Thursday, November 29, 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : Highlights Malaysia vs Laos (4-1)



Tak dinafikan gol freekick Safiq Rahim memang cantik. Tapi takat tu je ler. Permainan Safiq kat tengah padang masing tak meyakinkan. Namun keputusan yang positif. Membakar momentum untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang musuh ketat-ketat-ketat.. Indonesia.

Wednesday, November 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : SYM, Safee Yang Menyekor akhirnya!

Photobucket


MALAYSIA  4
LAOS          1

Woi woi woi woi..alhamdulillah syukur!!.

Harimau Malaya menang ke atas Laos dengan jaringan 4-1. Namun gua rasa masih slack di merata tempat, dan sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar...6-7 gol boleh dijaringkan...Safee Yang Menyepak merata-rata, Safee Yang Menanduk tak tepat, Safee Yang Mensia-siakan banyak peluang di separuh masa pertama.

Namun akhirnya, sumpahan Safee terlerai lepas 2nd half, bila Safee Yang Menyekor akhirnya hasil hantaran leret dari Wan Zack. Oh itu, kita mendahului Safiq Yang Menyepak free kick. Kesimpulannya, persembahan yang biasa-biasa saja, selepas minit ke 60 baru Malaysia dapat control game dan mengasak bertubi-tubi. Farizal Marlias pun nampak tenang dan relaks di pintu gol.

Harapan gua, next game lawan Indonesia nanti mesti meriah di Stadium, bila keyakinan penyokong dah kembali. Dan gua pasti penyokong Indonesia pun akan "ramai" di Stadium. Indonesia dah selangkah ke semi, lepas tewaskan Singapura. Bermakna, ketiga-tiga team nak merebut tempat. Yang pasti Harimau Malaya perlu baham Garuda dulu Ahad ini.

Bangkit Harimau Malaya.....!

AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia vs Laos, Ramalan anda?

AFF Suzuki 2012 Rajagobal letak jawatan


Agak-agak berapa gol Harimau Malaya boleh ketuk sama Laos malam ni. Lihat sajalah betapa angkuhnya coach kita menjawab soalan selepas kekalahan dengan Singapura. Paling gua tak puas hati bila dia boleh cakap, dia hanya jangka kalah 0-1 dengan Singapura. Itu macam ke? Berani dia beraksi di hadapan penyokong sendiri, dan masih mampu jawab dengan tenang tak expect kalah 0-3. Adoyai.

Dengar pula ada "silent killer" bakal turun malam ni. Aku saspek hero Malaya akan turun. Ultras Fakri diminta bersiap sedia. Gua harap, midfield lebih kukuh dan pegang bola lebih confident malam ni. Kalau dengan Laos pun struggle, gua mohon tukar sajalah coach, sebelum Ultras menyalak lagi.


+ + + +  + +


Formasi: 4-2-3-1 (pehh mcm Arsenal je ni)

Kesebelasan utama harapan terakhir umat Ultras :

Farizal (GK)
Mahali (RB) --- Aidil (CB) --- Faizal (CB) --- Fadhli Shas (LB)
 Shakir (CM) --- Gary Steven (DM)
Wan Zack (RW) --- Baddrol (AMF/SS) --- Kunanlan (LW) 
Hazwan Bakri (ST)


Second half kasi masuk Hero Fakri ganti Wan Zack. Confirm satu gol dia kasi tanduk masuk.


+ + + + + + +


Ramalan Sukati aku la :

Malaysia 3 - Laos 1
Singapura 1 - Indonesia 1

Related Posts with Thumbnails