Showing posts with label Preve. Show all posts
Showing posts with label Preve. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

2012 Proton Prevé : Sebut betul-betul.... "Prae-vae"

First Impression PROTON Preve 2012

First Impression PROTON Prevé 2012

Finally it's confirmed! Model terbaru PROTON iaitu Proton Prevé akan dilancarkan pada 16hb April. Lokasi kemungkinan di Mines. Tapi jika masih ramai yang tidak tahu sebutan nama model ini, apakata lihat dulu video penerangan dari Managing Director, Dato Sri Syed Zainal sendiri.


video sumber : Paultan.org


Sekiranya ada yang tak sabar nak tahu bagaimana first impression driving Proton Prevé ini, boleh baca review paling terawal ditulis rasanya oleh Autoworld. Seperti yang dimaklumkan hari ini ada media test-drive preview di Putrajaya. Boleh baca "first impression driving" di sini.

It's Official! : Nama Sedan Terbaru ialah PROTON PREVE, harga bawah RM75,000!

PUTRAJAYA 4 April – Model baru kereta nasional, Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan). 
Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut. 
Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan. 
Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada acara pandu-uji kereta tersebut, di sini hari ini. 

sumber UTUSAN

Wednesday, March 21, 2012

Teknologi Hot Press Forming Dalam Struktur Proton P3-21A : Teaser Video


Satu lagi feature menarik untuk PROTON P3-21A ini dipersembahkan dalam bentuk teaser video. Kali ini fokus kepada teknologi baru yang diterapkan dalam struktur/chasis model P3-21A ini yang diberi nama REES (Reinforced Safety Structure). PROTON merupakan OEM pertama di Asia Tenggara yang memiliki fasiliti untuk teknologi Hot Forming Press ini.

Secara mudah, Hot Forming Press ini ialah proses dimana boron-based metal sheet dipanaskan sehingga suhu 900 darjah (untuk proses Austenitization - sorry aku dah lupa term BM) dan diikuti oleh proses penyejukkan (quenching) untuk memastikan mechanical properties tercapai. Melalui proses ini, metal sheet yang pada asalnya 340MPa~480MPa akan berubah sehingga 1500MPa (3 kali ganda lebih kuat).

Advantage dari penggunaan HPF dalam struktur kereta sudah tentunya dari segi keselamatan (crash part), dan dapat mengurangkan faktor "springback" dalam forming metal parts. Teknologi ini sudah lama diguna oleh car maker di Eropah terutamanya Volvo, BMW dan Mercedes. Dan kali ini PROTON buat pertama kalinya mengaplikasi teknologi ini didalam model P3-21A.

Percayalah cakap aku kalau aku kata, part HPF ni kalau di ketuk dengan hammer pun tak kemek, drill pun tak berlubang. Ketuk saja-saja dengan tangan pun SAKIT berbanding normal steel. Ini serius tak tipu ok. Jadi aku berani kata, structure wise model ini boleh diletakkan setanding dengan BMW, Merc dan lain-lain.

Selain penggunaan HPF, P3-21A juga mempunyai 4 airbags disamping active headrest. Dipadankan lagi dengan ABS, EBD, dan ESC. 

Related Posts with Thumbnails