Akhirnya, setelah banyak kali kita tengok luaran yang bertampal-tampal muncul juga gambar spyshot interior kereta PROTON dengan code P3-21A ini. Gambar sumber dari tak lain tak bukan, Paultan.org yang terima dari seorang yang berjaya merakam gambar tersebut di Genting Sempah.
Nampak berbeza interior kali ini, ada ala-ala Merc C class sebelum ini + BMW 3 series (pada pandangan aku lah). Nampak lebih ke arah european punya styling cue. Nama pun global car pertama PROTON, jadi sudah nampak peningkatan dalam designnya.
sumber Paultan.org |
Apa yang boleh dilihat dari gambar ni yer?
1. Steering wheel ala PROTON Exora - mungkin carry over design with minor modifications.
2. Ada push start button. (most probably for premium line with CFE)
3. Multi-info display dengan hue color merah/orange (nampak 3 tapi mungkin reflection)
4. I.C.E / Radio unit integrated dengan center panel. Possible build-in with GPS
5. Ada cruise control di steering?
6. Tombol gear lebih elegan. Ada chrome finish
7. Ada storage area bawah I.C.E & aircond knob
8. Ada paddle shifter? (perasan tak ada benda berkilat kat belakang steering..mungkin reflection dari flash yang terkena paddle shift tu)
9. Aircond vent bentuk segi empat. Tiada bulat-bulat.
8. Ada paddle shifter? (perasan tak ada benda berkilat kat belakang steering..mungkin reflection dari flash yang terkena paddle shift tu)
9. Aircond vent bentuk segi empat. Tiada bulat-bulat.
Uuuuuuuu teruja nya nak tengok kereta ni dalam keadaan completely naked..(i mean without the tapes dan koyok lahh)..Ada banyak lagi gambar spyshot kat Genting Sempah tu, but I guess korang boleh juga lihat di blog Paultan sendiri. I'm more focused on the interior sebab itu yang ramai teringin sangat nak tengok.
Makin panas berita tentang PROTON. Dengan model-model yang bakal dilancarkan, dengan isu Khazanah dan saham PROTON, dan terbaru ada ura-ura mengatakan PROTON akan menjual pegangan LOTUS? Biar betul..
Let's keep the hype going! Enter 2012 dan harapnya lebih banyak berita automotif boleh kita share bersama..
Nota Kaki Ayam :
Daud (yang hantar gambar ni ke Paultan) ni pekerja PROTON ke? Sebab, kalau perasan kereta tu masih engine ON ketika gambar diambil. Lampu di meter cluster masih menyala. Mustahil jurutera proton akan membenarkan orang awam ambil gambar kalau mereka berada di situ ye tak?? Ini MISTERIIIII..
EH INI DAH JADI BLOG AUTOMOTIF KE? WTFishhhhh
No comments:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan