Wednesday, September 21, 2011

Sembang Kereta : PROTON P3-21A - Ilustrasi vs Spyshot

Baru-baru dah leaked ilustrasi penuh model PROTON yang hangat dibincangkan iaitu P3-21A atau lebih dikenali sebagai Persona-R (replacement). Gambar tu muncul ketika AGM PROTON dimana ada juga menunjukkan ilustrasi Exora Turbo yang dikatakan bakal muncul hujung tahun ini. Berbalik pada P3-21A, dikhabarkan akan dilancarkan awal tahun 2012. Model tersebut sedang melalui pelbagai peringkat ujian, terbukti dengan pelbagai "Spyshot" yang ada di internet sejak 1-2 bulan ini.

Apa pun, jom kita buat perbandingan ilustrasi P3-21A dengan spyshot terbaru model tersebut di sebuah stesen minyak Petronas. 

Photobucket


Daripada gambar spyshot, dapat kita agak size kereta tersebut. Ditambah dengan mamat bangla yang berdiri berhampirannya. Nampak lebih tegap dan besar berbanding gambar ilustrasi. Boleh dikatakan sama saiz dengan Honda Civic, Kia Forte, Mitsubishi Lancer/Inspira. Setakat ini hanya gambaran Eksterior saja yang kita boleh nampak. Tak tahu lagi macamana keadaan Interior, ICE, meter panel dan sebagainya. Harap-harap akan ada built-in GPS dan reverse camera. Memang tak sabar nak menantikan model ini tahun depan. Tak lama dah wehh..beberapa bulan saja lagi!!

Apa pendapat korang tentang kereta terbaru ini?


gambar sumber dari carian Google & email

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails