Pages

Sunday, December 11, 2011

New PROTON Exora Bold with Turbocharged Engine Coming Very Soon!

Photobucket
Gambar sumber Paultan.org

Well, well, well. PROTON nampaknya akan menghangatkan lagi industri automotif dalam masa terdekat ini apabila lori trailer membawa unit-unit Test Drive model varian baru PROTON Exora Bold sudah dilihat berada di atas jalanraya. Sebelum ini aku ada tulis entry mengenai line-up model PROTON akan datang, dan memang ada disebut tentang Exora Bold & Prime. Apakah mungkin PROTON Exora Bold akan dilancarkan lebih awal daripada dijangkakan? (sebelum ini target Januari 2012).

Apakah yang special sangat pada PROTON Exora Bold ini? Well, dari sumber-sumber blog & sumber yang boleh dipercayai, antara penambahbaikan yang ada pada model ini ialah;
1. Enjin Campro CFE (138hp 205Nm tork antara 2000~4000rpm) - light Turbocharged engine
2. Transmisi CVT 6 gear
3. Reverse camera (tak pasti view di backview mirror ataupun di I.C.E unit)
4. Rim 16' dengan 5 twin spoke baru
5. Disc Brake depan & belakang (sebelum ini rear Drum brake)
6. Warna baru (seperti dalam gambar)
7. Bumper depan & belakang baru
8. Smoked headlamp & rear combi lights
9. Finishing color baru untuk interior
10. Meter combi baru (sesuai dengan penambahan kuasa enjin)
11. Auto flip side mirror

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai harga model ini. Tapi ura-ura ada mengatakan penambahan lebih kurang RM6-7ribu daripada model yang ada sekarang. Ini mungkin value for money dengan pelbagai upgrade terutamanya di bahagian powertrain yang sangat diidam-idamkan.

Apa pun, kita nantikan lagi kejutan-kejutan seterusnya dari PROTON. Kalau ada kesempatan nak juga test drive model Exora Bold ini disamping SAGA FLX SE yang baru dilancarkan lepas tu boleh buat review sikit.


No comments:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan