Saturday, October 30, 2010

Kemalangan Bas Di Karak Pula, 7 Maut

Ingat lagi 10.10.10? Eh bukan cerita kawen ada kek besar macam roket tu tau.

Tragedi Bas Ekspress Delima. Meragut 13 nyawa termasuk seorang yang meninggal kemudian di hospital (tolong betulkan aku kalau silap ek). Klung klang klung klang semua dok bising tentang kemalangan itu. Macam-macam idea yang keluar untuk kurangkan kemalangan melibatkan bas ekspress. Tapi standard lah Malaysia kan?

Semalam waktu driving pulang ke kampung melalui highway PLUS menuju ke Utara terang-terang menunjukkan rakyat Malaysia masih degil. Semua rasa diri mereka kebal kut. Walaupun hujan lebat semalam, masih ada yang tinggal sayang nyawa. Bas dan lori dipandu lebih 100km/j, memotong zig zag pun ada. Risau gila.

Sampai saja kampung, aku terbaca di online papers ada kemalangan Bas lagi dan meragut nyawa. Sebuah bas persiaran yang dinaiki 44 orang penumpang terbabas di Lebuhraya Karak. Bas terbabas dan terbalik. 6 orang meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. Mangsa-mangsa terdiri dari golongan remaja berumur antara 13-17tahun. 37 penumpang lagi cedera.

Pemandu bas pula hanya cedera ringan.


The way aku tengok bas dan lori dipandu malam tadi ketika membuktikan tiada lansung kesedaran pada pemandu-pemandu bas di Malaysia sejak insiden 10.10.10. Kemalangan berlaku bila kenderaan terbabas. Dan biasanya yang terbabas ni semuanya dipandu laju. Sebab itu had laju tu ada. Bila kenderaan dipandu dalam kelajuan yang munasabah, kuranglah risiko nak terbabas. Terutamanya bila keadaan hujan. Sepatutnya sendiri kena ingatlah, takkan nak pandu 100km/j dalam keadaan hujan lebat??

Kemalangan memang tidak boleh dijangka. Tapi sekurangnya boleh cuba dielakkan. Aku yakin pihak berkuasa tak boleh nak buat apa-apa...sebab biasanya golongan VIP tak guna perkhidmatan bas. Cuba kalau ada mangsa dari golongan VIP...fuhh pantas tindakannya

Sekian.



Al-fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan.

more latest info seperti biasa dari blog bro sham ondscene

Friday, October 29, 2010

Terkentut Sambil Menaip

Dulu-dulu

Ring-ring-ring!! (telefon kat ruang tamu berbunyi)

Amar (Boipren) : Hello..Assalamualaikum
Mak Awek : Waalaikumsalam.
Amar (Boipren) : Boleh saya cakap dengan Chinta (awek saya) ?
Mak Awek : Siapa ni? (kalau nasib tak baik suara dah tinggi time ni)
Amar (Boipren) : Saya kawan dia makcik, nama Amar
Mak Awek : Tunggu kejap ye...Chintaaaaaaaaaa!!! Kawan kamu ni..Amar talipooooonnnnn!

Berlari-lari ke telefon. Tapi kena cakap bisik2. Sebab mak ada dekat ruang tamu.
Lepas tu takleh lama-lama. Paling lama pun 10minit. Lebih dari tu, konfem kena maki.
Silap-silap Bapak tengah dengar dekat telefon lagi satu dalam master bedroom...

+ + + + + + +

Sekarang

Sudahh la sudahh ku harus pergiii..jangan kau tangisiiii (ringtone iPhone 4 si awek berbunyi)

Boipren : U, kenapa lambat angkat phone?? (sambil golek kat katil..to the left to the left)
Awek : Alaa U ni, I tengah FB chat tadi dengan my BFF la..very the bz (guling to right)
Boipren : U dah makan? (peluk teddy bear awek bagi beli kat Jusco)
Awek : Dah. U? (dok tenung gambar kat frame bentuk love tepi katil)
Boipren : Belum. I teringat kat U. Rindu giler ni. Tu yang call U..sian I tau (tutup muka dengan bantal)
Awek : Alalala keshian dia..U tak lapar ke? (muka monyok ala-ala concern)
Boipren : Lapar jugak, tapi lepas dengar suara U..jadi tak lapar pulak tauu (tersengih-sengih tahan perut berbunyi krukk krukk)

..berlarutan sampai 2.5jam. Itu pun sebab bateri phone nokia si boipren bunyi Tududuuu..
Berpeluh telinga gayut telefon. Pastu pegi kat facebook update status:

"Aww, sweet sangat u.." - terus si boipren comment : "i miss u lagi"
berbalas2 sampai 52 comments.

Oh tak lupa juga.. tweet "gayut tepon 2 jam lebey dengan hubby..oh i like" (ceh hubby konon)
si boipren pulak RT laju-laju.

Oh Em Gee! Pfffttttt! Pendek kata tak berenti.

Padahal, di dapur..Mak si awek dok ingat anak dia tengah belajar dan buat homework dalam bilik dengan kusyuk sekali. (konon-konon rajin tutup lampu bilik pasang study lamp..)

Dua-dua belum abis SPM pun. Caiss


Inilah realiti kehidupan sekarang. Scary kan?

Photobucket


//Tajuk entri adalah rekaan semata-mata. kthxbye

Thursday, October 28, 2010

Bukan Rayuan Gombal

Teeetttt! Takde lirik lagu dalam entri ini. WTF aku sendiri tak tahu menahu dari mana datangnya tajuk tu. Siapa taip pun aku tak pasti. Memang magika (demit tak sempat tengok lagi)

Oh, dah lama tak aktif blogging. Tapi sebenarnya sejak minggu lepas. It struck u deep man (speaking dah). Kebetulan pula ditambah dengan kombinasi kerja menjadi sibuk minggu ni. Projek tengah rancak, penat dan sebagainya.

Didyumishme? Oh stoppittt. Noneedtomishme. I'm just taking a break. My life is out there. Out in the open. Not here. Dalam dunia yang penuh pancaroba (cam lahanat je sandiwara aku kali ni)

kthxbye.
in the mean time, pergilah spam formspring aku. at least i have something to update later. HAHA

Photobucket
yez, I'z stuck wit werks..lots of werks

Wednesday, October 27, 2010

The Next Karate Kit(ten)

Tuesday, October 26, 2010

Moods Ke Laut

Sejak minggu lepas, aku kurang ada mood nak update blog ni.
Idea nak menulis banyak, cuma bila tengok blogger.com je rasa tak lalu nak update.

Aku nak tukar banner, nak buang shoutbox dan bermacam-macam lagi.

Lagipun ditambah pula dengan beban kerja yang naik mendadak sejak seminggu, dua minggu, tiga minggu kebelakangan ni. Al-maklumlah projek tengah hangat.

Jadi majulah sukan untuk negara.

Saturday, October 23, 2010

Take Me Out - Atomic Tom (Live on Subway)

Inilah video clip yang menjadi bualan rupanya. dalam masa seminggu boleh cecah 2.5 juta views. Mantap seh. Main muzik guna iPhone apps jek.


//agak-agak kalau kat dalam PUTRA-LRT, mesti kena bambu dah diorang ni, sebab memekak! haha

Thursday, October 21, 2010

Cakap Banyak Tak Guna Lah

Bila bas ekspress eksiden tengah highway, semua bising. Bila kereta eksiden dekat highway, pun semua bising. Lori terjun gaung pun semua bising. Especially pihak berkuasa..yang jaga jalan raya tu.

Tapi spesificly ada tak sesiapa peduli betapa lajunya kereta/bas/lori dekat strech KLIA > SHAH ALAM on ELITE highway. Macam cilaka punya laju. Especially those KLIA limos, and those cars with 1 digit plate.

Semua tu punca kemalangan. Jauh sebatu dah bagi highbeam, macam mak bapak dia punya jalan. Lori overtake from lane kiri sukati diorang, ah mana pasukan Roda-roda Kuala Lumpur tuh? Sibuk berlakon drama TV ke? Takde pulak buat speed trap ke, apa..bila orang nak cuti bukan main..4-5riban anggota letak tepi RnR doing nothing. Pfftttt

Kalau betul nak kurangkan kemalangan, PLEASE TAKE ACTION lah. 2x5 macam Celcom lah.

p/s : Lu ingat pakai BMW 7 Series plate No. 9, Lu boleh zigzag dekat highway macam main Need For Speed? Wak Lu!

Tuesday, October 19, 2010

Masihkah Kau Ingat

Masih teringat lagi. Ok fine, tidak bagus berperangai macam ini.
Yang pergi tetap akan pergi.

Cuma kali ini berlainan sedikit. Mungkin perlu sedikit masa lagi. Sikit je.

Seorang bespren serta mempunyai minat yang sama. Aku rasa, sejak aku tamat belajar dan memulakan hidup di Kolumpo ni, banyak masa aku habiskan dengan dia... berfotografi.

Kali terakhir berkolaborasi, di majlis perkahwinan Anne Hot FM.

Harus tabah. Harus terima hakikat. Harus redha dengan ketentuan.
Terharu melihatkan begitu ramai sahabatnya berkumpul di tanah perkuburan tempoh hari.

Al-Fatihah.

Saturday, October 16, 2010

Kehilangan

awal pagi tadi jam 1.35am, aku kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam fotografi.

muda remaja, seorang yang ceria.
tetapi tiada siapa pun tahu disebalik keceriaan itu, rupanya ada derita yang terselindung.

arwah meninggal dunia akibat brain tumor yang sudah merebak hampir 20% daripada otaknya.

sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Taufiq.

semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn

Friday, October 15, 2010

Dah Boleh Start Booking PROTON INSPIRA Mulai Hari Ini! : Price from RM79k onwards

Previously on FTN:
1. Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000
2. Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti
3. What "Badge Engineering" Means in The Automotive Industry

Sembang pasal kereta memang seronok. Jadi pagi-pagi lagi hari ini dalam suratkhabar, dalam MHI dah melaporkan tentang model terbaru PROTON yang memang dinanti-nanti ramai. Model gantian Waja yang berasaskan model Mitsubishi Lancer tu. Ah, aku rasa ramai dah tahu pun. Informasi tersebar luas di laman blog automotif Malaysia nih.

Dalam UTUSAN 13 Oct menyebut :
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Ah dah cukup hint dah tu.

Officially, price offered will be starting from RM79,xxx onwards (bukan RM75k). That should be for the 1.8L Manual variant. Normally the price difference between manual and auto(cvt) is around RM5k. Jadi, anggaran harga 1.8L CVT should be RM85k. So the highest spec 2.0L CVT with paddle shifter should be around RM90k-RM95k. All in all, it must be below RM100k. Dan itu sudah RM20k lebih murah dari model Mitsubishi Lancer 2.0GT. Menarik!

Stiker hitam dijual berasingan!

Photobucket
White looks nice, nak kasi hitam roof sikit!


Photobucket
First thing, tukar tayar and rim 17inch!

Ini interior Lancer tau! (tapi obviously sama lah)


Dah boleh start booking from 14th Oct onwards. Booking fee is RM1000.
Nama apa? alaah read on!


Photobucket
Ok Fine, confirm it's Proton INSPIRA



SOURCE : pelbagai gambar entri ini berpunca dari carian google tau. tqvm

Wednesday, October 13, 2010

Shiapakah Pujaan Malaya?



Cara jugak lagu ni. Sounds like it's in the 80's kan? Teringat intro song katun Kluangman.
By the way...Is it me, or this girl sings with a slang?

Perasan tak? Very obvious during the chorus :

Tiada...Apa dapat menghalang
Tiada...Kau aku gila bayang
Tiada...Cintamu ku tak senang
Cemburu...Resahku tak menentu
Dirimu...Shegalanya shempurna
Oh kanda
Shungguh aku tergoda
Pujaan Malaya

Teringat bro Hazrey pula..shaya shaman kang!!

//continue untuk lirik penuh

Kenapa Kau Soal?

Ajal maut di tangan Allah. Kita tidak tahu bila dan dimana. Cuma kalau boleh kita selalu mohon pada-Nya supaya ianya bukan di atas jalan raya. 

Cuma,

Kenapa setiap kali berlaku kematian, keluarga mangsa akan ditanya dengan soalan cliche seperti

"Ada tak arwah tunjukkan tanda-tanda sebelum pemergiannya?"

"Arwah ada buat benda pelik tak kali terakhir berjumpa?"

Come on lah uolls. Please stop asking soalan yang tiada siapa tahu jawapannya. Persoalan macam ini tak membantu lansung. Lagi tertekan adalah. Dah jadi habit wartawan kat Malaysia ni. 


Tuesday, October 12, 2010

Lepas Ini Macam Mana?

Sibuk seharian. Serius. Secara total, masa aku berada di depan PC hari ini lebih kurang 1.5jam sahaja. Tetapi dimana saja aku berada/meeting masa kerja hari ini, semua bualkan topik yang sama.

"Macamana bas tu boleh terbabas, tibai divider, sapu 3 biji kereta dan terbalik hah?", satu persoalan yang diutarakan oleh seorang rakan di ofis.

Entahlah kan?

Cuba pejamkan mata kejap, bayangkan korang sedang memandu kereta dengan kelajuan 100km/h di lebuh raya secara aman...dan tiba-tiba entah dari mana sebuah bas datang meluru dari arah kanan korang. Gelap.

I wonder how the survivors feel. How can they overcome the trauma?


p/s : walaupun tiada kenalan yang menjadi mangsa, sayu aku tengok berita tadi.

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Tragedi Bas Delima Ekspress : Twitter Memang Pantas

10-10-10. Atau Ten, ten, ten bak kata Jimmy Ohnishi dalam rancangan "Gaki No Atsukai - Waraenai 24jikan SP". Boleh check kat youtube kalau tak familiar lagi lawak bodoh Jepun tu.

Photobucket
fuh makcik kat tengah tu dapat close-up pic!


Orang ramai menyambut 10-10-10 dengan pelbagai cara; Kahwin, Tunang, Dating, Makan-makan, Photography activity dan etc. Yang berkahwin cukup ramai tapi yang dapat spotlight sudah tentu pelancong angkasa atau "Hero Malaysia" kerana bilangan sponsor yang dia dapat punyalah banyak. Jadi perlu ada play by play commentary dari akad nikah sampailah ke majlis potong kek besar sebesar "roket". Wedding of the year? Pffftttt! Kenapa perlu mention tentang lelaki-lelaki dari kontest lelaki maskulin tu yer?? Haha Weird

Di harap angkasawan kita berbahagia hingga ke anak cucu, dan dalam keseronokan melayari angkasaraya semalam harap-harap tidak menemui bulan mengambang. Hehe. LOLz

+ + + + + + +

Photobucket
Bus Delima Ekspress

Dalam dok bersuka-ria bergossip, ada juga yang berduka. Asalnya aku terbaca satu tweet dari rakan menyatakan kesesakan teruk berlaku di lebuhraya dekat Melaka. Dia mention ada bas terbalik dan mayat bergelimpangan. Nak confirmkan tweet "ngeri" member aku tu lalu membawa kepada bacaan news update di portal-portal berita akhbar utama, termasuk blog bro sham Ondscene tentang tragedi yang sekali lagi melibatkan bas ekspress (Bas Delima Ekspress). Kali ini angka yang lebih besar; 12 Maut di tempat kejadian dan lebih 40 cedera. 10-10-10 akan terpahat lagi dalam sejarah tragedi melibatkan bas ekspress.

photo credit to mStar Online


Tunggu 12 malam - Nightline di TV3 mula menayangkan kek besar roket keadaan di tempat kejadian. Keadaan Bas Ekspress Delima cukup mengerikan. Terbalik, dan menghempap habis sebuah kereta Myvi. Bayangkan betapa laju bas itu sehingga boleh terbabas dan terbalik di lorong bersebelahan. Habis semua disapunya. Even the highway dividers can't stop the bus! 

