Wah wah, dalam diam-diam yer. Tekken nak keluar movie. Eh, ke aku yang tak tau? Walaupun aku mengalami trauma selepas movie Dead Or Alive, aku rasa movie Tekken ni sepatutnya lebih baik dari itu. Balik rumah hari ini silap-silap aku on balik PS2 yang dah berabuk sebab nak layan Tekken. Ambil feel sebelum keluar movie la kononnya. Sambil itu boleh layan Tekkenpedia (ada special wiki untuk Tekken je..haha)
Tekken movie ini pasal apa sebenarnya? Biasalah, mesti ikut jalan cerita macam video game. Tak pastilah nanti jadi macamana, tapi Jin Kazama yang mencari pembunuh ibunya. Dia menyertai "The Iron Fist Tournament". Dari situ dia akan mengetahui pelbagai rahsia tentang dirinya. Harap-harap banyak karakter Tekken akan beraksi dalam movie itu nanti. Nak tahu apa cerita, kenalah tengok Movie Tekken nanti.
Hi, nama saya Rain, eh Hwoarang
Kalau tanya aku, sudah tentu teringin nak tengok secara live karakter Hwoarang. Dari dulu sampai sekarang, favourite character aku dalam Tekken ialah Hwoarang. Bukan sebab dia hensem (aku tak gay), tetapi aku suka moves dia dalam Tekken. Tapi Hwoarang ni muncul dari Tekken 3 kalau tak silap. Sebelum tu aku selalu juga pilih sensei dia, Baek Doo Sang. Tapi lepas Hwoarang ada, aku pilih dia je all the way. Kalau time aku main Tekken Tag kat arcade sebelum pegi tuition class dulu (haha) aku akan pilih Baek dan Hwoarang. Peh mantap. Oh, Hwoarang ni berasal dari Korea dan bertarung dengan skill Taekwando. Sapa lagi suka Hwoarang? Angkat Kaki! (oh moves Hwoarang banyak guna kaki je)
p/s : Nak tengok movie free lagi? cepat-cepatlah cuba nasib :)
p/s : Nak tengok movie free lagi? cepat-cepatlah cuba nasib :)


