ATM "The Gladiators" berjaya merangkul kejuaraan pertama musim 2013 setelah menewaskan Kelantan "Red Warriors" menerusi sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90minit dengan gol-gol dijaringkan oleh Indra Putra dan sepakan percuma cantik dari Izwan Fadli. Jaringan cantik dan permainan baik dari Izwan juga membawa tuah apabila dinobatkan pemain terbaik perlawanan (M.O.M) semalam.
Apapun, tahniah kepada ATM. Dan dengan perlawanan semalam, bermakna Liga Bolasepak Malaysia akan kembali memeriahkan minggu-minggu akan datang. Sudah pasti pasukan tumpuan ialah Johor DT dengan barisan pemain termahal dalam liga kali ini.
Mengharapkan revolusi baru bola sepak Malaysia musim ini dengan kemasukan lebih banyak sponsor, rebranding pasukan, pengurusan baru dan sebagainya. Cuma persoalannya, bila Presiden FAM nak bertukar rupa.
Akhir kata, "Majulah Sukan untuk Negara".

No comments:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan