Monday, December 10, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Assist dari Mahali Jasulli Sekali lagi!



Power betui Mahali Jasulli. Semakin naik namanya dalam tournament AFF Suzuki Cup edisi kali ini. Gua tak hairan kalau ada kelab luar nak pancing dia. Setakat ni paling konsisten sejak dia main (2nd game onwards) dengan Wan Zack. Walaupun semalam berganding dengan Alex, Mahali masih menjadi penggerak utama Harimau Malaya semalam. Banyak hantaran crossing cantik dari Mahali tapi gagal disudahi striker. Namun, minit ke-48, Mahali sekali lagi buat overlapping dan cross dengan Chantek ke arah Mat Yo yang menanduk dengan gaya RM80ribu sebulan sekaligus meledakkan gol pertama Harimau Malaya.

Buat peminat Mahali, musim depan dia akan beraksi bersama Selangor. Konfem banyak cross dia disambut oleh Amri Yahya yang suka score pakai kepala dia.

Masih ada 90 minit lagi untuk cuba melakukan miracle ke atas Thailand. Kelebihan sudah pasti kepada mereka sebab Terasil Dangda dapat score away goal semalam. Malaysia mesti menang. Seri memang unacceptable. 

Selamanya Harimau Malaya...eelelelelelleleleleleeee

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails