Showing posts with label Makhluk Asing. Show all posts
Showing posts with label Makhluk Asing. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

Stephen Hawking kata Makhluk Asing Mungkin Wujud, Aku Percaya 100%

Terus-terang, aku tidak terkejut membaca tajuk akhbar hari ini. Ini dipetik daripada Utusan Online (aku asyik baca online saja, malas nak membeli di kedai). Saintis yang tidak asing lagi, iaitu Stephen Hawking. Punyalah terkenal sampaikan pernah buat cameo appearance dalam The Simpsons dan Futurama.


Eh, eh..lupa pula. Fokus aku sebenarnya pada artikel berita. Bukan saintis Britain itu. Okay, berbalik kepada topik. Sebenarnya bukti kewujudan makhluk asing sudah lama muncul. Sejak dulu lagi pelbagai tanda, objek, dan fenomena berlaku di serata dunia dan mengaitkan dengan kewujudan makhluk asing. Jadi tidak mustahil Stephen Hawking mengeluarkan kenyataan seperti dalam petikan berita tersebut.
LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.
“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.
Di Malaysia sendiri, banyak penemuan mengenai kewujudan makhluk asing. Lihat sajalah gambar-gambar. Semua ini diperoleh dari google.

Kononnya ini UFO yang kelihatan di Butterworth, tahun 1979

Sebenarnya aku juga mempunyai koleksi imej makhluk asing di Malaysia. Belum pernah aku kongsi, kerana tidak mahu dijadikan bahan berita, nanti ada yang kata aku gila publisiti atau gambar dibuat-buat.

Related Posts with Thumbnails