KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department has issued a tsunami warning to coastal areas of Perlis, Penang and Kedah following the 7.5 magnitude earthquake that hit North Sumatera, 448km southwest of Pangkor Island.Sumatera bergegar lagi pagi ini. Bagaimanakah agaknya perasaan apabila dikejutkan untuk bangun Subuh oleh gegaran bumi yang kuat? Kali ini Sumatera dikejutkan lagi dengan gegaran berskala magnitud 7.5 skala richter. Amaran Tsunami juga dikeluarkan.
Tremors were felt in the west coast of Peninsula Malaysia. The department has warned people to keep away from the beach.
The Associated Press quoted the US Geological Survey saying that the quake struck at 5.15am (2215 GMT) and was centred 205km northwest of Sibolga in Sumatra at a depth of 46km.
Entri kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku merasai gegaran gempa bumi ketika di Jepun dahulu. Ia berlaku pada 23 Oktober 2004, hari Sabtu. Gempa bumi yang berpusat di Niigata (bersempadan dengan Nagano) direkodkan berlaku jam 5.56pm waktu Jepun atau kira-kira 4.56pm waktu Malaysia. Waktu itu merupakan bulan Ramadhan.
Ketika itu aku baru saja buka puasa (waktu maghrib kira-kira jam 4.45pm). Duduk melepak selepas habis makan. Sambil menonton rancangan lawak di TV Jepun. Walaupun cuaca sudah semakin sejuk di sana (musim bunga menghampiri musim sejuk), aku hanya dengan kain pelikat duduk terbaring di atas Futon. Solat Maghrib belum ditunaikan lagi. Tengah syiok layan perut kenyang, tiba-tiba saja segala benda dalam apato 1LDK (apartment) yang aku diami itu bergoyang. Gundam aku ada yang jatuh dari atas rak. Ditambah dengan bunyi kreokk kreook (sebab apato 3 tingkat tu binaan separa kayu). Aku tergamam. Aku takut. Di kaca TV sudah terpampang info mengenai gempa bumi yang sedang berlaku. Jishin 6KYO!! (skala 6.5 keatas). Di monitor komputer, semua YM rakan-rakan di Niigata menjadi offline secara serentak. Apa yang aku buat selepas itu?

