Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Apa ni UTUSAN, Ejaan Proton Prevé pun salah!!

Nampak tak kat mana kesilapannya?? Adui..ini memalukan lah.. Harap UTUSAN MALAYSIA sedar dan cepat-cepat ubah. Walaupun eventnya hari ini. Tetapi untuk beberapa jam akan datang, boleh memberi persepsi yang salah.


Photobucket


Thursday, August 26, 2010

Menyirap Dengan Brader Ni

Photobucket

Setiap kali aku nak click button refresh, atau pun back, atau pun home..mesti kena hover atas kepala brader ini. Kalau senyap tak mengapa, setiap kali hover keluar bunyi "Merdeka". Damn it's repetitive, dan agak terkejut kalau tengah browse dengan kadar volume yang tinggi.

Sebelum ini dah kena masa musim World Cup. Ada Brader yang terkinja-kinja beraksi kat tepi header Utusan tu buat volley bagai. Nasib baik tak keluar bunyi vuvuzela kuat gila.

Bukan tak suka dengar laungan "Merdeka". Tapi aku rasa patut reposition balik watak brader tu, atau pun make it sound once every page load. Takkan setiap kali hover nak menjerit "Merdeka, Merdeka". Letih lah pakcik tu, telinga aku pun letih juga nak dengar.

Setuju? Tak setuju takpa. Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka!

Monday, April 5, 2010

Adakah Anda Seorang Yang Prihatin?


Adakah korang tahu tentang kempen yang sedang digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia ini? Ia adalah satu langkah kempen kesedaran yang timbul selepas kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di negara kita. Projek amal itu bertujuan untuk menyedarkan semua mengenai gejala sosial yang merupakan penyebabkan kepada kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

Ramai bloggers sudah mula memberi sokongan kepada kempen ini dengan meletakkan banner Kami Prihatin di blog masing-masing. Aku pun tak mahu ketinggalan. Marilah bersama-sama menyokong kempen ini, dan harapnya semua yang membaca blog FTN adalah insan yang prihatin.

Lebih banyak maklumat tentang kempen Kami Prihatin di web Utusan Malaysia.

Related Posts with Thumbnails