Photobucket
gambar H.Metro punya ok?
Adoyai, Myvi yang tak bersalah ini jadi mangsa
Please, please lah driver bas ekspress..bawak la slow sikit


Pagi ini di pejabat, seorang rakan ofis turut berada di tempat kejadian lebih kurang pukul 8 malam semalam. Sangkut dalam kesesakan selama lebih 3 jam. Dia cerita nampak darah di jalan, bas dan kereta yang remuk, kaca bertaburan, dan macam-macam lagi. Memang ngeri (tengok di TV pun sudah ngeri, apa lagi kalau betul-betul di sana). Gambar lebih jelas di tempat kejadian boleh lihat di blog bro Sham Ondscene ok?

Apa pun, asalnya aku cuma nak tekankan kuasa internet dan semalam Twitter memang terbaik. Cepat sampaikan info dan kalau tak kerana satu tweet dari member aku tu (yang kebetulan lalu di tempat kejadian), sudah tentu aku tak tahu dan tak mungkin ambil tahu tentang tragedi semalam (maa, ofkos lepas baca paper hari ini mesti tahu juga, tapi terlambat la kan?).

At least that news membuatkan aku berhenti melayan pelbagai tweet tentang kek sebesar roket di kayangan itu. heeee

Photobucket
Boley jer, no SPAMs oktqvm?

p/s : sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan. rasanya list nama sudah ada. warga asing pun terbabit sekali..mungkin yang naik van tu kut

11 Maut Kemalangan Dekat Simpang Empat

Just before rancangan mengarut di TV3 tadi aku perasan kat timeline ada member tweet yang dia sangkut dalam kesesakan di arah selatan PLUS Highway. Ada eksiden melibatkan 2 buah bas ekspress (lagi-lagi bas!). Dia siap mention nampak mayat bergelimpangan atas jalan.

Checked online papers dan rasanya tadi buletin utama sempat update terkini yang memang betul-betul berlaku kemalangan berhampiran Pedas Linggi/Simpang Ampat. Based on info 10 maut dalam kemalangan tersebut.

This could be another tragedi melibatkan bas ekspress. Aku agak bas itu tentu laju and went out of control. (hmm fact is most of the buses kat Malaysia ni memang tak reti pandu ikut had laju, kan?). Waiting for more info on the news. Hopefully tidak melibatkan lebih ramai nyawa.

Takziah kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

+ + + + + + +

Photobucket
photo credit to mStar Online


Update 11pm : 12 Maut, lebih 40 cedera! Ada beberapa tweet dari rakan-rakan yang stuck dalam kesesakan teruk gila. Quote dari Mstar Online :
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Drive carefully guys. Even if we drive careful enough, please be aware of our surroundings. Tak boleh jangka bila bas pun boleh terbabas ke opposite lane. Errghhh can't imagine. Malang surely tak berbau. To those stuck in the traffic jam, please be patient. Biar lambat asal selamat.

Go check on Youtube, ada juga yang sudah upload video from the scene. Malas nak tayang kat sini, sebab terlalu tragis. Even the person (recording the video) didn't allow his children to watch.


SOURCE : TheStar, Ondscene, Mstar (check them out for latest updates)

Sunday, October 10, 2010

Jom Naik PUTRA Round KL! (Virtual Ride)

kredit video to owner ok?

Dah bertahun tak naik PUTRA. Tengok video ni mengimbau balik zaman belajar kat UM dulu...hehe. Hmm ada 5-6 tahun gak tak naik public transport kat KL nih..hoho

Aku Suka Tilt-Shift Efek Kat Video Ni


Kool gila video dari Sam O'Hare. Shot with Nikon D3s, and guess how many frames did he shot? over 50,000!! Macho sehh... boleh baca tentang projek dia ni at aerofilm blog

Friday, October 8, 2010

Batuk Kong Kong

Pertama sekali tahniah kepada Linglung atas komen yang sempoi gila untuk entri Hai Obat..Hai Obat (Hai-O). Tapi sejujurnya semalam aku berada dalam keadaan separa sedar ketika menulis entri tu. Serius der, aku menguap tak hengat tapi aku habiskan jua demi menyiapkan satu entri waktu rehat pagi. Batuk toksah cerita, walaupun aku dah ngap obat batok lepas tu lalok waktu kerja namun proses "pembatukan" tetap berjalan seperti biasa. Kong kong bunyinya..sebab batuk kering.

