Thursday, August 11, 2011

Kain Pelikat Juadah Berbuka


Ginilah gaya kalau dah kena bertugas di oversea waktu bulan puasa. Lainlah kalau study di obersea. Itu sudah lain pengalamannya, mereka memang dah stabil kehidupan di negara tempat diorang belajar tu, toksah mengada ok. 

Ini satu contoh situasi ketika nak berbuka. Nampak macam hape je kan? Tapi nikmatnya tak terhingga beb. Meh aku senaraikan bahan-bahan untuk mereka yang sibuk nak amik tau. Yang sebelah atas tu kain pelikat, itu pun nak kena ajar ke? Okokok next;

Dari kiri : Nasi segera cap apa ntah, kurma seplastik, rendang dalam tupperware, ayam masak merah brahim dalam tuppeware biru, seeweed (yang kaler gold tu), sambal ikan bilis, acar buah (tapi aku tak makan), air jus oren, air cafe latte yang tin biru tu, air peach yang kaler pink, dan buah-buahan pilihan hati. Fuih konyang beb. Nasi tak payah tambah pun..satu pek tu dah cukup konyang sampai waktu bersahur. 

Bak kata boboiboy, "Terbaekkk"

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails