Watak utama dalam drama 8 Bulan - Vanida dan Rashidi
Satu drama bertajuk 8 Bulan yang ditaja oleh HSBC Amanah akan mula ditayangkan di TV3 mulai 25 Julai (hari ini) jam 10.30 malam. Mengisahkan tentang Linda lakonan Vanida Imran seorang Pengurus Kanan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi dari suaminya, Faizal lakonan Rashidi Ishak. Kehidupan mereka berubah serta-merta apabila Linda disahkan mengandung anak sulung.
Dalam drama ini, kita boleh mendapat tips dan perancangan kewangan berlandaskan prinsip Syariah yang dibawa khas oleh HSBC Amanah. Lebih mudah untuk difahamkan apabila dibawa dalam bentuk drama seperti ini. Disamping berhibur dengan drama, kita dapat juga maklumat tentang kewangan, percuma pula tu! Aku pasti nak ikuti siri ini. Mana tau ada maklumat-maklumat penting tentang kewangan yang kita tak tahu. Apa benda yang 8 bulan? Yang pasti kena tonton drama ini baru tau jawapannya.
Team produksi 8 bulan ketika majlis perasmian di Bangsar
Teruskan membaca untuk sinopsis Drama 8 Bulan di TV3

