Sunday, February 26, 2012

Gambar P3-21A tanpa Camo terbongkar! Apa Komen anda?

Gambar P3-21A terbongkar
pandangan hadapan


Leaked Gambar P3-21A tanpa camo
mesti M-Line ni..sebab garnish body color


terbongkar sudah gambar penuh P3-21A tanpa sebarang cover. Ini mungkin warna khas untuk model ini iaitu Blue Lagoon. Sekarang tinggal gambar interior yang complete serta nama model ini. Satu yang saya lihat, ini mungkin M-Line sebab garnish trunk lid guna body color. Rasanya sebelum ini pernah leaked gambar tailgate dengan garnish chrome.

Jadi peminat automotif sekalian, apa pendapat korang? Cuma satu yang pasti merisaukan PROTON ialah syarat baru bank negara mengenai pinjaman. Adakah isu itu bakal menggugat jualan model ini?

sumber gambar dari forum lowyat

Wednesday, February 22, 2012

"PROTON perkenal model baru" - Berita Harian


Dipetik dari artikel Berita Harian Online. Terkejut den, ingatkan dah dilancarkan. Tetapi rupanya akan dilancarkan tak lama lagi. Tak sabarnya! Yang penting range harga yang disebut ialah RM60,000 ~ RM70,000!! Biar betik oi!
Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000 
PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan. 
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti. 
Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.
Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC). 
Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit. 
Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.

Monday, February 20, 2012

Gambar Production Model Proton P3-21A ketika penggambaran iklan!? Look Awesome!


Photobucket
Nasib baik brader tu cover nama model ni..
Gambar hangat hari ini! Kereta P3-21A ketika sessi penggambaran iklan leaked! Tak pasti sama ada disengajakan atau pun strategy meningkatkan hype sebelum official launch, tetapi inilah rupa sebenar production model PROTON P3-21A. Nampak gah, nampak moden, totally a different model from generasi PROTON yang sebelumnya. 

Perasan tak styling line di antara fender dan headlamp iras-iras BMW 3 Series sekarang? Overall nampak balance, saiz tayar dengan wheel arch dan overall body dimension. Kalau compare secara kasar dengan tinggi dan depaan tangan brader tu, nampak seperti lebih besar dari Kia Forte dan mungkin benar lebih besar sedikit dari Honda Civic.

Makin panass..feedback yang kita boleh baca di kebanyakkan blog dan forum, ramai yang percaya model ini bakal mengembalikan kegemilangan PROTON, dengan syarat kualiti parts terjamin serta perkhidmatan 3S Proton Edar yang perlu dipertingkatkan.

Could this be my next car? Will see about that :)

Related Posts with Thumbnails