Showing posts with label Final World Cup. Show all posts
Showing posts with label Final World Cup. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Spain Juara World Cup 2010 : Tiada Lagi Mimpi Vuvuzela

Spain menjadi juara World Cup buat pertama kali dalam sejarah apabila menewaskan Netherlands 1-0 hasil jaringan Iniesta dalam masa tambahan. Aku tak tengok sampai habis, sebab boring dengan perlawanan yang penuh tiupan wisel pengadil botak, kad kuning suka hati dan tiada jaringan gol. Ramalan Paul mengena lagi. Tapi aku tak mahu komen lebih, dan harap-harap tiada yang menyembah Paul untuk EURO 2012 pula. Kalau boleh lebih baik Paul dikorbankan sebelum EURO bermula, sebab tak fun kalau ada ramalan-ramalan yang mempengaruhi keputusan pengadil, mentaliti pemain, dan bookie judi seluruh dunia.

Paul the Octopus
Paul, kau memang rosakkan World Cup 2010
(photo source here)

+ + + + + + +

Since aku agak mamai dan mengantuk pagi ini, apa kata tengok dulu gambar-gambar dari Final World Cup 2010 semalam. Hasil tangkapan dari laman-laman web yang dicreditkan seperti dibawah. Tapi ini versi iklan TV.
silap pilih bola
(photo source here)


Iniesta sengaja, sebab tunggu awek hot datang bagi nombor phone
(photo source here)

Ada juga orang jual meggi kembang kat sini
(photo source here)

Mak aih, kembang abis dah meggi tu weh
(photo source here)

Oh, Spain ada seorang tukang ambil gambar..main bola tak reti la katakan
(photo source here)

+ + + + + + +

Thomas Müller, penyerang muda Germany menjadi pemain yang menerima 2 anugerah termasuk Adidas Golden Boot Award selepas David Villa, dan Sneijder gagal menjaringkan gol di final World Cup. Müller mengatasi keempat-empat pemain kerana mempunyai 3 assist melebihi Forlan, Villa dan Sneijder. Müller juga menerima anugerah Hyundai Best Young Player of the Tournament. Nampaknya tahun ini bakal melonjakkan lagi nama Müller. Pastinya kelab-kelab ternama sudah mula mengatur wang untuk masuk meminang pemain ini. Satu pesanan kepada Müller, JANGAN MASUK MAN U.

Related Posts with Thumbnails