Thursday, September 30, 2010

Lembu Hi-Tech - Susu Lagi Banyak?

First of all, ini cerita agak lama. Tapi still fun to share. Takpe kan? OK FINE aku share jugak.

Sapi dapat nama, lembu dapat LCD TV? Hebat lembu-lembu di Russia. Satu pusat penternakan lembu di Moscow mengambil langkah berani mencuba satu ekperimen terhadap lembu-lembu (lembus) di ladang mereka. Dalam usaha nak meningkatkan tahap susu lembus terutamanya pada musim sejuk (yang melampau di sana), mereka mengambil langkah memasang TV LCD dalam kandang lembus itu. Lepas tu tayangkan gambar-gambar lucah lembus (read = gambar rumput hijau) yang boleh stimulate untuk menghasilkan susu lebih banyak. 

Tak caya, tengok utiub di bawah ini. Berbondong-bondong TV LCD HD Samsung dibawa masuk dalam kandang. Untung betul lembus ni. 

You watched too much TV!

sumber berita lucah ini

Wednesday, September 29, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Previously on Heroes FTN..

Yeap, full of "iPhone 4 Gimme Gimmeh I want one of that" entries! Don't blame me..Na'ah ah! Blame Nuffnang for having this contest. Like I said before, Malaysians love free stuffs! (ok fine, must write entries blabla..bla, but still no $$$ were injured during the process) .

So what's next? Already checked the iPhone 4 features here and read about the numerous apps that's available on iTunes there. Now let's go through the data/call plans offered by DiGi. So basicly, the cheapest plan by DiGi is iDiGi 88 which only cost RM58/month (and that's reduced from RM63 after Auto Billing). What to expect from RM58/month?

<-- important details, please take note -->

this is for real ya'll

200mins of voice calls, 200 SMS, 20 MMS, 1GB of Internet quota! And just incase we've exceed the usage, DiGi only charge 15sen/min for voice calls, 10sen/SMS, and 20sen/MMS. And the best part is we don't get charged if exceeded the monthly internet quota! (but speed is only limited to max 128kbps - so carry on with your facebooking & twittering ya'll!)

Since I'm getting the iPhone 4 for free courtesy of Nuffnang & DiGi (HAHAHA - this statement expires once the winner is announced! LOLz), I wouldn't have to pay an upfront payment of RM2,090 (16GB) or RM2,490 (32GB). There's also an option to buy the iPhone 4 with Installment Plan. And all plans are on a 24 month contract tau!  Details can be reffered here ok? Good--

<-- end of important notes, time for some LOLs -->

To simplify things up, I've come up with this simple yet easy to understand (and even babies could understand. LOL'ed) comparison chart between DiGi's iDiGi88 plan vs telco X (rival company). 

(ok seriously, I spent my lunch time to do this! posa beb posa)

Last but not least, I'll leave you guys with this awesome testimony by a friend. This is what he felt after using DiGi iPhone 4 postpaid plans.



p/s : coming up next, the final chapter on the quest for free iPhone 4! will be LEGEN..wait for it..DARY!

Tuesday, September 28, 2010

A Fact of Life


Didn't notice that until I saw this. Lolz!

Monday, September 27, 2010



it's ok to hate mundayz

DiGi iPhone 4 Play

Law of Attraction

Beside showing off the iPhone 4 to friends and foes, I would love to try those apps downloadable from iTunes.  Most of the iPhone apps looks cute, and some of them are quite useful.

250,000+ and counting. That's the amount of Applications we can download into the iPhone 4 from iTunes. Talk about time wasters. Apple have it all, Haha. Be it apps on games, for work, leisure, hobby, for kids, financial management, and many more.

yes, including that!

Some examples of apps from iTunes that I might download once I have an iPhone 4 :

I am a radio addict, and listen to Hot.FM, and Fly.FM most of the time. Good time waster during boring meetings and long distance travelling on the bus/train.

Listen to Hot FM!

This is quite interesting. At least I can find the nearest ATM anytime, anywhere. A time saving apps. Macam superhero! So whenever your friend tries to avoid paying for foods, just guide them to the nearest ATM.

Browse Maybank's ATM and Branch location on the go!

Seriously I could use this KL Train Guide apps. I'm totally a noob when travelling around KL. And with this, I can avoid all the traffic and make use of the PUTRA LRT. At least I can plan my walkabouts.

KL LRT/Putra Guide - this could very be useful for KL noobs

But hey..seriously there's no point talking (writing more) bout all these apps if I don't have an iPhone 4 kan? (HINT)

Well, this IS another entry for Nuffnang contest. K thanks bye!

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Me

warning, nuffnang entry coming up!


So Nuffnang is giving out an iPhone4 to a lucky nuffnang blogger. That means I have plenty of chance to win this smartphone provided that all other few hundred thousand bloggers didn't participated. OK FINE. Just checked the blog post at Nuffnang, and there's already more than 100+ blog entries. Damn it!

Time for my entry. Now let's get straight to the point. I need the DiGi iPhone 4 just like anyone else does. Who doesn't? Malaysian do love free stuffs, especially free iPhones.

dem yuh jepun bergigi kuning with iPhone 4

Why Need an iPhone 4 from DiGi?
It's a smartphone. And it's smart. It's like a smaller iPad, or some might say an iPad that can do phone calls (yeke?). With the DiGi iPhone plan, i can fully utilize all the features in the iPhone. Voice Calls, Video Calls (or the new FaceTime feature), SMS, MMS, Facebook, Twitter etc.

To show off the stylish and trendy smartphone. I know some of you guys are thinking of purposely leaving the phone on the table during meetings, just to show it off. Kan? Haha.

A quick example of an officemate's reaction 

Alright, I admit. There's no other reason besides to show off the iPhone. I think that's one of the reason iPhone exists in this world. Kihkih

Ok sembelih kambing ini untuk dapatkan iPhone 4

iLOL with iPhone 4

So everybody is talking about the "great" iphone 4. Waddehel, why so hype sampai nak buat launching event tengah malam, is it worth it queueing up all night long for that phone? Mengapa tidak tunggu saja esok? atau minggu depan? Tak perlu berebut, bersesak macam tu kan?

I don't exactly hate the phone. Who knows I might own it myself someday. But before that, I want to share some of this old iLOL jokes.

Ok, Fine. Anything you say sir

The Russian Prez thinks its funnehh

+ + + + + + +

How to avoid the problems? Check these out

No problem for David Archuletta Copperfield

For others, why not try using tongs!

Or maybe buy iTape for just $100

Oh wait, iPhone 4 from Maxis berharga RM2,690 (32gb), RM2,290 (16gb)..Whoaa!

Thursday, September 23, 2010

Kecelakaan Continues

Imagine. (background music : Imagine - John Lennon)

Bangun awal untuk sahur dengan gembira, menikmati hidangan telur mata kerbau diapit dengan roti gardenia fluffy. Dua keping daging kicap masakan mak aku masa raya diselitkan ala prosperity burger.

BlackBerry, mandi, Subuh dengan gembira. Terus bersiap-siap dan tak lupa memicit dua kali picu minyak wangi CK ke badan. Wah sungguh gembira dan bersemangat untuk ke tempat kerja.

Keluar dan mengunci pintu rumah. Menuju ke lif dengan gembira sehingga......

Ting! Lif sampai

Wait for it...



Waddehel. Pagi-pagi aku disambut dengan asap rokok. Ada la dalam 4 orang kut pemuda harapan bangsa dengan loghat yang terkenal, baru selesai merokok. Lif tu berbau kepam siot. Abu rokok masih segar di lantai lif. Nak tak nak aku dan wife kena masuk, sebab nak tunggu next lif memang lambat. Tengah morning rush kan.

Pffftt!! There goes my CK perfume smell!! Cilakaa aaa wehhh. Lif bukan tandassss!!!

Yeah Dude. Angry. ANGERY!

Mak, Jgn Risau.. Kitorg Pegi Sex Ok?

SMS Fail Ep. 2 and SMS Fail Ep. 1 on FTN.

Aku gelak dengar radio HOT.FM pagi tadi. Kisah bahasa sms yang mengelirukan. Tetiba aku teringat kisah budak-budak lari rumah yang fail bersms dengan mak bapak diorang ni. Katakanlah dalam salah satu sms tu diorang sms dengan ayat "Mak, jgn risau..kitorg pegi sex ok?" agaknya apa reaksi mak/family diorang tu?

1. Bersedia nak register diorang ke sekolah hamil di Melaka nanti?
2. Sekeh anak-anaknya sebab fail tulis sms.
3. Reply dengan selamba, "OK, make sure pegi sex tau"

OMG aku baru tau yang "x" tu korang baca sebagai "kali". Cilakak. Apa salahnya tulis "sekali" instead of "sex"? kalau bagi kat aku pun, payah kepala otak aku nak digest. Aku report sebagai sex harassment kang!

+ + + + + + +

Tapi dalam suratkhabar tulis diorang(budak-budak kembar fail sms tu) mengaku betul-betul buat sex dengan boipren diorang. Hampeh punya budak-budak. Ada peluang kena register sekolah kat Melaka nanti.

Fail! Fail! Fail!

p/s : "oklah tu korg pegi sex. berapa org? dua? tiga?" - dem confusing!

p/s/p : just incase korang confuse, cerita sms sex tiada kena mengena dengan kes kembar tu tau. aku hanya mengaitkan isu bahasa sms yang dibincangkan di HOT.FM dengan kisah kembar itu saja. Tapi kebetulan pula mereka memang buat sex! LOL

*siot budak-budak kembar ni, dapat 3 entri kat blog aku!

Wednesday, September 22, 2010

Budak-budak Yang Tak Pandai SMS

Previously on Heroes FTN...

nicely done mr. photographer
from left to right (budak lapar, budak confused, budak boredom)

SOURCE : utusan malaysia

Tuesday, September 21, 2010

Takkan Paramore je, Maher Zain Pun Nak Juga! Live in Malaysia!!

Poster Maher Zain : SAVE the SOUL Showcase

Yaaa, penyanyi nasyid yang popular sekarang ni Maher Zain akan mengadakan showcase khas di Malaysia bulan depan!! Lokasi di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 14 dan 15 Oktober. Aku sedang merancang nak pergi sebab dekat je dengan rumah. Teringin juga nak tengok Maher Zain in person. Hari-hari layan album "Thank You Allah" dalam kereta. Serius gangster tak bosan.

Kalau ada yang berminat nak pergi, sila call nombor-nombor di bawah. Aku pun belum sempat lagi nak call. Tengah plan dengan kawan-kawan yang nak pergi sekali.

1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana / En Abdullah Omar)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)

Harga tiket : RM70, RM100, RM150, RM200

InsyaAllah aku pergi!

SOURCE : Raudhatus Sakinah

Baju Segera

High Tech Fashion eh? Spray on macam body paint, tapi berkedut seperti kain bila ada pergerakan. Tapi it's more like baju body fit. Agak seksi lah. Kalau yang boyot tu, nampak 1 pack dengan ketara. Kalau girl girl tu, 2 pack jelas la kan?

Apa pun, aku lebih suka statement ini;
The Spanish design team also hopes to use the technology for spray-on bandages and hygienic upholstery.
He worked with chemical engineers to design the system, and the ultimate goal is a sanitary spray-on bandage system to instantly deliver medication, dress wounds or soothe burnt skin. 
Lebih bermanafaat daripada spray lama-lama kat badan nak jadikan baju. Mungkin lebih praktikal digunakan untuk masa kecemasan sebagai bandage dan sebagainya. Mungkin di masa hadapan, akan dijual dalam tin-tin kecil kat 7eleven.

Cool invention this is.

Lif Tak Sama Dengan Tandas

Poster menarik sebagai intro hari ini
(untuk rekod, impotence bermaksud pucuk yang kematian)

Aku tak kisah orang merokok. Aku cuma ada isu dengan perokok yang tak hormat orang lain yang tidak merokok. Faham tak? Ramai dikalangan kawan-kawan aku yang merokok. Tapi yang bagusnya mereka merokok dengan berhemah. Tak sembur asap depan muka orang, tak merokok kalau ada budak-budak berdekatan (atau anak-anak diorang), dan paling macho sekali tidak merokok di dalam lif.

Semalam ada seorang insan kurang macho. Ketika itu lif on the way turun. Dekat skrin nombor dah beransur dari 3,2 dan nak sampai ke ground floor. Insan kurang macho yang sedang tunggu lif sama aku ni dengan hampehnya menyalakan rokoknya. Sungguh faktap disitu.

Aku dengan wife yang dok tunggu ni terus tak jadi masuk disebabkan mamat tak macho tu yang masuk dengan rokok menyala dan hidung berasap macam ekzos lori hantu. Kami siap buat body language menyampah (tapi bukan gedik), sambil mengeluarkan sound efek "Hisshh apa ni nak masuk lif hisap rokok!". Tak pastilah kalau otak dia boleh digest perbuatan aku tu.

Di sini aku syak, dia gagal membezakan dua situasi yang berlainan. Aku tau perokok suka merokok di dalam tandas. Especially ketika buat projek besar-besaran. Dalam tandas tu takpelah lagi (walaupun sebenarnya tak boleh merokok), sebab ko masuk tu tandas sorang-sorang. Tapi dalam lif tu beramai-ramai. Budak-budak ada, perempuan mengandung ada, Indon tukang sapu pun ada. Pakai la otak sikit. Hisaplah rokok lepas keluar dari lif, bukan semasa dalam lif! Be rational la weh. Please..


Besar lebih kurang, tapi tandas tu kau masuk sorang-sorang!

Monday, September 20, 2010

Curi Baju Sorok Celah Kangkang, Busuk Punya Makcik

Aku tak pasti bila exactly kejadian ini berlaku, tapi kalau ikut details kat video tu kejadian dirakam masa bulan ramadan yang baru je berlalu. Tengoklah betapa hampehnya keluarga ini. Sama-sama berpakat mak bapak anak abang nenek mencuri baju di kedai Al-Ikhsan. Check out gelagat makcik tu, curi baju sorok celah kangkang. Busuk siot baju-baju tu. Anak-anak pula kasi support baek punya.

Tapi kelakar juga, macamana tak ada orang yang perasan perkara tu berlaku? Nampaknya orang lain dalam kedai tu kurang ambil kisah apa yang berlaku di sekeliling mereka. Pekerja al-ikhsan pun satu, di mana mereka? Bukankah selalunya ada pekerja yang sibuk mengikut pelanggan dalam kedai?? Satu lagi aku confius, kedai tu takde bar code detector ke? 

Apapun, walau baju yang dicuri itu berjenama Adidas atau Nike sekalipun..ia tetap busuk sebab dicuri celah kangkang. Adddhhoiii! (kata Ah Chai)

No wonder!

Sunday, September 19, 2010

Seronok Jadi Chave Jarvis

Chave Jarvis D7000 road test video (taken with the D7000)

Sebab dia dapat test model DSLR Nikon baru long before it's launching. Previously was D90, this time he tested the latest offering by NIKON, D7000. Tempting, especially with the dual SD slots, but I'm looking foward to FX. Bila lah D700 nak keluar replacement, that should lower the price!

A lot of improvements compare to the D90 macam 39 AF-points, 1080p video, 6fps burst, magnesium alloy body. But, still a DX camera. I'd rather choose the D700 over this.

photos via

Dual SD slot, yummehh

Hantu Raya

Tahun ini kita beraya dengan Hantu.
Tengoklah, sebaik saja 1 Syawal tiba semua hantu berpesta di televisyen.

Ada susuk, jangan pandang belakang, jangan tegur, congkak, 40 hari bangkitnya pocong, kisah seram malam raya, beranak dalam kubur, kuntilanak dan macam-macam lagi hantu.

Betul, David Teo pun tak bagi tengok belakang

1Malaysia, 1Raya, 100Hantu

Saturday, September 18, 2010


It took 30 days to lose 3kgs.
Only 7 days to gain back 2.5kgs.


Friday, September 17, 2010

Walaupun Short Clip, Tapi Jauh Lebih Hebat Dari Yusof Haslam

Klip video ini dibuat oleh seorang budak 21 tahun, Alexander Vladimirovich Semenov dari Russia. Menggunakan perisian komputer seperti 3DS MAX 8, Vegas, After Effects, Photoshop dan Soundbooth. Tak perlu budget berjuta-juta, dan kereta toyota celica kaler kuning..

