Pages

Thursday, February 16, 2012

Spesifikasi PROTON P3-21A Leaked! Best in Class!

Spesifikasi lengkap Proton P3-21A terbaru specifications
mungkin ini warna Blue Lagoon yang disebut-sebut unique color P3-21A

Sejak 2-3 minggu kebelakangan ini makin aktif blog-blog automotif memperkatakan tentang model PROTON terbaru dengan kod nama P3-21A. Di tambah dengan gambar-gambar eksklusif Spyshot luaran dan juga interior baru-baru ini. Tidak cukup dengan itu, Penasihat PROTON sendiri Tun Mahathir telah pun pandu uji secara peribadi dan "membocorkan" beberapa ciri-ciri penting model tersebut.

Hari ini, beberapa blog automotif sekali lagi mengeluarkan spesifikasi yang saya kira lebih lengkap dan kita dapat membayangkan produk yang PROTON mahu tawarkan kepada rakyat Malaysia tak lama lagi. Dikhabarkan ia bakal dilancarkan pertengahan bulan Mac akan datang.

Check out info berikut. Kredit kepada blog Proton-sales dan Funtasticko Design

ACCESSORIES:
Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD :
  1. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  2. Follow Home Lamp
  3. Headlamp Warning Buzzer
  4. Trunk Remote Release
  5. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  6. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
  7. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  8. Front & Rear Fog Lamp
  9. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  10. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  11. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  12. Autolock & Advance Lock System
  13. Magnisium Inside Door Handle
  14. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  15. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  16. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  17. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  18. BCM - Body Control Module

SAFETY
  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian 'pilar A' langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

DIMENSION
Length = 4.543m
Width = 1.786m
Height = 1.524m
Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic


CHASSIS
  1. Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Full Tank Capacity: 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CD Factor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol ;)

POWER-TRAIN
  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT
Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR
Solid White
Tranquility Black
Genetic Silver
Fire Red (my favorite)
Blue Lagoon

Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:
  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16" (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING

Apa pendapat korang? Mungkin banyak permintaan akan dipenuhi dalam model P3-21A ini. Harap tiada yang kecewa dan cuba cari point lain untuk menghentam produk buatan rakyat sendiri. 

Kepada PROTON, sila pastikan kualiti produk dari vendor-vendor terjamin. Itu yang paling penting!

No comments:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan