Showing posts with label Aqasha. Show all posts
Showing posts with label Aqasha. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Noktah Erna - Kenapa Aku Tak Mahu Tengok

Ok. Drama baru ganti Asmaradana yang berakhir semalam. Noktah Erna tajuknya, tapi aku tak berminat. Jadi boleh tidur awal selepas ini. Tapi sekadar nak berkongsi sinopsis dan 5 sebab kenapa aku tak mahu tonton Noktah Erna.

Mula-mula kita baca sinopsis dulu ihsan dari Budiey.com
Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.
Panjang bukan? Sinopsis pun dah panjang. Bosan aku membacanya. Ini dah boleh tolak markah. First impression..NG!


Related Posts with Thumbnails