Photobucket
walaupun batuk, adab sopan perlu dijaga 

Dalam keadaan begini memang aku bersetuju dengan apa yang Kak Jie komen. Madu adalah penawar yang baik. Malam tadi aku NGAP satu sudu madu yang dicampur dengan Habbatus Sauda' original dapat dari Mekah. Pagi ni pun aku NGAP satu sudu lagi. Tak makan obat batok. Berangin je tekak. Nice!

Hasilnya, tidak lalok seperti semalam dan kurang sedikit batuk. Still ada, tetapi tekak semakin lega.

Photobucket
Petua; ambil madu guna sudu plastik


Apapun tahniah kepada Josiah Ng sebab berjaya dapat emas pertama Malaysia dalam sukan basikal. Eh tetiba jek.

Wednesday, October 6, 2010

Hai Obat..Hai Obat (Hai-O)

Bangun pagi dengan berat sekali (berat badan aku ideal ok). Sarapan dengan berkhasiat. Kemudian sebelum keluar rumah, aku sambar satu botol berisi cecair hitam (bukan kicap kipas udang). Aku goncang, goncang..lalu dituangkan sikit atas sudu besar.

NGAP aku telan.

Photobucket
Ubat Batok Satu Sudu Besar Pagi-pagi

Kesudahannya...
memang tangkap lentoq aku hari ini. Mata layu rasa nak tido. Apsal la doktor bagi MC satu hari je?


Photobucket
Tahannnn...tahannn... rasa nak tido masa lunch..tapi laparrr plakk

Pagi Yang MC

Hari ini buat pertama kali dalam sejarah bekerja, aku mengalah dengan demam lalu ke klinik. Doktor tanpa segan silu memberi MC. Yah, pertama kali aku dapat. So duduklah di rumah tatkala orang lain pergi bekerja.

Photobucket
Doktor tu buat camtu. Tek dip bref..Hinsshh hinsshh


Apa yang best dapat MC? Makan ubat batok, ubat demam, lepas tu tidoq sepanjang hari. Haha. Esok akan kembali bekerja. ZOMG!

Tuesday, October 5, 2010

Janganlah Percaya Kepada GPS 100%...

Kalau tak nak jadi macam Robert Ziegler. Dia follow 100% arahan daripada alat GPS dan akhirnya tersangkut di pergunungan Bergun, Switzerland. Entah macamana mamat tu boleh ikut jalan kecik naik ke pergunungan dan akhirnya van yang dia pandu stuck, dan tak boleh bergerak. Nak reverse pun tak boleh, nak ke depan pun tak boleh. Kona baring, memang baring tak bangun la lepas tu. Haha.

Tengok lah gambar di bawah. Gitulah keadaan van yang stranded di lorong kecik tu. Mereka gelar laluan itu "glorified goat track". Jalan kambing guna kut. Haha

Photobucket
Mana muat pakcik oi!



Akhirnya, Ziegler telefon bantuan kecemasan dan dia dibawa ke jalan selamat menggunakan helikopter (angkat kereta tu). Nasib baik dia ada handphone dan ada signal dalam hutan tu. Kalau celcom? Agak-agak ada signal tak? 

Photobucket



+ + + + + + +


Akhir sekali, satu pesanan khidmat masyarakat untuk semua pengguna GPS di mana-mana anda berada,

Photobucket
Lolzz! GPS Fail!!



SOURCE : Dailymail UK

Sunday, October 3, 2010

Lif Episode 2

Fun juga kadang-kadang buat research sendiri. So aku cari-cari bahan dan prepare satu lagi entri tentang lif. Ini semua berpunca daripada kejadian yang berlaku di Flat Impian Baiduri. Bagus juga, boleh share info sekurang-kurangnya kita ada idea what to expect incase ia benar-benar berlaku. FYI, ini semua aku tulis berdasarkan maklumat dan tips diperoleh daripada internet. Mungkin kalau ada yang mempunyai pengalaman sendiri, eloklah kongsi bersama.

Photobucket
Berdiri tidak digalakkan lansung. Ini kerana kita mendedahkan kaki tertumpu kepada impak yang besar daripada hentakan. Risiko patah tulang paling tinggi dalam keadaan macam ini. Sekiranya lif penuh, dan terpaksa berdiri maka hendaklah membengkokkan lutut sambil mengjengket kaki sikit. At least impak dapat dikurangkan akibat tindakan refleks membengkok kaki. Alah, macam orang lompat dari atas ke bawah, kan lutut akan bengkok untuk serap hentakan?

Duduk pun tidak berapa baik. Tetapi lebih elok daripada berdiri. Luas permukaan bertambah, impak dapat disebarkan. Lagipun bontot kita seperti padding semula jadi. Dan lebih elok kalau tangan melindungi kepala kalau ada benda jatuh dari atas dan terhantuk ke dinding lif.

Photobucket
Ada pendapat mengatakan lompat sebelum lif cecah lantai dapat menyelamatkan diri. Tetapi sejauh mana kita dapat mengagak dengan tepat masa untuk melompat? Sebaliknya jika salah timing, lebih teruk kecederaan. Bayangkan kita lompat dan landing just before lif tu mengenai dasar lantai, tak ke sama dengan keadaan kita sewaktu berdiri? Jadi not advisable. 

Paling ramai bersetuju baring di lif adalah langkah yang selamat. Meluaskan permukaan badan untuk menyebarkan kesan impak hentakan. Paling baik kalau kita ada benda yang boleh digunakan sebagai cushion di bawah badan. Misalnya baju jaket/kot, barang2 lembut (contohnya masa tu baru lepas shopping tisu dapur ke), beg pakaian dan lain2. Semua itu boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Rancangan Discovery Channel Mythbuster juga menyarankan supaya baring untuk selamatkan diri dalam lif yang sedang menjunam. Juga boleh baca di sini

Apa pun ini sekadar perkongsian maklumat berdasarkan bacaan aku. Kemalangan melibatkan lif kurang direkodkan (maknanya jarang berlaku), tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku. Dan semalam ia telah pun berlaku di Petaling Jaya. Harap-harap semua syarikat selenggara lif akan lebih bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan berkala terharap lif-lif yang dipasang mereka. Safety First!


Photobucket
May the "Fart" be with you

Friday, October 1, 2010

Lif Flat Impian Baiduri Petaling Jaya Jatuh?

Ini satu nightmare bagi penduduk yang mendiami apartment, condominium dan flat. Termasuklah aku. Terkejut membaca berita hari ini.

Lif Jatuh Dari Tingkat Enam - Kosmo
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dan dua remaja mengalami detik cemas apabila lif yang mereka naiki tiba-tiba terjatuh dari tingkat enam Blok A, Flat Impian Baiduri di sini semalam.
Daripada laporan Harian Metro ni pula, salah seorang daripada mangsa patah kaki. Boleh baca lebih lanjut di sana.

So, apa perlu kita buat jika keadaan macam tu berlaku? Aku pun risau juga sebab melihatkan keadaan lif dekat apartment aku yang macam tak maintain elok-elok. Pernah juga beberapa kali lif tu berhenti tak parallel dengan lantai (sama ada lif tu berhenti sedikit atas, atau pun bawah). Bunyi mengarut yang keluar dari lif toksah cerita, memang selalu sangat!

Photobucket
sumber HowStuffWorks


Sebelum itu kita tengok struktur lif secara umum. Biasanya lif akan di support oleh beberapa kabel (mungkin 3, 4 atau lebih). Secara teorinya 1 kabel (bergantung kepada kekuatannya) sudah mampu menarik berat lif. Tetapi sebagai safety lebih banyak kabel digunakan, just in case satu daripadanya putus. Satu lagi safety point ialah amaran lebihan berat. Sebab itu ada lif yang boleh menampung 10 orang, ada yang boleh tampung lebih dari itu. Itu bergantung kepada kabel, struktur lif dan sebagainya.

Sekiranya kabel putus dan menyebabkan lif jatuh menjunam, sistem brek lif akan berfungsi. Brek lif di sini menggunakan kaedah geseran antara clamp (safeties) dengan railing lif (macam gerigi di kiri kanan).

Photobucket
sumber HowStuffWorks


Katakanlah brek geseran itu pun gagal mengurangkan kelajuan lif menjunam, terdapat dua lagi faktor yang boleh mengurangkan hentakan lif. Iaitu udara mampat di bawah ruang lif dan penyerap hentakan di lantai shaft.

Itu dari struktur lif, jadi apa kita perlu buat semasa berlaku situasi itu? The best solution ialah baring di lantai lif. Ini untuk luaskan permukaan supaya kesan impak dapat disebarkan dan mengurangkan kecederaan. Tidak digalakkan berdiri kerana impak akan tertumpu di bahagian kaki.

Itu lah serba sedikit info untuk dikongsi hari ini. Walaupun di seluruh dunia kes kematian yang diakibatkan oleh lif menjunam amat kurang sekali, namun kita perlu berhati-hati dan syarikat yang buat lif tu patut mengadakan inspection lif dengan jujur.

+ + + + + + +

Dalam kes yang berlaku di Flat Impian Baiduri PJ tu, rasanya syarikat lif patut bertanggungjawab. Mustahil ia disebabkan oleh vandalisma. Biasanya budak-budak conteng dalam lif, dan aku rasa itu tak efek kat kabel dan bahagian lain lif. Oh ya, vandalisma dalam lif kena stop juga lah. Mak bapak kena ajar sikit anak mereka guna lif dengan betul.

Lepas tu satu lagi, yang ada otak, sila bezakan lif dengan tandas. Hahaha

Last but not least, cara untuk atasi masalah lif ni ialah dengan membeli/menyewa rumah atas tanah..Senang kan?

Photobucket
Haha, Betul betul..nobody complains!!



p/s : kalau ada info yang salah sila bagitau! tq

DiGi iPhone 4 Life

Previously on Heroes FTN..

The iPhone 4 entry returns. Don't worry uolss, this will be the last entry. And it will be LEGENDARY! (but since I'm on the verge of winning it, there could be a few more entries just to show off the new iPhone 4 to uolss lah). Thank you Nuffnang for organizing this, and way to go DiGi!(sorry no love-love here tau).

This time around, I have to write something with an entry entitled "DiGi iPhone 4 Life". Basicly no specific requirement, but I have to "show how desperate I am" for the iPhone by putting up a picture with an iPhone 4 template given. Haha Yeah right. Err, why am I writing this again?? Ah the free sebijik iPhone 4 by Nuffnang and DiGi eh. (btw, I'm not desperate ok. True Story)

Photobucket
Luckily this desperate guy is not me. Pffftt! 

Kawan-kawan, this is the last resort. The final frontier. All the  "iPhone 4, I want that phone for free please" bloggers, have to appeal to the judges. I'm sure all those digital artists, video flash expert will come out with a masterpiece and go all out for the win. Eh apa pulak, I'm winning kan? LOLz

So to finish up this final chapter, 

Photobucket
"Siapa tak nak free iPhone 4 kan? kan?" - Yeap innocent dan jujur

TRUE STORY

Just in case that is not enough to appeal, I'm sure showing off some sexyness could blind the judges..kan? kan? So I seek help from the hottest girl in Bidor (2009-2010), Katijah Peri-Peri.

Photobucket
Ok teruja tak? Kalau tak.. kamu gay!


Eh wait semenet. If Katijah Peri-Peri can't influence you, maybe this guy can..


Photobucket
ok you're gonna say "awww thats sho shweet" kan? kan?

+ + + + + + +

Thank you for reading all 4 posts on DiGi iPhone 4. All entries are in conjunction with the contest organized by Nuffnang and DiGi. No hard feelings ya. And to some who might ask, "No, I will not cry if I didn't win the iPhone"..hehehe

p/s : even pakcik kat header pun nak show off iPhone 4 dia! Huh

Related Posts with Thumbnails