Showing posts with label Stadium Gelora Bung Karno. Show all posts
Showing posts with label Stadium Gelora Bung Karno. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 : MALAYSIA vs INDONESIA 2nd Leg - The Final Finale

Photobucket

+ + + + + + +

Hari ini Perlawanan Akhir Pusingan ke-2 Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Berbekalkan kelebihan 3 bijik gol lawa nak mampos belum lagi menjamin kejayaan pasukan kita. Apatah lagi dengan penyokong-penyokong Fanatik..fanatikk..fanaatikkk (KRU), Timnas Indonesia. Tak pasti apa masalah mereka, mungkin dah campur aduk isu politik dan sukan..inilah jadinya. Tak boleh terima hakikat kekalahan pusingan pertama tempoh hari.

Put all that aside, kita tak mahu jadi macam mereka. Yang sudah berlalu tetap berlalu. Ayuh fokus kepada perlawanan malam ini. Walaupun sudah pasti penyokong Indonesia akan overwhelm di sana (sebab takde PATI dari Malaysia di sana kan?) so kita hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata semangat kepada pasukan kita supaya kuatkan mental dan tenang untuk 90minit.

Semoga 2010 ini berakhir dengan kejayaan manis untuk pasukan Malaysia.

Steady Harimau Malaya. MALAYSIA BOLEH!

//bangga dengan usaha Ultras Malaya yang cuba bangkitkan semangat patriotik untuk support team kebangsaan dalam apa jua jenis sukan. Walaupun tournament ASEAN, tapi bahang terasa cam masuk World Cup jek. hehe


Related Posts with Thumbnails