Showing posts with label Uber Cup. Show all posts
Showing posts with label Uber Cup. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

PROTON-BWF Thomas & Uber Cup Finals 2010 bermula Hari Ini!


Hari ini bakal bermula misi Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1992. Walaupun temasya bermula esok, terus terang aku kecewa dengan promosi yang dilakukan. Agak hambar. Nak mencari logo temasya (seperti diatas) pun sukar. Apakah tiada lansung promosi dilakukan?

Apa pun aku masih menaruh harapan tinggi pada pasukan Malaysia untuk membuktikan sesuatu di hadapan penyokong sendiri. Hari ini Malaysia akan menentang pasukan Nigeria pada pukul 6 petang. Dan menurut berita semalam, pasukan Nigeria masih belum tiba di Malaysia kerana masalah dengan penerbangan mereka. Apa pun, pastinya Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Nigeria. Err pernah tengok team Nigeria main badminton??

Related Posts with Thumbnails