Showing posts with label Chelsea vs Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Chelsea vs Manchester United. Show all posts
Monday, October 27, 2014
Keputusan BPL Matchday 9, Ahad 26 Oktober
Newcastle 2
Ameobi 46'
Perez 58'
Tottenham 1
Adebayor 18'
Everton 3
Eto'o 4', 85'
Lukaku 29'
Burnley 1
Ings 20'
Manchester United 1
Robin Van Persie 94'
Chelsea 1
Drogba 53'
Friday, July 15, 2011
Kalau Di Amerika, Mesti Ada Yang Dah Kena Tikam
Tak dapat dinafikan fanatik menyokong sesuatu team itu wujud di mana-mana negara sekalipun. Kadang-kadang bila dah fanatik, penyokong ambil tindakan yang mengarut tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Misalnya seorang peminat bola sepak di negara kita ni. Kita anggap dia penyokong tegar pasukan Merah Setan. Dia sudah tentu tahu pasukan apa yang beraksi di Stadium yang hendak dia tuju. Tetapi dia tetap nak pakai baju Merah Setan. Agaknya apa yang dia fikirkan ketika itu?
1. Nak bagitau bahawa dia penyokong setia yang berani
2. Nak dapatkan perhatian atuk Alex
3. Sebenarnya dia tengah scout player utk team Merah Setan
4. Sengaja nak jadikan video ini viral sehebat Rebecca Black's Friday
5. Dia tak pernah beli baju lain selain baju itu
So saksikanla rakaman video aku jumpa kat youtube ni. Tak pasal-pasal dia dah jadi famous, dan pasti akan menggugat keputusan peperiksaan dia nanti/atau prestasi kerja sebab semua orang dah kenal siapa dia.
*info terbaru aku dapat dari member yang pergi stadium semalam, pemuda tersebut didapati membuat provokasi dengan beberapa kali mencium logo Setan Merah di jerseynya walaupun dia sedar sedang dikelilingi oleh penyokong setia YNWA. Insiden itu yang membawa kepada kekecohan seperti video di bawah.
*info terbaru aku dapat dari member yang pergi stadium semalam, pemuda tersebut didapati membuat provokasi dengan beberapa kali mencium logo Setan Merah di jerseynya walaupun dia sedar sedang dikelilingi oleh penyokong setia YNWA. Insiden itu yang membawa kepada kekecohan seperti video di bawah.
soal patriotik atau tidak kita bincang posting lain. Even isu "orang kita" pakai baju sponsor Carlsberg tu pun aku nak cerita posting lain. Kita tumpukan dulu isu peminat fanatik 1 orang vs peminat fanatik 30,000ribu org
kesimpulannya, fikirkan situasi dulu la. Why would you wear a rival team jersey which has nothing to do with the particular match, and dare to sit with the fanatic fans?
Btw, ketika perlawan Malaysia vs Arsenal pun terdapat beberapa fans yang datang memakai jersey pasukan lain, termasuklah Merah Setan. Depan aku pun ada 2 orang pakai baju Merah Setan, tapi mereka beradab dan tak buat perkara yang mendatangkan marah seperti mencium logo team atau beraksi pelik. Diorang siap bawa bandana Malaysia dan bersorak untuk Malaysia. Maka, tiada kejadian seperti video di atas ini berlaku di SBJ kelmarin.
Sunday, August 8, 2010
Community Shield : Chelsea vs Man United
Siapa bakal menang Community Shield tahun ini? Perlawanan pembukaan musim 2010/11 antara Juara EPL dan Juara FA Cup. Walaupun kedua-dua team ini aku tak sokong, tapi perlawanan ini menandakan musim bola sepak EPL bermula kembali. Tak sabar nak tengok pasukan-pasukan beraksi kembali dengan player baru yang dipancing dek prestasi ketika World Cup.
Antara top news akhir-akhir ini, Cesc Fabregas kekal di Arsenal musim ini, Khedira ke Real Madrid, kecederaan lutut Kaka mungkin menamatkan karier bola sepaknya, dan banyak lagi.
Untuk perlawanan ini nak pilih team mana ya? Hmm, Chelsea FTW, walaupun Carlo Ancellotti kata dia tak letak harapan tinggi dalam match ini.
Starting Line Up :
Chelsea 4-3-2-1 : Hilario; Ferreira, Ivanovic, Terry, Cole; Essien, Mikel, Lampard; Kalou, Malouda; Anelka.
Manchester United 4-4-2 : Van Der Sar; O'Shea, Vidic, Evans, Fabio; Valencia, Scholes, Carrick, Park; Rooney, Owen
+ + + + + + +
Highlights untuk Charity Shield 2009/10
Chelsea tewaskan Man U
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!


