Nasib baik brader tu cover nama model ni.. |
Gambar hangat hari ini! Kereta P3-21A ketika sessi penggambaran iklan leaked! Tak pasti sama ada disengajakan atau pun strategy meningkatkan hype sebelum official launch, tetapi inilah rupa sebenar production model PROTON P3-21A. Nampak gah, nampak moden, totally a different model from generasi PROTON yang sebelumnya.
Perasan tak styling line di antara fender dan headlamp iras-iras BMW 3 Series sekarang? Overall nampak balance, saiz tayar dengan wheel arch dan overall body dimension. Kalau compare secara kasar dengan tinggi dan depaan tangan brader tu, nampak seperti lebih besar dari Kia Forte dan mungkin benar lebih besar sedikit dari Honda Civic.
Makin panass..feedback yang kita boleh baca di kebanyakkan blog dan forum, ramai yang percaya model ini bakal mengembalikan kegemilangan PROTON, dengan syarat kualiti parts terjamin serta perkhidmatan 3S Proton Edar yang perlu dipertingkatkan.
Could this be my next car? Will see about that :)
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan