![]() |
| photo credit to paultan.org |
Monday, May 23, 2016
Proton Perdana 2016 - Bila Nak Rasmi?
Wednesday, January 28, 2015
Sembang Kereta : Proton Exora MC2 2015
![]() |
| New 2015 Proton Exora (pic source : Lowyat.net Forum) |
Akhirnya MPV mampu milik paling digemari ramai, Proton Exora kembali dengan Minor Change 2 (MC2) model. Khabarnya akan dilancarkan hari Khamis ini. Yang paling menarik minat ramai ialah Proton Exora 2015 ini ditambah baik dengan ESC (electronic stability control) dan 4 beg udara.
Kedua ciri penting ini tidak terdapat pada model terdahulu.
Lampu kabus juga diganti dengan LED dan terdapat DRL ring pada lampu kabus tersebut. Agak unik di situ kerana pertama kali Proton menggunakan DRL berbentuk bulat.
Harga belum dapat dipastikan. Saya sendiri telah melihat semalam beberapa buah treler keluar dari kilang proton Shah Alam untuk menghantar Exora baru ini ke showroom di seluruh negara.
Apa pun, ini satu perkembangan menarik buat mereka yang sedang mencari MPV untuk keluarga. Apatah lagi sesuai buat mereka yang sedang "membesarkan" keluarga dan ini adalah antara MPV selesa yang mampu dimiliki.
Good Luck Proton.
![]() |
| LED fog lamp dengan DRL ring light (pic source : Lowyat.net Forum) |
Info dari sahabat-sahabat mengatakan ia Exora MC2 ini mempunyai spec yang sama dengan Exora GXR Australia, bezanya cuma pada warna baru Luxury Blue & Indiana Grey serta lampu rear combi baru. Aloi rim 10 spoke juga merupakan design baru untuk model ini. Khabarnya 2nd row seat boleh sliding sama seperti Australia spec.
![]() |
| Warna baru Luxury Blue (pic source : Autofreaks) |
Tuesday, December 16, 2014
Review Filem Melayu Yang Ada Pelakon Cun Seperti Fazura : Manisnya Cinta Di Cappadocia
Dah lama aku tak menulis review Filem. Lebih-lebih lagi filem Melayu. Bukan apa, panggung kat Malaysia ni sentiasa sarat dengan Filem Melayu Seram, Horror, Menakutkan, Tembak-tembak, CGI letup tak jadi, Horror, Seram, Gengster, Horror, Seram, Lawak Seram, Hantu, Lawak Hantu dan filem Seram semata-mata.
Kali ini, Bernard Chauly (Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang) kembali lagi selepas 2 tahun dengan masterpisss filem romantik featuring gadis-gadis Melayu yang cantik serta lokasi penggambaran yang sangat indah. Get it? Gadis cantik + Lokasi indah.. memang kombinasi yang manthap.
![]() |
| Oh manisnya dia.. |
Mai sini aku copy paste sinopsis cerita ni..
A girl decided to break up with her long-time boyfriend when she realises her boyfriend is having an affair. Then she met another guy but was heartbroken when she finds out that he is married. Meanwhile, widower to her late sister proposes to her. Will she except or persists to find her true love?
Haa nampak tak tahap malasnya aku. Sinopsis dalam english. Barulah international sikit. Kalau tak faham, biar aku translate sikit:
![]() |
| Manislah woi |
Fazura cun giler dan sedang mencari cinta di Cappadocia. Cappadocia tu terletak kat Turkey.
Ok?
Disebabkan aku tak nak spoiler citer ni, aku kasi rating terus lah.
aku dengan selamba badak kasi filem Manisnya Cinta ni....
Highly recommended. Genre romantik sambil dihidangkan dengan scenery cantik masyaAllah negara Turkey. Line up semua hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein, Zaibo, Fauziah Ahmad Daud, Josiah Hogan etc.
![]() |
| aww meng..manis siot |









