Showing posts with label Japanese word. Show all posts
Showing posts with label Japanese word. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Nihongo 101 : Suami dan Isteri

Salam! Ohaiyo Gozaimasu. Hari ini Nihongo 101 kembali lagi. Kali ini aku nak perkenalkan perkataan suami dan isteri. Ini ada kena mengena dengan drama Adamaya juga. Maya isteri Adam. Adam suami Maya, kedua mereka suami isteri. Haa, jadi daripada ayat-ayat itu, mari aku tunjukkan perkataan-perkataan bahasa Jepun yang berkaitan.

Yang pertama, perkataan "Otto" yang bermaksud suami. Karakter kanjinya mudah saja. Ada 4 strok. Jom tengok contoh ayat mudah dari perkataan ini.


Maya-san no otto wa, Adam-san desu.
[Suami Maya ialah Adam]
-no dalam ayat bermaksud kepunyaan.
jadi bila sebut Maya-san no...; ia bermaksud Maya punya...

Monday, April 26, 2010

Nihongo 101 : Makanan dan Minuman pula

Haiitt!! Konnichiwa! (sebab dah tengahari). Nihongo 101 no jikan desu. Minna jyunbi wa iika?
Hehe. Jangan keliru. Biar aku translate dalam Bahasa Malaysia.

Selamat tengahari!. Tibalah masa untuk Nihongo 101. Adakah semua sudah bersedia? Kalau sudah bersedia, mari kita lihat perkataan-perkataan seterusnya untuk hari ini. Kali ini ini ada tiga perkataan bahasa Jepun yang aku nak perkenalkan. Ketiga-tiga saling berkait. Maksudnya, ada penggunaan karakter kanji yang sama dalam ketiga-tiga perkataan.

Perkataan hari ini ialah "Mono" yang bermaksud barang atau benda. Banyak kegunaan karakter kanji "Mono" ini. Contohnya kita boleh lihat dalam perkataan seterusnya. Ada dua lagi perkataan yang menggunakan "Mono".


Pertama ialah "Nomimono" yang membawa maksud Minuman. Apa saja yang berkait dengan minuman, kita boleh gunakan "Nomimono" untuk mengaitkannya.

Contoh ayat : Ano Nomimono Ga Suki desu. [(Saya) suka minuman itu]
Ano = itu
Nomimono = minuman
Suki = suka


Yang kedua ialah "Tabemono" yang membawa maksud Makanan. Apa saja yang berkait dengan makanan, kita boleh gunakan "Tabemono".

Contoh ayat : Ano Tabemono Ga Oishii desu. [Makanan itu sedap]
Ano = itu
Tabemono = makanan
Oishii = sedap




SOURCE : Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Friday, April 23, 2010

Nihongo 101 : Melihat dan Mimpi

Ohayo!! Hishashiburi desune (lama tak jumpa). Nihongo 101 kembali lagi. Pagi ini nak memperkenalkan dua perkataan kepada korang.  Perkataan pertama ialah "Miru" yang bermaksud melihat. Kanji "Mi" itu berasal dari kanji mata. Jadi bila ada perkataan yang menggunakan atau menggabungkan kanji ini, akan membawa maksud sama ada melihat, melawat, menziarah dan sebagainya.


Perkataan kedua ditujukan khas kepada mereka yang selalu bermimpi (berangan pun boleh, impian pun boleh). Aku nak introduce perkataan "Yume" yang bermaksud mimpi. Jadi bila nak guna perkataan "Yume" ini boleh digunakan dengan perkataan yang baru diperkenalkan tadi iaitu "Miru". Contohnya :

Watashiwa yume miru. (saya melihat mimpi/bermimpi)
Yume aru. (ada impian/mimpi)


*ini struktur ayat sangat asas. Sekadar nak menyampaikan maksud saja.



Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Tuesday, April 20, 2010

Nihongo 101 : Mereka Yang Tersayang

Ohayo! Kembali lagi dengan satu lagi perkataan bahasa Jepun untuk dikongsi bersama semua. Perkataan hari ini merujuk kepada feedback seorang rakan blogger..Hehe. Perkataan hari ini ialah "Koibito".

Rasanya kalau ada yang boleh membaca tulisan Cina mungkin sudah boleh meneka maksud kanji itu. Perkataan "Koi" itu sendiri bermaksud cinta/sayang. Perkataan "Aishiteru" juga datang dari kanji yang sama (nanti aku cuba huraikan lebih lanjut dalam post akan datang). "Bito" berasal dari perkataan "Hito" yang bermaksud orang. Bila digabungkan dengan perkataan lain, ia disebut "bito"

Jadi, "Koibito" bermaksud seseorang yang disayang/dicintai. Pendek kata, tak kiralah boyfriend ke, suami ke, girlfriend ke, isteri ke pun boleh digunakan perkataan "Koibito"


Contoh ayat :

"Watashi no koibito desu" maksudnya "Saya punya boyfriend/girlfriend/etc" (bergantung kepada siapa yang dimaksudkan)

[Watashi] - saya
[..no] - punya
[Koibito] - orang tersayang

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Agaknya yang tengah bercintan-cintun boleh lah berjiwangan dengan perkataan ini. Boleh juga register nama "Sayang" jadi "Koibito" dalam handset pula. Hehe

p/s : Bagi yang faham Bahasa Jepun, ayat-ayat jiwang mereka memang jiwang. Kadang-kadang boleh meruntun jiwa punya jiwang. Kalau sedih memang sedih sangat. Terutamanya macam drama 1 Litre no Namida, Summer Snow, Sekai no Chuusin de Ai Wo Sakebu.


p/s : Sebut pasal drama jepun, coming soon aku akan post entry berkenaan drama-drama Jepun yang menjadi pilihan aku. Kita buat review sikit dan kongsi beramai-ramai.

Flashback Nihongo 101 :
1. Oishii
2. Otoko, Onna
3. Suki
4. Kirai

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Monday, April 19, 2010

Nihongo 101 : Kirai adalah Benci

Ohaiyo Gozaimasu! (sebut: ohayo gozaimas) Selamat pagi semua. Nihongo 101 kembali lagi. Weekend tempoh hari aku tak dapat update sebab komputer di kampung tak boleh tulis Japanese (tak install language pack).

Okay! Perkataan seterusnya untuk hari ini, berbunyi "Kirai". Maksudnya "Kirai" ialah tidak suka atau benci. Kiranya ini kata lawan untuk perkataan sebelum ini iaitu "Suki".
Contoh ayat

"[..] kirai desu" - bermakna Saya benci [...].

"Onna kirai" - bermakna tidak suka perempuan. gantikan otoko kalau tidak suka lelaki.

Begitulah perkataan Jepun untuk kali ini. Nantikan lebih banyak Nihongo 101 selepas ini!
Jya ne! (maksudnya macam bye-bye versi Jepun)


Dah cuba FormSpring FTN? Tanyalah sebanyak mungkin!

Friday, April 16, 2010

Nihongo 101 : Suka Adalah Suki

Perkataan seterusnya untuk hari ini, berbunyi "Suki". Senang bukan? Maksudnya suka, ataupun boleh dimaksudkan sebagai sayang. Boleh juga diguna bersama dengan perkataan sebelum ini,

"[..] Oishii desu. Suki desu" - bermakna [makanan] itu sedap. saya suka.

"Onna suki" - bermakna suka perempuan. gantikan otoko kalau suka lelaki.


Bahasa Jepun yang saya siarkan di blog ini adalah paling asas. Sekadar nak menambah pengetahuan geng-geng yang membaca. Sharing is caring kan? Kalau ada nak bertanya lebih advance pun boleh juga. Aku akan cuba siarkan disini.

p/s : terpaksa guna grafik, sebab tak semua orang boleh membaca tulisan Jepun di komputer. Melainkan ada install language pack. Kan?

Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Thursday, April 15, 2010

Nihongo 101 : Mari Belajar Bahasa Jepun - 2

Kali ini simple saja. Dua perkataan yang berbunyi "Otoko" dan "Onna". Bermaksud lelaki dan perempuan. Kanji Jepun dan Cina ada persamaan. Mungkin korang akan lihat dua simbol kanji ini di merata tempat. Terutamanya di papan tanda tandas (terutamanya dalam bahasa cina).



Kalau ada nak bertanya selain kisah ini bolehlah ke FormSpring FTN

Wednesday, April 14, 2010

Nihongo 101 : Mari Belajar Bahasa Jepun - Segmen Terbaru FTN

Salam. Berbekalkan ilmu bahasa Jepun yang aku pelajari semasa berada di sana beberapa tahun dahulu, aku ingin memulakan satu segmen (ewah macam rancangan tv pula) baru di blog ini. Nihongo 101 : Mari Belajar Bahasa Jepun. Tujuan utama untuk aku ingat kembali apa yang aku belajar dahulu, lama sudah tak guna sejak bekerja. Yelah, jarang berjumpa dengan orang yang boleh berbahasa Jepun. Setakat menonton J-Dorama yang aku beli di Speedy Video ataupun download. Sambil-sambil itu, aku nak kongsi dengan semua. Walaupun sedikit, mana tau berguna satu hari nanti ye tak?

Jadi untuk mengimbas kembali sedikit sebanyak (mengasah balik bahasa Jepun aku yang berkarat), aku adakan entri sebegini. Sebagai entri pertama, mari kita lihat perkataan pertama.


Sunday, April 4, 2010

Kudaranai; Sesuatu Yang Tak Perlu Di Beri Perhatian


Salam sejahtera. Salam 2-1. Eh tak habis lagi rupanya. Malam ini aku nak memperkenalkan satu perkataan bahasa Jepun kepada korang. Sebut betul-betul ya, Ku da ra nai. Kudaranai. Kepada peminat anime atau J-Dorama, pasti selalu dengar perkataan ini. Kalau korang beri perhatianlah. Hehe.

Ok. Kudaranai bermaksud sesuatu yang bosan, tidak wajar diberi perhatian. Kurang faham? Lebih baik aku bagi satu contoh. Mari kita lihat satu perkara yang kudaranai bagi aku. Kudaranai Koto (perkara yang tidak wajar diberi perhatian)

Related Posts with Thumbnails