Showing posts with label MyBalloonFiesta. Show all posts
Showing posts with label MyBalloonFiesta. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

Sedikit Gambaran Daripada Pengembaraan Aku Di Putrajaya Pagi Tadi

Salam Semua pembaca FTN. Pagi tadi aku telah berjaya pergi ke Putrajaya untuk memuaskan nafsu fotografi aku. Bertolak seawal 7.10am, rupanya sudah penuh parkir di berhampiran tapak event. Nasib baik terjumpa satu, dan terus bergegas ke kawasan belon panas.

Aku paling excited nak ambil gambar Balloon Darth Vader. Memang cun sangat. Kreatif siapa yang reka belon tu. Walaupun pengunjung yang sangat ramai, sampai bertolak-tolak nak ambil gambar dan cuaca agak kurang baik (mendung sikit) namun aku dan wifey gembira. Sempat berjumpa beberapa rakan fotografi lain.

Enjoy dulu beberapa gambar untuk malam ini. Yang lain dan lebih jelas akan dipapar di blog yang satu lagi. Hehehe


Friday, March 19, 2010

Kalau Nak Tengok Balloon Besar Berkepala Darth Vader, Ayuh Ke Putrajaya


Acara ini kembali lagi tahun ini. Dengan lebih banyak penyertaan dan belon panas yang unik. Kalau tak sempat pergi tahun lepas, jangan lupa singgah ke Putrajaya. Sudah bermula sejak semalam dan akan berlansung sehingga Ahad. Aku pasti ke sana esok. Kalau boleh nak pegi Khamis, Jumaat tapi kerja la weh!

pishh posshh pisshh poshh..I'm your father luke!
(photo from google.com)


Jadi apa lagi, kemaskan segala peralatan kamera anda dan ayuh ke Putrajaya!

Ni sedikit koleksi yang aku sempat rakam tahun lepas. Tahun ni pasti lebih banyak!

1st Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2009; Fire UP!


p/s : kalau nak tengok gambar-gambar lain, boleh la ke sini.

Related Posts with Thumbnails