Showing posts with label Samsung. Show all posts
Showing posts with label Samsung. Show all posts

Friday, November 11, 2011

DiGi Tawar Samsung Galaxy Note Dengan Harga Bermula RM1,549!


Wait semenet! Kalau tadi CELCOM dah tayang plan terbaru dengan Samsung Galaxy Note, kali ini DiGi pun kasi tawaran baekk punya. Korang boleh grab sebiji Samsung Galaxy Note dengan harga serendah RM1,549 dengan pakej Smart Plan 68 (kontrak 2 tahun)! Ini gila babeng murah weh!

Untuk details plan yang ditawar oleh DiGi adalah seperti berikut :

DG Smart Plan 48 (12 months)RM1,899
DG Smart Plan 48 (24 months)RM1,749

DG Smart Plan 68 (12 months)RM1,799
DG Smart Plan 68 (24 months)RM1,549

maklumat lebih lanjut boleh layari DiGi

Apa tunggu lagi? Kepada mat-mat belagak power dan poyo, serta minah-minah tak reti pakai gajet tapi nak tayang..bolehlah beratur di kedai-kedai DiGi untuk mendapatkan Galaxy Note terbaru korang. Lepas tu gantung kat leher sebab tak muat poket seluar jeans ketat korang tu. Buat plak nak kayuh basikal fixie..sendat beb..sendat. Kalau malas pegi kedai, surf je DiGi online store..apa susah!


Samsung Galaxy Note : Harga Pakej dari Celcom


CELCOM dah paparkan pakej mereka dengan smartphone terbaru dari Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note. Smartphone yang unik ini boleh jadi kegilaan terbaru generasi sekarang. Sebab apa? sebab ia dikelaskan antara smartphone & tablet. Size dia agak pelik, dengan skrin lebar 5.3inch super HD AMOLED screen tetapi masih ada ciri-ciri sebuah telefon mudah alih. Spesifikasi Galaxy Note ni pun gempak gak. Menggunakan dual-core 1.4Ghz processor dan dilengkapi dengan 8MP kamera belakang dan 2MP kamera depan. Galaxy Note dipadankan dengan bateri berkapasiti besar 2,500mAh. Selain itu, satu lagi ciri unik telefon ini ialah Stylus. Samsung mengembalikan semula penggunaan stylus dalam Galaxy Note. Dengan stylus pengguna boleh menulis nota freehand serta membuat sketch dengan mudah sekali. Galaxy Note akan menggunakan Android OS Gingerbread 2.3. Tidak pasti sama ada ia akan mendapat update 4.0 Ice Cream Sandwich.

Jadi kengkawan peminat gajet sekalian alam, pada harga RRP RM2,299, adakah korang akan beli satu Galaxy Note? Muat tak poket seluar korang nak bawa phone ni? 

Rujuk kat bawah ini untuk harga pakej Samsung Galaxy Note dari Celcom :

RRP : RM2,299
Celcom Exec 50 + Broadband mBasic
Celcom Exec 50 + Broadband mAdvance
Celcom Exec 250
Monthly Commitment
RM88
RM108
RM250
Data FUP
1GB
3GB
5GB
Upfront payment
RM300
RM300
RM600
12 months contract
RM1,818
RM1,778
RM1,668
18 months contract
RM1,748
RM1,698
RM1,368

Sesiapa yang dah beli tu, share lah review yer!

Tuesday, August 23, 2011

Tolong Jangan Cari Fasal Di Bulan Yang Mulia Ini

Kehadapan awak yang berkenaan,

Kiteww nak beri amaran, kepada pemilik-pemilik Samsung Galaxy Tab 10.1, tolong jangan bawak gajet canggih-manggih awak tu ke ofis dan tunjuk kat kiteww. Ini dah kira main kasar ni. Mentang-mentang dapat beli dengan harga RM999 jer. Pastu plastik cover pun tak bukak lagi. Hadoihh..

Kiteww hate u Samsung. Tak pasal-pasal hati kiteww gundah gulana melihatkan kehebatan gajet mu itu. Jauh lebih hebat dari iped2 buatan buah apple. Nipis, ringan, dan macam-macam lagi lah..Dah lah esok nak dapat gaji, tak baik tau mainkan jiwa dan perasaan kiteww.


Yang benar,
Kiteww-kiteww jer
Shah Alam.

Related Posts with Thumbnails