Ingat lagi 10.10.10? Eh bukan cerita kawen ada kek besar macam roket tu tau.
Tragedi Bas Ekspress Delima. Meragut 13 nyawa termasuk seorang yang meninggal kemudian di hospital (tolong betulkan aku kalau silap ek). Klung klang klung klang semua dok bising tentang kemalangan itu. Macam-macam idea yang keluar untuk kurangkan kemalangan melibatkan bas ekspress. Tapi standard lah Malaysia kan?
Semalam waktu driving pulang ke kampung melalui highway PLUS menuju ke Utara terang-terang menunjukkan rakyat Malaysia masih degil. Semua rasa diri mereka kebal kut. Walaupun hujan lebat semalam, masih ada yang tinggal sayang nyawa. Bas dan lori dipandu lebih 100km/j, memotong zig zag pun ada. Risau gila.
Sampai saja kampung, aku terbaca di online papers ada kemalangan Bas lagi dan meragut nyawa. Sebuah bas persiaran yang dinaiki 44 orang penumpang terbabas di Lebuhraya Karak. Bas terbabas dan terbalik. 6 orang meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. Mangsa-mangsa terdiri dari golongan remaja berumur antara 13-17tahun. 37 penumpang lagi cedera.
Pemandu bas pula hanya cedera ringan.
The way aku tengok bas dan lori dipandu malam tadi ketika membuktikan tiada lansung kesedaran pada pemandu-pemandu bas di Malaysia sejak insiden 10.10.10. Kemalangan berlaku bila kenderaan terbabas. Dan biasanya yang terbabas ni semuanya dipandu laju. Sebab itu had laju tu ada. Bila kenderaan dipandu dalam kelajuan yang munasabah, kuranglah risiko nak terbabas. Terutamanya bila keadaan hujan. Sepatutnya sendiri kena ingatlah, takkan nak pandu 100km/j dalam keadaan hujan lebat??
Kemalangan memang tidak boleh dijangka. Tapi sekurangnya boleh cuba dielakkan. Aku yakin pihak berkuasa tak boleh nak buat apa-apa...sebab biasanya golongan VIP tak guna perkhidmatan bas. Cuba kalau ada mangsa dari golongan VIP...fuhh pantas tindakannya
Sekian.
Al-fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan.
more latest info seperti biasa dari blog bro sham ondscene
Saturday, October 30, 2010
Friday, October 29, 2010
Terkentut Sambil Menaip
Dulu-dulu
Ring-ring-ring!! (telefon kat ruang tamu berbunyi)
Amar (Boipren) : Hello..Assalamualaikum
Mak Awek : Waalaikumsalam.
Amar (Boipren) : Boleh saya cakap dengan Chinta (awek saya) ?
Mak Awek : Siapa ni? (kalau nasib tak baik suara dah tinggi time ni)
Amar (Boipren) : Saya kawan dia makcik, nama Amar
Mak Awek : Tunggu kejap ye...Chintaaaaaaaaaa!!! Kawan kamu ni..Amar talipooooonnnnn!
Berlari-lari ke telefon. Tapi kena cakap bisik2. Sebab mak ada dekat ruang tamu.
Lepas tu takleh lama-lama. Paling lama pun 10minit. Lebih dari tu, konfem kena maki.
Silap-silap Bapak tengah dengar dekat telefon lagi satu dalam master bedroom...
+ + + + + + +
Sekarang
Sudahh la sudahh ku harus pergiii..jangan kau tangisiiii (ringtone iPhone 4 si awek berbunyi)
Boipren : U, kenapa lambat angkat phone?? (sambil golek kat katil..to the left to the left)
Awek : Alaa U ni, I tengah FB chat tadi dengan my BFF la..very the bz (guling to right)
Boipren : U dah makan? (peluk teddy bear awek bagi beli kat Jusco)
Awek : Dah. U? (dok tenung gambar kat frame bentuk love tepi katil)
Boipren : Belum. I teringat kat U. Rindu giler ni. Tu yang call U..sian I tau (tutup muka dengan bantal)
Awek : Alalala keshian dia..U tak lapar ke? (muka monyok ala-ala concern)
Boipren : Lapar jugak, tapi lepas dengar suara U..jadi tak lapar pulak tauu (tersengih-sengih tahan perut berbunyi krukk krukk)
..berlarutan sampai 2.5jam. Itu pun sebab bateri phone nokia si boipren bunyi Tududuuu..
Berpeluh telinga gayut telefon. Pastu pegi kat facebook update status:
"Aww, sweet sangat u.." - terus si boipren comment : "i miss u lagi"
berbalas2 sampai 52 comments.
Oh tak lupa juga.. tweet "gayut tepon 2 jam lebey dengan hubby..oh i like" (ceh hubby konon)
si boipren pulak RT laju-laju.
Oh Em Gee! Pfffttttt! Pendek kata tak berenti.
Padahal, di dapur..Mak si awek dok ingat anak dia tengah belajar dan buat homework dalam bilik dengan kusyuk sekali. (konon-konon rajin tutup lampu bilik pasang study lamp..)
Dua-dua belum abis SPM pun. Caiss
Inilah realiti kehidupan sekarang. Scary kan?
//Tajuk entri adalah rekaan semata-mata. kthxbye
Thursday, October 28, 2010
Bukan Rayuan Gombal
Teeetttt! Takde lirik lagu dalam entri ini. WTF aku sendiri tak tahu menahu dari mana datangnya tajuk tu. Siapa taip pun aku tak pasti. Memang magika (demit tak sempat tengok lagi)
Oh, dah lama tak aktif blogging. Tapi sebenarnya sejak minggu lepas. It struck u deep man (speaking dah). Kebetulan pula ditambah dengan kombinasi kerja menjadi sibuk minggu ni. Projek tengah rancak, penat dan sebagainya.
Didyumishme? Oh stoppittt. Noneedtomishme. I'm just taking a break. My life is out there. Out in the open. Not here. Dalam dunia yang penuh pancaroba (cam lahanat je sandiwara aku kali ni)
kthxbye.
in the mean time, pergilah spam formspring aku. at least i have something to update later. HAHA


