Wednesday, March 21, 2012

Teknologi Hot Press Forming Dalam Struktur Proton P3-21A : Teaser Video


Satu lagi feature menarik untuk PROTON P3-21A ini dipersembahkan dalam bentuk teaser video. Kali ini fokus kepada teknologi baru yang diterapkan dalam struktur/chasis model P3-21A ini yang diberi nama REES (Reinforced Safety Structure). PROTON merupakan OEM pertama di Asia Tenggara yang memiliki fasiliti untuk teknologi Hot Forming Press ini.

Secara mudah, Hot Forming Press ini ialah proses dimana boron-based metal sheet dipanaskan sehingga suhu 900 darjah (untuk proses Austenitization - sorry aku dah lupa term BM) dan diikuti oleh proses penyejukkan (quenching) untuk memastikan mechanical properties tercapai. Melalui proses ini, metal sheet yang pada asalnya 340MPa~480MPa akan berubah sehingga 1500MPa (3 kali ganda lebih kuat).

Advantage dari penggunaan HPF dalam struktur kereta sudah tentunya dari segi keselamatan (crash part), dan dapat mengurangkan faktor "springback" dalam forming metal parts. Teknologi ini sudah lama diguna oleh car maker di Eropah terutamanya Volvo, BMW dan Mercedes. Dan kali ini PROTON buat pertama kalinya mengaplikasi teknologi ini didalam model P3-21A.

Percayalah cakap aku kalau aku kata, part HPF ni kalau di ketuk dengan hammer pun tak kemek, drill pun tak berlubang. Ketuk saja-saja dengan tangan pun SAKIT berbanding normal steel. Ini serius tak tipu ok. Jadi aku berani kata, structure wise model ini boleh diletakkan setanding dengan BMW, Merc dan lain-lain.

Selain penggunaan HPF, P3-21A juga mempunyai 4 airbags disamping active headrest. Dipadankan lagi dengan ABS, EBD, dan ESC. 

Thursday, March 15, 2012

Latest Interior Shot Proton P3-21A without camo!

dipetik dari forum Lowyat.net

Interior PROTON PREVE P3-21A

ternyata "the real deal" looks better than those spyshots. Jauh berbeza dengan gambar-gambar pre-production sebelum ini. Interior Proton P3-21A ini nampak jauh lebih eksklusif berbanding model proton lain, dan setanding dengan model continental mahupun dari Jepun dan Korea. Nampaknya model ini benar-benar satu anjakkan baru untuk model PROTON. Perubahan yang ketara dan mampu menarik kembali keyakinan rakyat terhadap produk buatan tempatan.

By looking at this photo, I would like to say..Tahniah PROTON.


Now when can we test drive this baby?

Wednesday, March 14, 2012

Proton P3-21A : Spacious Cabin Space Teaser Video

Dengan menggunakan platform dari Exora yang dipertingkatkan, ternyata ruang dalaman P3-21A ini nampak roomy dan selesa. Hopefully the seat design is better than Persona dan Inspira. Looks good in this video though. Tak sabar nak duduk dan feel the comfort.


Proton P3-21A : Touch Screen GPS & Smart Info Display Video Teaser

Lagi video teaser dikeluarkan oleh Proton sempena Power of 1 event dan soft-launch "P3-21A". Jadi walaupun kereta masih berbalut dengan camo, tetapi boleh dikatakan hampir semua feature sudah ditunjukkan dalam siri video P3-21A oleh PROTON. Cuma tinggal nak test-drive je sekarang.




What do you think??

PROTON P3-21A Features shown on Youtube!

Check out these official videos from PROTON INTERACTIVE channel on youtube. Ini rasanya bersempena dengan Event PROTON Power of 1 yang akan bermula dari hari ini hingga 18 Mac bertempat di Stadium Bukit Jalil. Pelbagai acara menarik diatur disamping para pengunjung dapat mendekati teknologi automotif dan melihat pelbagai aspek PROTON termasuklah kereta konsep, team Motorsport S2000, promosi model-model PROTON, cabutan bertuah serta yang paling dinanti-nanti preview Sedan terbaru PROTON, codenamed P3-21A.

sebelum itu, kita tengok sekali video Teaser yang ditayangkan di Buletin Utama tempoh hari


PROTON P3-21A Push Start Button


PROTON P3-21A LED Running Lights, Front & Back Lights


PROTON P3-21A 7-Speed Protonic Paddle Shift


PROTON P3-21A ABS, EBD, ESC



p/s : This car really does look good and handsome in these official videos. Agree?

Wednesday, March 7, 2012

Geneva Motorshow 2012 : Nissan Invitation Concept

Sempena Geneva Motorshow yang akan berlansung dari 8-18 March ini, eloklah kalau dapat kita kongsi bersama berita-berita mengenai kereta konsep yang menarik perhatian aku. Yang pertama sekali kita tengok konsep global small car dari Nissan yang dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Honda Fit. Honda Fit ini kita semua sedia tahu merupakan model Global Small Car yang paling berjaya di serata dunia. Praktikal, Good Fuel Consumption dan Selesa.

Nissan memperkenalkan Kereta konsep yang dinamakan Invitation yang cuba meneruskan kejayaan GSC Nissan sendiri iaitu March atau Micra. Tetapi kali ini ia datang dengan styling yang lebih menarik perhatian dan sesuai. Jom tengok gambar-gambar Nissan Invitation Concept ini yang dikatakan akan dikeluarkan oleh Nissan pada 2013 nanti :

Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
panjang 4150mm, lebar 1740mm, tinggi 1470mm


Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
menggunakan base platform sama seperti Micra/March


Geneva 2012 Nissan Invitation Concept
Interior yang lebih kemas berbanding Nissan Micra/March

Saturday, March 3, 2012

DRB-HICOM Perlu Transformasi PROTON - Tun Dr. Mahathir

Berdasarkan statement dari Penasihat PROTON sendiri, adakah ini satu hint bahawa Pengurusan PROTON bakal dirombak secara besar-besaran? Yang pasti 2 jawatan paling "panas" sekarang ialah Chairman PROTON dan Managing Director PROTON. Hari ini juga terdapat laporan bahawa salah seorang Senior Director di PROTON telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan.

Baca petikan artikel berita berikut yang dipetik dari Berita Harian :

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd disaran supaya mengubah Proton Holdings Bhd dan meninjau cara-cara untuk memulihkan kerugian fiskal semasa syarikat berkenaan.

Ketika membuat saranan berkenaan, bekas Perdana Menteri dan penasihat kepada pembuat kereta nasional itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pengurusan baru selepas pengambilalihan, yang dijadualkan siap bulan ini, perlu membawa syarikat automotif negara itu ke era kegemilangannya.
"Jelas sekali, anda (DRB-Hicom) perlu meningkatkan organisasi, meneliti semua kerugian untuk melihat bagaimana anda boleh memulih kerugian. "Secara umumnya, syarikat baru perlu melihat semua aspek pengurusan Proton kerana ia lemah dalam semua sudut," kata Dr Mahathir kepada Bernama dalam satu temu bual.
Kerugian sebelum cukai pembuat kereta nasional meningkat kepada RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2011 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM51.535 juta pada tempoh yang sama pada 2010.

Pendapatan untuk tempoh berkenaan juga berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.

Perolehan bagi tempoh sembilan bulan pertama juga susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion berdasarkan kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM36.530 juta daripada keuntungan pra-cukai sebanyak RM134.3 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Mengenai ketua baru Proton, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada DRB-Hicom sama ada untuk menamakan pengganti baru atau untuk mengekalkan pengurusan lama.

Semasa ditanya sama ada Proton boleh mencapai semula era kegemilangannya dengan pengurusan lama di bawah induk baharu, Dr Mahathir berkata: "Jelas sekali, mungkin terdapat beberapa input baru daripada DRB-Hicom. Yang pasti ia bukan membeli Proton dan membiarkannya begitu sahaja. "

Beliau berkata aspek keuntungan kurang daripada pengurusan semasa di bawah kepimpinan Pengerusi Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusan kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed.

"Mereka (Proton) tidak membuat keuntungan. Perniagaan mesti membuat keuntungan. Jadi kita mesti mengetahui mengapa mereka tidak meraih untung," kata Dr Mahathir.

Pada Januari 2012, DRB-Hicom berjaya membeli 42.7 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd dalam Proton pada RM1.29 bilion atau RM5.50 sesaham.

DRB-Hicom dijangka menjadikan Proton syarikat persendirian secara rasmi hujung bulan ini, selepas selesai peraturan pengambilalihan tertentu. - BERNAMA

Apakah yang bakal berlaku di PROTON? Kita tunggu penghujung bulan March ini apabila pengambil alihan Syarikat selesai oleh DRB-HICOM.

Related Posts with Thumbnails