Jumpa satu video dari Korea ni pasal model terbaru Kia Forte (atau Cerato). Dari video ni dapatlah tengok in detail rekabentuk eksterior, dan juga interior kereta. Nampak lebih fluid design berbanding model Forte sekarang. Model ini baru saja dilancarkan secara rasmi di Korea.
Front fascia ada ala-ala BMW 3-series baru, sebab headlamp nampak ada kesinambungan dengan front grill dengan konsep yang seakan-akan model dari germany tersebut. Melihat dari video, dashboard & Instrument panel nampak lebih kemas. Steering wheel nampak padat dengan butang-butang kawalan. Apa yang saya faham, dalam video tersebut ialah model medium line, di mana terdapat satu lagi variant lebih mewah dengan skrin sesentuh dan meter panel dengan build-in GPS (seperti BMW).
Yang baru
Yang lama
Apa pendapat korang? Lawa tak design baru Kia Forte ini?
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan