke dinding lif.

Photobucket
Ada pendapat mengatakan lompat sebelum lif cecah lantai dapat menyelamatkan diri. Tetapi sejauh mana kita dapat mengagak dengan tepat masa untuk melompat? Sebaliknya jika salah timing, lebih teruk kecederaan. Bayangkan kita lompat dan landing just before lif tu mengenai dasar lantai, tak ke sama dengan keadaan kita sewaktu berdiri? Jadi not advisable. 

Paling ramai bersetuju baring di lif adalah langkah yang selamat. Meluaskan permukaan badan untuk menyebarkan kesan impak hentakan. Paling baik kalau kita ada benda yang boleh digunakan sebagai cushion di bawah badan. Misalnya baju jaket/kot, barang2 lembut (contohnya masa tu baru lepas shopping tisu dapur ke), beg pakaian dan lain2. Semua itu boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Rancangan Discovery Channel Mythbuster juga menyarankan supaya baring untuk selamatkan diri dalam lif yang sedang menjunam. Juga boleh baca di sini

Apa pun ini sekadar perkongsian maklumat berdasarkan bacaan aku. Kemalangan melibatkan lif kurang direkodkan (maknanya jarang berlaku), tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku. Dan semalam ia telah pun berlaku di Petaling Jaya. Harap-harap semua syarikat selenggara lif akan lebih bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan berkala terharap lif-lif yang dipasang mereka. Safety First!


Photobucket
May the "Fart" be with you

Tuesday, September 21, 2010

Lif Tak Sama Dengan Tandas

Photobucket
Poster menarik sebagai intro hari ini
(untuk rekod, impotence bermaksud pucuk yang kematian)

Aku tak kisah orang merokok. Aku cuma ada isu dengan perokok yang tak hormat orang lain yang tidak merokok. Faham tak? Ramai dikalangan kawan-kawan aku yang merokok. Tapi yang bagusnya mereka merokok dengan berhemah. Tak sembur asap depan muka orang, tak merokok kalau ada budak-budak berdekatan (atau anak-anak diorang), dan paling macho sekali tidak merokok di dalam lif.

Semalam ada seorang insan kurang macho. Ketika itu lif on the way turun. Dekat skrin nombor dah beransur dari 3,2 dan nak sampai ke ground floor. Insan kurang macho yang sedang tunggu lif sama aku ni dengan hampehnya menyalakan rokoknya. Sungguh faktap disitu.

Aku dengan wife yang dok tunggu ni terus tak jadi masuk disebabkan mamat tak macho tu yang masuk dengan rokok menyala dan hidung berasap macam ekzos lori hantu. Kami siap buat body language menyampah (tapi bukan gedik), sambil mengeluarkan sound efek "Hisshh apa ni nak masuk lif hisap rokok!". Tak pastilah kalau otak dia boleh digest perbuatan aku tu.

Di sini aku syak, dia gagal membezakan dua situasi yang berlainan. Aku tau perokok suka merokok di dalam tandas. Especially ketika buat projek besar-besaran. Dalam tandas tu takpelah lagi (walaupun sebenarnya tak boleh merokok), sebab ko masuk tu tandas sorang-sorang. Tapi dalam lif tu beramai-ramai. Budak-budak ada, perempuan mengandung ada, Indon tukang sapu pun ada. Pakai la otak sikit. Hisaplah rokok lepas keluar dari lif, bukan semasa dalam lif! Be rational la weh. Please..

Photobucket

Besar lebih kurang, tapi tandas tu kau masuk sorang-sorang!

Friday, September 3, 2010

Pandora's Box

Aku tinggal di apartment. Sudah 3 tahun lebih. Bayangkan tiap-tiap hari aku mengadap lif pagi-pagi untuk turun pergi kerja. Hampir setiap hari, bila lif membuka tirainya, kat dalam sama ada budak sekolah  rendah dengan basikalnya, kakak-kakak pekerja kilang, atau budak-budak student IPTA berhampiran. Worst case, mamat Indon tak mandi yang serabai dengan rokok di tangan (ini paling cilake). Neutral terus perfume aku pakai.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah something different muncul bila lif terbuka. What if...

Photobucket
Tekan lif. 

Photobucket
Lif dah sampai, pintu bukak. wait for it..

wait for it..



Photobucket
ayam tengah tengah buat projek?

damn. come on, takkan ayam?
better luck next time.

Related Posts with Thumbnails