Ini baru home-made, katakan dia dapat sponsor dan bajet besar macam Yusof Haslam tu? Sure terangkat kan?

Tulis SMS Nak Lari Rumah Pun Fail

Ni dipetik dari kisah dua pelajar kembar Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi yang didapati menghilangkan diri selepas keluar membeli-belah di Kampar. Kelakar juga budak-budak zaman sekarang, tulis sms nak lari dari mak bapak pun dalam bahasa gedik. Buatnya mak bapak tu tak faham, mau depa buat dek je.

SMS #1 : kepada maknya
Kami mNx mAaf..NNty kmi blek ark..

SMS #2 : kepada rakan mereka
AskOm..ella ko ckp kt emk ktew owg yg ktew owg selamt...kte owg akan blk suatu hari nanty...k...jgn cri ktew owg lg...

Macam mana SPM Bahasa Melayu nak dapat A1??

Wednesday, September 15, 2010

The Best Mee Rebus in Teluk Intan

Best of Teluk Intan : Mastan Ghany Mee Rebus
Kombinasi Mee Rebus + Air Sirap Laici = Mengancam

Cuti Raya panjang lagi, jadi pasti ramai sedang memikirkan aktiviti waktu cuti disamping pergi beraa ke rumah sanak-saudara dan kawan-kawan. Aku masih di kampung, menikmati cuti panjang sambil nak cerita kat korang semua ni.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke pekan Teluk Intan, pastikan jangan lupa singgah ke restoran Mastan Ghany yang terletak berhadapan bangunan The Store dan berdekatan dengan Stesen Bas lama Teluk Intan. Tidak pernah lengang dengan pelanggan, menu utamanya ialah Mee Rebus, Rojak, dan ABC. Biasanya bagi mereka yang berasal dari sini, pasti pernah menikmati kelazatan Mee Rebus Mastan Ghany.

Restoran Mastan Ghany bagi aku adalah antara tempat makan yang paling bersih pernah aku pergi. Tiada sampah sarap di lantai, meja sentiasa bersih, lantai pun cantik, meja dan kerusi sentiasa tersusun. Tak mustahil ia mendapat rating A dalam kebersihan premis. Servis cepat, dan sebab itu pelanggan tidak putus-putus silih berganti.

Jadi dalam musim cuti ni kalau ada sesiapa yang datang beraya ke Perak, singgahlah pekan Teluk Intan, mai pekena Mee Rebus Mastan Ghany. Pasti tidak akan mengecewakan! Restoran ini beroperasi dari pukul 8.30am hingga 6pm. Tutup hari Jumaat tau! 

p/s : FYI Ada 4 kedai Mastan Ghany di Teluk Intan (adik-beradik), but the best one is located opposite The Store. The other 3, not recommended. Tak best!

Tuesday, September 14, 2010

Masih Dalam Mood Raya

Random Raya Shots #1 [143]
Post Box di kampung - Batu Pahat

Selamat Hari Raya ke-4. Aku masih dalam mood raya.
Belum ada keinginan untuk tulis panjang.

Tapi terkejut dengan pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad, dan Ahmad Kamil Abd. Karim. Madness..

Tak semua orang kaya "hidup senang" kan?

Thursday, September 9, 2010



No new postings for the next few days, as I want to enjoy Hari Raya to the fullest with my family.

No More Raya SMS For You

Transkripsi SMS Raya semalam :

Aku : Salam Aidilfitri Geng, Maaf Zahir Batin kalau ada salah silap semasa bekerja. Selamat bercuti dan jumpa di ofis nanti. Kalau nak lepak nanti roger2 lah. [152/160]

Ofismate : tq. [3/160]


No. No more raya SMS after that.

Lagu Raya Tahun 2004

Ini repost daripada entri raya aku tahun 2004. 2nd Raya di perantauan. Hari tu kuliah seperti biasa. Kalau tak silap aku kelas Differential. Bosan gila. Bawak kuih raya kiriman famili ke kelas, pastu makan sorang-sorang. Sebab dalam kelas tu aku sorang je "alien", yang lainnya bermata sepet, rambut kuning tak berbasuh. Musim itu musim luruh. Suhu dah jatuh dan nak masuk Winter. Sejuk sejuk sejuk.

