Showing posts with label Mahalli Jasuli. Show all posts
Showing posts with label Mahalli Jasuli. Show all posts

Monday, December 10, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Assist dari Mahali Jasulli Sekali lagi!



Power betui Mahali Jasulli. Semakin naik namanya dalam tournament AFF Suzuki Cup edisi kali ini. Gua tak hairan kalau ada kelab luar nak pancing dia. Setakat ni paling konsisten sejak dia main (2nd game onwards) dengan Wan Zack. Walaupun semalam berganding dengan Alex, Mahali masih menjadi penggerak utama Harimau Malaya semalam. Banyak hantaran crossing cantik dari Mahali tapi gagal disudahi striker. Namun, minit ke-48, Mahali sekali lagi buat overlapping dan cross dengan Chantek ke arah Mat Yo yang menanduk dengan gaya RM80ribu sebulan sekaligus meledakkan gol pertama Harimau Malaya.

Buat peminat Mahali, musim depan dia akan beraksi bersama Selangor. Konfem banyak cross dia disambut oleh Amri Yahya yang suka score pakai kepala dia.

Masih ada 90 minit lagi untuk cuba melakukan miracle ke atas Thailand. Kelebihan sudah pasti kepada mereka sebab Terasil Dangda dapat score away goal semalam. Malaysia mesti menang. Seri memang unacceptable. 

Selamanya Harimau Malaya...eelelelelelleleleleleeee

Sunday, December 9, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Semi Final Leg 1 - MALAYSIA vs THAILAND

Photobucket

Mengharapkan sentuhan magis dari Mahali Jasulli lagi malam ni.



Selamanya Harimau Malaya!

Monday, December 3, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : "Mahalli Jasuli...CANTHEKKKKK!" - Hasbullz




"Ohhh cantik!! Jaringan berjaya dilakukan oleh Alex...aaaa Azamudin Akil, berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-26"

"Aaaa cantik hantaran itu terus diberikan kepada Wan Zack Haikal, Wan Zack Haikal mempunyai ruang...masih lagi membawa di situ Wan Zack. Mencari rakan untuk membuat hantaran..Mahalli Jasuli! Cantik!! GOL dari Mahalli Jasuli. Malaysia menghasilkan jaringan kedua di minit ke-29"




Bab ulas mengulas ni, kita serah saja kepada yang pakar. Kalau Harimau Malaya dapat score lepas tu menang...peh 88 kali ulang tengok highlights ni pun tak boring. Paling tak boring bila abang Hasbull kita cakap "aaaa..cantik". Yang penting, Harimau sudah kasi GIGIT sama itu Garuda. 

Bring on Thailand. 

Related Posts with Thumbnails