Wednesday, November 30, 2011

PROTON SAGA FLX SE Dilancarkan! RM49,899

SAGA FLX SE 1.6 CVT FRONT


SAGA FLX SE 1.6 CVT REAR


Ribut takde, ape takde..tiba-tiba sudah dikhabarkan PROTON SAGA FLX SE 1.6 CVT dilancarkan. Harga yang ditawarkan ialah RM49,449 untuk warna Solid dan RM49,889 untuk warna Metalik. Seperti yang sudah dispyshot sebelum ini, hanya dua warna untuk model ini iaitu Fire Red dan Solid White. Namun kita hanya boleh melihat kereta tersebut di showroom bermula esok (1 Disember). Seperti yang sudah aku tulis sebelum ini, perbezaan ketara ialah pada enjin 1.6 Campro IAFM dengan transmisi 6 kelajuan CVT, sport rim 15 inci, bodykit berwarna Warm-grey dan kemasan leather untuk interior. Selain itu terdapat juga perbezaan skema warna interior seperti SAGA SE dahulu.

SAGA FLX SE 1.6 CVT INTERIOR


Dikhabarkan PROTON hanya akan mengeluarkan 500unit setiap bulan untuk model Special Edition ini. Kepada yang berminat, boleh serbu Proton Edar esok untuk melihat model ini dengan lebih dekat. Secara peribadi aku suka warna merah Fire Red ini. Memang berbeza dengan warna kereta lain. Nampak eksklusif dan sporty.


kredit gambar : Paultan.org & Funtasticko Design
p/s : kenapa gambar official Proton ini macam over-saturated eh? merah dia tak sama dengan actual..hehe - SUDAH UPDATE GAMBAR BARU!

Coming Model Line-up dari PROTON (P3-21A March 2012!)

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, salam semuanya. Siapa sempat tonton Buletin Utama semalam? Aku yakin ramai tak tonton pun kan? sebab hari-hari di timeline twitter masing-masing sibuk sumpah seranah Buletin Utama. Tapi kepada yang tonton, mesti perasan ada sedikit berita menarik untuk para peminat automotif tempatan kan?

Yaa, tak lain tak bukan berita tentang PROTON. Semalam berita melaporkan prestasi kewangan bagi PROTON untuk separuh ke-2 tahun kewangan 2011/2012. PROTON mencatatkan penurunan keuntungan iaitu RM47 juta berbanding RM185 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Penurunan ini ada kaitannya dengan perbelanjaan oleh anak syarikat PROTON iaitu LOTUS untuk plan pembangunan 5-tahun mereka.

Tetapi apa yang menarik perhatian sebenarnya cerita tentang produk line-up yang dipreview dalam Buletin Utama semalam. Boleh rujuk screen shot di bawah dimana ada slideshow menunjukkan coming Line-Up produk dari PROTON.

Photobucket

Aku dah siap summarize untuk senang faham. Kalau ikutkan apa yang diumum oleh MD PROTON, Dato Sri Syed Zainal tahun 2012 akan diakhiri dengan pelancaran satu lagi model Special Edition iaitu SAGA FLX SE pada bulan Disember (khabarnya esok, 1hb). Diikuti dengan 2 model pembaharuan Exora iaitu Exora Bold (facelift model) dan Exora Prime (turbo) pada Januari 2012. Gambar sedikit tertutup dek grafik TV3 tu. 

Bulan Februari pula akan dilancarkan model khas Inspira R3, kali ini dikhabarkan ada performance upgrade berbanding Inspira R3 yang ada sekarang (bodykit + rim 18'). Namun belum ada info rasmi mengenai perkara tersebut. Dan yang paling dinanti-nantikan iaitu model dengan kod P3-21A pula akan muncul bulan March 2012.

Ini bermakna 4 buah model akan dikeluarkan (3 model kemaskini, 1 model baru sepenuhnya) dalam suku pertama tahun hadapan. Dan disamping itu, ada juga blog-blog melaporkan P3-21A akan didatangkan dalam dua versi iaitu Sedan & Hatchback. Tetapi bila model hatchback itu akan dilancarkan masih tidak didedahkan.

Well, next year will be another exciting year for the local automotive industry. Harapnya PERODUA juga ada perancangan dengan model-model baru.

Jadi sebagai kesimpulan yang mudah difaham....

1. SAGA FLX SE 1.6 CVT (Disember 2011)


sumber Funtasticko blog

2. EXORA Bold & EXORA Prime (Januari 2012)


Photobucket
sumber Funtasticko blog
3. INSPIRA R3 (Februari 2012)

Photobucket

4. PROTON P3-21A (March 2012)




p/s : Fuh kemain panjang entri. jangan lupa tekan LIKE. hahaha

Friday, November 25, 2011

(3 Gambar) SAGA FLX SE 1.6 CVT Atas Jalanan: Launching Hari Ni?

Photobucket
Hanya dua warna, Putih dan Fire Red (sama Neo R3)

Photobucket
Mark SE 1.6 di sebelah kiri, rear combi "smoked"

Photobucket
Jelas kelihatan rim baru 15inci khas untuk FLX SE

Ada info yang aku dapat dari blog mengatakan model PROTON SAGA FLX SE 1.6 CVT akan dilancarkan dalam minggu ini. Ada juga info dari sumber tertentu kata Jumaat (hari ni) launchingnya. Kebetulan semalam aku terserempak dengan lori sedang membawa SAGA FLX ini. Mungkin sedang dalam perjalanan ke showroom masing-masing. 

Seperti yang semua sudah tahu pun, kereta ini cuma special edition dengan enjin & transmisi baru. Ini merupakan model pertama dari PROTON yang menggabungkan enjin berkuasa 1.6L dengan transmisi CVT. Selain daripada itu, ia datang dalam 2 warna sahaja dengan bodykit khas berwarna kelabu metalik. Satu lagi kelainan ialah rim tayar bersaiz 15 inci berbanding 14 inci sebelum ini. 

Cuma apa yang menjadi persoalan ialah.....berapa harganya? Ada sumber kata masih di bawah RM50k. Kalau benar, maka ini mungkin menjadi antara model kereta sedan dengan enjin 1.6L yang termurah di Malaysia.

+ + + + + +

UPDATE :
Ada khabar-khabar angin terbaru kata launching pada 1hb Disember 2011. Sehingga sekarang masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak PROTON. Sampai bila nak berahsia ni? Ramai dah tak sabar nak test drive kereta ni. Mungkin kalau berkenan, sambarlah satu kan?

PROTON bukan takat Pressure their Peers je ni, dengan kita-kita sekali ter"pressure" menunggu launching..haha


Related Posts with Thumbnails