Showing posts with label ICU Hospital Selayang. Show all posts
Showing posts with label ICU Hospital Selayang. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

Khabarnya Keadaan Din Beramboi Sudah Beransur Stabil

Merujuk kepada entri sebelum ini, dikhabarkan Din Beramboi tenat di ICU Hospital Selayang akibat jangkitan dari kencing tikus. Seperti yang aku nyatakan dalam entri tersebut, ia berdasarkan kepada status facebook dan twitter message ramai artis-artis yang juga merupakan kawan rapat kepada Din Beramboi.

Dalam Buletin Utama TV3 malam tadi, anak kepada Din Beramboi sudah mengesahkan ayahnya beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil. Dia juga menafikan bahawa Din Beramboi koma dan terkena jangkitan kencing tikus. Setakat ini dari laporan berita tersebut, Din Beramboi disyaki menghidap Denggi Berdarah.

Walau apa pun, aku yakin seluruh rakyat Malaysia prihatin dengan berita Din Beramboi dan semua mendoakan keselamatan beliau. Semoga cepat sembuh kepada Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

Aznil tentu kesunyian di konti radio pagi-pagi. Tak riuh lah kalau tiada Din Beramboi!

Memang riuh mereka berdua ni!

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma di ICU Hospital Selayang, Perlukan Darah jenis O


Petang tadi, aku terbaca di MStar mengatakan pelawak terkenal, Din Beramboi sedang koma. Aku tak berani nak post mengenai berita itu, kerana tidak tahu punca dan kurang jelas tentang fakta itu. Tapi apabila aku membaca status Afdlin Shauki di Facebook, nyata Din Beramboi sedang koma di Hospital Selayang.

screenshot dari Facebook

Dan sebentar tadi di Buletin Utama juga menyiarkan tentang hal ini. Din Beramboi koma akibat terkena jangkitan kuman daripada makanan yang mungkin dicemari dengan kencing tikus. Akibat itu, beliau mengalami jangkitan kuman serta pendarahan dalaman. Buah pinggangnya juga gagal berfungsi. Din Beramboi memerlukan darah jenis O dalam masa 24-48jam ini. Kepada sesiapa yang berdarah O dan ingin menderma, bolehlah ke Hospital Selayang.

Kepada semua peminat Din Beramboi, marilah kita mendoakan keselamatan beliau.

Related Posts with Thumbnails