Tuesday, February 16, 2010

"Selebriti Malaysia tidak layak digelar Ikon"

Entry dibawah sepatutnya aku upload minggu lepas, tapi tertinggal di dalam draft. Dan memandangkan ada kesinambungan isu yang aku ingin ceritakan, maka aku sertakan sekali post yang tak ter"post" ini. Mula-mula kita semak balik entry yang sepatutnya aku post minggu lepas.

-------- entry asal ---------


Wardina Safiyyah
(gambar ihsan Google)

BESAR tanggungjawab untuk bergelar ikon kerana masyarakat memandang ikon itu merupakan satu ikutan, inspirasi dan semangat yang positif.

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

Petikan di atas sumber dari Mstar Online. Wardina meluahkan rasa kecewa beliau mengenai selebriti Malaysia yang lebih banyak bergantung kepada berita sensasi dan "panas" untuk menjadi popular. Aku sangat bersetuju dengan Wardina dalam hal ini. Sukar untuk mencari Ikon dalam industri hiburan Malaysia.


--------- entry asal ------------


Okay, berbalik kepada entry yang aku nak ulas kali ini, berkait dengan isu komen Wardina di atas. Aku terbaca di suratkhabar (kalau tak silap Pancaindera), ada artikel 2 mukasurat tentang komen Wardina bahawa Artis di Malaysia tidak layak digelar Ikon. Ramai juga artis yang melatah dan membalas komen itu. Ternyata ada beberapa artis yang kurang setuju dan menjawab dengan agak marah. Ada yang kata Wardina tidak pandai jaga mulut, dan ada juga yang mengatakan dia tidak layak berkata begitu.

Tapi aku tetap setuju dengan Wardina. Memang artis Malaysia susah nak dilabel sebagai ikon. Mungkin ada beberapa saja yang layak. Siti Nurhaliza, Shiela Majid, atau Arwah Sudirman barangkali paling layak digelar ikon. Tapi sebahagian besar yang lain? Tengok sajalah tajuk utama akhbar. Kena tangkap di club, seludup syabu, kes khalwat, pakaian seksi, minum arak dan macam-macam lagi.

Adakah mereka ini layak digelar ikon? Artis Malaysia sepatutnya mencipta satu trend atau fenomena yang boleh dijadikan ikutan masyarakat tak kira di Malaysia ataupun di pentas antarabangsa. Bukan mencedok budaya barat dan tayang kepada semua di sini.

Wah serius betul kali ini...mentang-mentang cuaca panassss! Jangan bikin panas di sini pula!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails