Tuesday, January 17, 2012

DRB-HICOM ambil alih PROTON?

DRB-HICOM takes over PROTON stakes

DRB-HICOM takes over PROTON stakes


Siapa bakal terajui PROTON selepas Khazanah Nasional ingin melepaskan semua pegangan sahamnya dalam Syarikat Automotif Nasional tersebut? Hari ini akhbar-akhbar tempatan melaporkan kemungkinan besar DRB-HICOM sudah memenangi bidaan untuk pegangan saham tersebut. Apakah yang akan berlaku dalam PROTON selepas ini? Apakah akan ada perubahan besar dalam pembangunan dan masa depan PROTON? Kita tunggu pengumuman rasmi yang dijangka berlaku hari ini.

Sementara itu kita baca snippet laporan akhbar-akhbar tempatan.

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Episod pengambilan alih Proton Holding Bhd. (Proton) dijangka berakhir minggu ini apabila Kumpulan DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) dilihat sebagai calon paling layak dan bakal memenanginya.

Menurut sumber, pengumuman mengenainya dijangka diumumkan esok.

Firma penyelidikan OSK Research sebelum ini percaya konglomerat automotif itu sebagai calon terbaik berbanding lima pihak yang dikatakan berminat membida pegangan Khazanah dalam Proton.

Daripada lima hanya tiga pihak iaitu DRB-HICOM, Kumpulan Naza dan Pengerusi Proton sendiri Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh dilihat serius manakala pihak lain yang disebut-sebut General Motor (GM) dan Genii Capital tidak mengemukakan cadangan mereka.

Sementara itu, UMW Motor dan Tan Chong Motor yang dikatakan menjadi mangsa spekulasi menafikan berhasrat untuk membidanya.

Sementara itu, sumber industri mengakui DRB-HICOM mempunyai peluang besar kerana merupakan pengendali produk automotif berbilang jenama dan memiliki sejarah kerjasama yang panjang dengan Proton. - UTUSAN


KUALA LUMPUR: Trading in national car maker Proton Holdings Bhd and conglomerate DRB-Hicom Bhd shares were suspended from 9am to 5pm Monday pending an announcement.

The companies did not give details in a filing to Bursa Malaysia Monday.

DRB-Hicom asked for a suspension in trading, saying the company will be proposing a corporate exercise involving a very substantial transaction.

It was reported last week that Khazanah Nasional Bhd, the Government's investment arm, will announce Monday that DRB-Hicom has won the bid to acquire its 42.7% stake in Proton, with the sale price said to be at RM6 a share for a total of RM1.4bil.

Proton shares closed at RM5.18 a share Friday and DRB-Hicom at RM2.17. - TheStar

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails