Showing posts with label Germany vs Spain. Show all posts
Showing posts with label Germany vs Spain. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Spain Juara World Cup 2010 : Tiada Lagi Mimpi Vuvuzela

Spain menjadi juara World Cup buat pertama kali dalam sejarah apabila menewaskan Netherlands 1-0 hasil jaringan Iniesta dalam masa tambahan. Aku tak tengok sampai habis, sebab boring dengan perlawanan yang penuh tiupan wisel pengadil botak, kad kuning suka hati dan tiada jaringan gol. Ramalan Paul mengena lagi. Tapi aku tak mahu komen lebih, dan harap-harap tiada yang menyembah Paul untuk EURO 2012 pula. Kalau boleh lebih baik Paul dikorbankan sebelum EURO bermula, sebab tak fun kalau ada ramalan-ramalan yang mempengaruhi keputusan pengadil, mentaliti pemain, dan bookie judi seluruh dunia.

Paul the Octopus
Paul, kau memang rosakkan World Cup 2010
(photo source here)

+ + + + + + +

Since aku agak mamai dan mengantuk pagi ini, apa kata tengok dulu gambar-gambar dari Final World Cup 2010 semalam. Hasil tangkapan dari laman-laman web yang dicreditkan seperti dibawah. Tapi ini versi iklan TV.
silap pilih bola
(photo source here)


Iniesta sengaja, sebab tunggu awek hot datang bagi nombor phone
(photo source here)

Ada juga orang jual meggi kembang kat sini
(photo source here)

Mak aih, kembang abis dah meggi tu weh
(photo source here)

Oh, Spain ada seorang tukang ambil gambar..main bola tak reti la katakan
(photo source here)

+ + + + + + +

Thomas Müller, penyerang muda Germany menjadi pemain yang menerima 2 anugerah termasuk Adidas Golden Boot Award selepas David Villa, dan Sneijder gagal menjaringkan gol di final World Cup. Müller mengatasi keempat-empat pemain kerana mempunyai 3 assist melebihi Forlan, Villa dan Sneijder. Müller juga menerima anugerah Hyundai Best Young Player of the Tournament. Nampaknya tahun ini bakal melonjakkan lagi nama Müller. Pastinya kelab-kelab ternama sudah mula mengatur wang untuk masuk meminang pemain ini. Satu pesanan kepada Müller, JANGAN MASUK MAN U.

Thursday, July 8, 2010

Semi-Finals Result Germany vs Spain

Germany vs Spain
0 - 1
SPA | Puyol (73')


Live 2.30am :
Perlawanan bermula antara Germany vs Spain. Ramai yang menjangkakan perlawanan menarik dengan jaringan gol yang banyak. Terdapat gangguan kejap kat atas padang. Kedua-dua bermula dengan berhati-hati. Tiada lagi serangan ke arah gol. Torres tidak bermula untuk pasukan Spain.

Gangguan sebelum perlawanan bermula..penceroboh italy
(photo source soccernet.com)

Live 2.53am :
Spain menguasai perlawanan dengan hampir 65%. Germany lebih banyak bertahan. Villa memperoleh peluang awal, tapi diselamatkan oleh Neuer.

Podolski vs Villa
(photo source soccernet.com)

Live 3.15am :
Germany mendapat peluang menerusi Ozil tetapi dijatuhkan oleh Sergio Ramos. Namun tiada penalti diberikan. SPain juga sempat menyerang sebelum wisel. Half time. Masih seri tanpa jaringan. Penguasaan bola nampak menyebelahi Spain.

Live 3.58am :
Spain membuka jaringan menerusi tandukan Puyol daripada corner kick. Adoyai! Come on Germany. Do something..

Live 4.18am :
Full time. Spain menewaskan Germany dengan 1-0, hasil tandukan Puyol.

Wednesday, July 7, 2010

World Cup Semi-Finals : Germany vs Spain, Germany FTW!!

FTN predict : Of course Germany FTW!

Awal pagi ini dua lagi pasukan hebat akan berentap untuk menentukan siapa akan melangkah ke Final World Cup 2010 di South Africa dimana Netherlands menanti. Germany yang sedang meningkat naik selepas persembahan mantap dengan England dan Argentina akan menghadapi antara pasukan terhebat dalam temasya kali ini (sebab Brazil dan Argentina dah kaput, so terpaksa la cakap macam ini). 


Germany turun dengan 2 condition malam ini. Tanpa penyerang muda Mueller, dan dengan berita Paul the Octopus yang memilih Spain sebagai pemenang. Tapi yang kedua tu macam tak relevan bagi aku. Semua permainan minda. Mungkin sotong itu dikawal untuk bergerak ke kotak Spain. Reverse Psychology daripada penyokong Germany? Haha. Gila skeptikal.


David Villa dan Klose pasti berebut nak menambah jaringan untuk merangkul Golden Boot bagi World Cup 2010. Setakat ini David Villa dan Sneijder mendahului dengan 5 gol, manakala diikuti Klose dan Mueller dengan 4 gol. Klose juga sedang getting close untuk menyamai rekod gol terbanyak sepanjang World Cup yang dipegang oleh Ronaldo (botak yang ada jambul sikit) dengan 15 gol.

Pose khas buat peminat (aweks-aweks).
Strategi meraih penyokong. Haha

+ + + + + + +

May the best team wins. Harap-harap Germany akan memberi satu sebab untuk aku berjaga masa Final nanti. hehehe. Wir werden wieder weltmeister sein!! 

Barisan kemungkinan Germany  : Manuel Neuer, Per Mertesacker, Jerome Boateng, Philipp Lahm, Marcell Jansen, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Mesut Ozil, Trochowski, Lucas Podolski, Klose

Barisan kemungkinan Spain : Iker Casillas, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevila, Sergio Ramos, Busquets, Xabi Alonso, Xavi, David Villa, Fabregas, Iniesta

Paul The Octopus Pilih Spain Jadi Juara World Cup 2010?

Kali ini seluruh Germany terkejut dengan ramalan Paul the Octopus. Bayangkan stesen televisyen di sana boleh buat live coverage ramalan Paul. Keputusan Paul memilih kotak Spain telah menyebabkan kemarahan dan kekecewaan penyokong Germany (di Germany ye, aku tak kecewa pun).
Two national networks interrupted their programing on Tuesday for live coverage of Paul's latest forecast, and groans of disappointment rang out across Germany after Paul went for a container with a morsel of food in it bearing the Spanish flag.
Bagi aku lah, apalah nak percaya sangat kat Sotong. Rupa-rupanya Paul ini dah berkhidmat sejak EURO 2008. Dan ada rekod 9-1. Ada satu ramalan dia yang tidak tepat. dan ia pun melibatkan Germany vs Spain. Ketika itu Paul memilih Germany, tetapi Spain menang 1-0.
Germans stunned by Paul's decision to pick Spain took consolation in the fact that Paul got one of his five picks wrong at the Euro in 2008. Oddly enough it also involved Spain: In the final Paul picked Germany over Spain. But Spain won 1-0.


It was Paul's only inaccurate pick of that tournament. He has never been wrong since and has an overall record of 9-1.


"Maybe Paul was just trying to give Spain a false sense of security," said Munzig, who said scores of journalists were at Sea Life to witness Paul's latest pick. Thousands of people have visited Sea Life to see Germany's newest celebrity.
Apa pun, kita sebagai umat Islam, dilarang percaya kepada ramalan sebegini. Khurafat tau. Sekadar melawak tu boleh lah, tapi janganlah pergi cerita kat kawan-kawan,

"Weh der, aku konfiden Spain menang weh. Sotong tu dah pilih! Konfem! Kalau berani jom bet ahh"

Pada aku, Sotong ini mempengaruhi minda semua saja. Mindset tu. Psychology effect mungkin. Tapi seperti perlawanan pagi tadi (yang aku berjaya bangun tengok live dan mengantuk gila sekarang), aku harapkan ia penuh dengan gol-gol menarik (macam Van Bronckhorst).

May the best team wins and reach the Finals!

Ini gambar original. Bukan tipu-tipu macam semalam.
(photo source here)

+ + + + + + +

Baru ku sedari Buffered Earnings sudah menjauhi blog ini. Sejak kempen World Cup, traffik blog ini agak slow, mungkin rata-rata pembaca bukan penyokong Germany atau mungkin juga penyokong England. Apapun, aku tidak bersedih, dan berusaha untuk mencari kembali momentum untuk blog. Kalau desperate sangat senang je, cari gambar artis malaysia seksi, taruk headline panas, konfem semua datang menjenguk atau cerita pasal Park Yong Ha ke? Tapi aku tak reti doh..aku tulis perkara yang aku suka. Jadi apa nak kisah? Hehe

Related Posts with Thumbnails