Showing posts with label Quaterfinals. Show all posts
Showing posts with label Quaterfinals. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Germany vs Argentina : Half Time Scene



Germany vs Argentina
[1-0]
GER | Mueller (3')



Germany mendahului Argentina 1-0 hasil tandukan Mueller pada minit ke-3. Nampaknya Germany berjaya menyerap tekanan serangan dari Argentina yang diterajui Messi, Tevez dan Higuain. Klose pula hampir menambah jaringan tetapi sedikit tersasar di atas palang gol.

Perlawanan masih ada 45 minit, dan apa saja boleh berlaku. Germany perlu terus menyerang dan menambah gol. Tak best la main defend je kan? Sambil tu layan gambar-gambar dipinjam dari laman soccernet.com

Gol pendahuluan dari Mueller minit ke-3
(original photo from soccernet.com)



Maradona sudah runsing seawal minit ke-3
(original photo from soccernet.com)


Aku setuju..ramai setuju..tiup vuvuzela!!
(original photo from soccernet.com)


Seluruh Afrika sedih Ghana Tumbang Akibat Tangan Suarez


[ 1 - 1 ]
URU | Forlan (55')
GHA | Muntari (45')
Uruguay advance after winning penaly kickoff 4-2

Malang buat Ghana apabila tewas kepada Uruguay 4-2 menerusi sepakan penalti apabila kedua-duanya terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Tetapi sebelum itu, kontroversi berlaku lagi apabila Suarez menggunakan tangannya untuk mengelakkan bola tandukan Asamoah Gyan masuk ke gawang gol pada minit-minit akhir masa tambahan. Akibat tindakan itu, dia dikenakan kad merah, Ghana dinafikan gol, Gyan miss penalti, seterusnya pasukan mereka tewas dengan penentuan penalti selepas tamat masa tambahan. Malang buat seluruh rakyat Afrika yang sedih dengan kekalahan wakil mereka ini. Asamoah Gyan pasti sukar melupakan malam itu apabila gagal menyempurnakan penalti pada minit akhir masa tambahan yang mungkin boleh membawa Ghana ke separuh akhir.


Suarez sukati mak bapak dia nak jadi gol keeper kedua Uruguay
(original photo from soccernet.com)

Brazil Tergolek, Robinho Meroyan Dengan Robben

[ 1 - 2 ]
BRA | Robinho (10')
NED | Melo (O.G 53'), Sneijder (68')

What a night of football!! Aku dapat juga tengok bola secara live, thanks to Stadium Astro website. Can't believe I watched online streaming so smoothly, clearly and without lag at all! Macam tengok ASTRO betul-betul. Superb service! Salute lah. Nak harapkan RTM..cettt porah. And how lucky I am to watch the Oranje dumps Brazil live! Ya kawan-kawan, Brazil tewas kepada Netherlands 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik menyaksikan Netherlands bangkit daripada ketinggalan di awal permainan untuk menumpaskan Brazil. 

Lebih malang buat Brazil apabila pemainnya Melo menjaringkan gol sendiri sebelum dibuang padang akibat meminjak peha Robben. Arjen Robben benar-benar menjadi duri dalam daging bagi Brazil kerana single handedly mengucar kacirkan pertahanan Brazil. Sampai ramai kena mark dia. Takut benar Brazil dengan Robben. Kaka lansung tidak menyerlah, Robinho pula yang bikin panas bila tidak berpuas hati dengan Robben sentiasa. 

Apapun, aku cukup gembira melihat Brazil tewas. Walaupun aku tetap menyokong Germany dalam kempen World Cup ini, kredit dan pujian harus diberikan kepada barisan Oranje, terutamanya Robben dan Sneijder kerana bermain dengan best sekali. 

awek oranje yang sama. pandai kamera cari yer..
(original source soccernet.com)



Robinho meroyan tak tentu pasal..macam mak temah
(original source soccernet.com)


Friday, July 2, 2010

World Cup 2010 : Quater Finals - Tumpuan pada Brazil vs Netherlands


Yeaahhhhh! Jerit dulu. Sebelum Vuvuzela berbunyi. Selepas dua hari rumah sunyi tanpa alunan Vuvuzela, malam ini kita kembali dengan berita bola. Quaterfinals akan bermula malam ini dengan perlawanan tumpuan antara Brazil vs Netherlands. Ramai yang merasakan Brazil mudah mengatasi Netherlands tapi kali ini sokongan aku pada pasukan Oranje. Sebab aku ada jersey Oranje yang original. Haha. Oh tak lupa juga penyokong-penyokong Oranje cun-cun belaka.

Kaka nampaknya berhadapan masalah disiplin apabila sudah mengutip 2 kad kuning dan 1 kad merah. Luis Fabriano dan Robinho banyak menyumbang kepada serangan-serangan Brazil. Maicon juga boleh bikin panas gawang gol Netherlands.

Tapi jangan underestimate barisan Oranje. Robben, Kuyt, Sneijder, Van Persie, Van der Vart semua boleh buat magik. Robben sudah tentu dikawal rapi kerana dia merupakan playmaker penting untuk Netherlands. Seperti perlawanan lain, aku berharap sangat dapat tengok banyak gol. Tak gemar la tengok match boring dan defensive macam Portugal vs Brazil dulu. Kalau boleh janganlah sampai penalti, sebab aku nak tidur awal. Haha

FTN predict : Netherlands atasi Brazil [3-2]


+ + + + + + +


Next game, Uruguay vs Ghana. Ahh, malas aku nak ulas. Tak kenal sangat pun kedua-dua team. Aku cuma berharap Ghana menang ke atas Uruguay. Cuma risikonya kalau Ghana menang, lebih banyak Vuvuzela akan dijual, dan membawa kepada pencemaran bunyi semasa Semi-finals nanti. Al-maklumlah, satu benua Afrika akan menyokong Ghana!

FTN predict : Ghana atasi Uruguay [2-1]

Related Posts with Thumbnails