Showing posts with label saga. Show all posts
Showing posts with label saga. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

SAGA Snap & Win Contest : Saya Perlukan Undian Anda Semua

Okay. Aku faham ramai mungkin boring dengan entri World Cup yang tak habis-habis. Tapi kali ini aku nak fokus pada contest SAGA Snap & Win yang aku join. Kalau ada yang tak sempat baca entri aku sebelum ini, alhamdulillah syukur salah satu gambar yang aku submit telah terpilih sebagai top 25. Jadi bermula semalam, undian dibuka kepada umum (semua orang) untuk mengundi gambar pilihan.

Di kesempatan ini, di blog ini, aku nak mohon jasa baik kawan-kawan/readers untuk mengundi gambar entri aku. Siapa yang tak nak menang kan? Dan memandangkan ia perlukan undi umum, apa lagi cara yang lebih baik melainkan promosi sehabis boleh. Gambar aku mungkin tidak sehebat pro photographers, tapi aku nak mencuba dan nak menang.

+ + + + + + +

Macamana cara nak mengundi? Aku ada dapat pertanyaan, dan ada juga rakan-rakan yang menghadapi kesukaran nak mengundi. Yelah, cara-caranya tak berapa jelas. Website pun guna flash animation. Jadi aku nak terangkan sedikit.


Buka saja website http://www.sagasnapandwin.com, atau klik iklan nuffnang yang sedang paparkan iklan contest tersebut, dan korang akan nampak gambar seperti di atas. Itu laman utamanya. Lepas tu klik pada bahagian contest di bawah tu (rujuk anak panah merah).


1. Bagi yang belum mendaftar, boleh daftar dengan sign up di bawah sebelah kiri page. Sign up amat mudah, cuma perlu alamat email, no kad pengenalan dan no telefon. Maklumat lain adalah tidak perlu. Selepas daftar, korang akan dapat kata laluan, biasanya no10 digit yang digunakan untuk log-in nanti. 
2. Selepas log-in, sila pilih kategori NEW SAGA (seperti anak panah). Browse dan cari gambar entri aku. Seperti yang aku tempelkan di bawah untuk paparan lebih jelas. 
3. Klik gambar tersebut, dan akan ada butang vote. Tekan vote, dan selepas itu korang kena undi juga satu gambar di kategori OLD SAGA. Barulah undi korang itu dikira sah. Jangan undi satu kategori saja tau!
4. Kalau rasa nak bantu lebih lagi, boleh share di laman facebook masing-masing. 



Syarat-syarat mengundi
1. Setiap orang boleh mengundi hanya 1 kali setiap hari sepanjang tempoh undian. 21 Jun ~ 28 Jun
2. Pengundi juga berpeluang memenangi wang tunai RM2500

+ + + + + + +

Terima kasih kepada yang sudi menyokong dan mengundi. Ewah, macam berkempen pula. Kalau tak berusaha macamana nak menang kan? Tolong undi please!! voting ends 28th June

To Nuffnangers, please please nang this post

Monday, June 21, 2010

Nak Minta Tolong Kawan-kawan Blogger



Ingat tak tentang peraduan SAGA Snap & Win yang aku cerita sebelum ini? Haa sekarang ni penyertaan dah tutup. 25 gambar sudah di shortlisted. Sekarang peluang untuk orang ramai mengundi top 10 daripada 25 itu. Terdapat 2 kategori iaitu old saga dan new saga(2008~). Bermakna ada 25 gambar untuk setiap kategori.

Syukur salah satu daripada gambar aku terpilih untuk top-25 kategori new saga. Jadi aku nak minta jasa baik kawan-kawan/silent readers yang membaca blog aku agar dapat luangkan masa mengundi gambar aku seperti di bawah ini. Cara nak mengundi senang saja, cuma perlu register di laman web www.sagasnapandwin.com dan tekan vote pada gambar. Tetapi jangan lupa untuk mengundi dalam kategori old saga juga. Sebab undi anda akan valid sekiranya anda undi kedua-dua kategori. Tak boleh undi satu je tau.

Jadi kepada sesiapa yang sudi diharap dapat undi gambar dibawah. Aku ni tak pernah menang contest,  ramai orang kata aku takda luck. Cuma lately ada rezeki dapat 3 invites tengok wayang dari Nuffnang. Itu pun atas dasar siapa cepat comment dia dapat..haha. Aku minat fotografi, dan harap-harap contest macam ini dapat menaikkan lagi semangat aku dalam hobi yang aku suka ini. 

Gambar yang aku submit ini mungkin tidak sehebat calon-calon yang lain, tapi harap-harap korang vote dengan ikhlas. Kalau tak sudi pun tak mengapa, aku tak paksa pun. Yang penting aku sudah cuba.


LINK : http://www.sagasnapandwin.com cari gambar ini dalam
kategori new saga tau!
Please, please, please..cast your votes!


Setiap username hanya boleh undi 1 kali/sehari. tempoh undian dari 21hb sehingga 28hb. bermakna setiap orang boleh undi 8 kali sepanjang  tempoh mengundi tau

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah undi.

Related Posts with Thumbnails