Jadi aku tulis entri ni weekend lepas raya tu. Hari Ahad. No edit, repost balik je.

Tajuk entri : Questions and Answers (Hari Raya Edition)

Hai selamat hari raya
( ye selamat hari raya kepada anda juga )
Kami semua ucapkan
( saya pun ucap jugak )
Menikmati hidangan
( sedang menikmati nih )
Yang kami sediakan
( masa bila anda sediakan nih? )

Sila jamu selera
( jamu ape..telur goreng ngan nasi kosong je nih hah )
Dengan bermacam hidangan
( ape barang...jgn kan hidangan..pinggan pun tak basuh lagi ni hah )
Pilih yang mana suka
( aku nak pilih camne..takde bende nih hah..)
Sila janganlah segan
( aku bukan segan..dah takde ape2 nih...)

Rasalah ketupat ini
( hohoho..nak rasa..tapi mane ketupatnye? )
Dengan rendangnya sekali
( hah rendang ka...kena tunggu askar2 buat )   [askar merujuk kepada rakan-rakan seuniversity]
Sudilah rasa kuihku
( oo ko buat kuih ker...aku takde la...tahun ni tak dapat..)
Pilihlah yang mana satu
( ada satu jenis je..nak pilih dua tak boleh aa..)

Hai... di hari begini
( aa hari ape? sejuk ni hari ahad lagi )
Kita menjamu selera
( hohoho jamu2..makan-makan ape yang ada..sile sile )
Kita bermaaf-maafan
( maaf ek...15-7...0-0 takbleh aa..amai sangat..huhu )  [amai means manja dalam japanese]
Di suasana hari raya
( yaa takkan suasana hari krismas kut..)

+ + + + + + +

Don't expect any updates during hari raya 1-2-3, sebab aku pun tak expect ada readers waktu Raya. Takkan hari raya pun korang nak mengadap internet kan? Get a life, enjoy raya with your families and friends ok?

Trafik blog? Halaa, tak mati pun kalau 2-3 hari tak dapat trafik..tak perlu lah susah payah copy paste entri orang kan semata-mata nak update.. Lepas raya nanti kita balun baik-baik tulis blog ok? (nak troll pun silalah).. Setuju?

Wednesday, September 8, 2010

Anatomy of an Internet Troll

sorry can't remember the source


Tuesday, September 7, 2010

Now It's A Fenomena

Hebat. Now everyone can fly wants to join the bandwagon. Beberapa hari lepas, ramai berebut nak share link website berkenaan illuminati conspiracy theory, iklan raya and so on. Tapi hari ini, ramai nak share link website yang counter all these theory, or specifically on the TV advert. Padahal sebelum ni koranglah yang beria-ria nak sebarkan link teori-teori tu, sekarang nak share pulak yang opposite opinion?

bak kata pepatah, "Seperti Ayams Menonton Horror Movie"

Lain kali, kalau kita tidak yakin dengan apa yang kita terima, lebih baik jangan kecohkan sebarkan dulu. Baca berulang kali sebelum tekan share. Aku tengok ramai yang jenis baca saja tajuk, tengok gambar/video sikit terus rasa klimaks nak share kat semua orang di facebook dan twitter. Bahaya weh, zaman sekarang ni sedara-mara kita yang muda-mudi sudah pandai IT. Semua ada access facebook, twitter segala kejadah tu. Bayangkan apa akan jadi kalau mereka-mereka yang masih mentah ini terima maklumat yang tidak tahu hujung pangkal ini? Like what I said before, nanti Hari Raya dah tak jadi raya. Semua pakat nak sembang teori mata satu konspirasi dengan atok nenek diorang kat atas pangkin! (macam cerita pangkin atok)

So keyword untuk entri aku kali ini ialah Reader's Digest. Tolonglah digest, hadam and understand the information that you absorb first before spreading out to the masses. Don't just play around with other people's mind. Ini bukan soal tips blogging atau cara mendapatkan trafik ya'll. It's far more extreme than that.
So please, kawan-kawan jangan cepat melatah ok?

Take your time, pussy

Sometimes We Tend To Exeggerate Over Small Things

Nampaknya cerita iklan raya TV3 sudah santa setel. Semalam TV3 sudah pun apologize masa Buletin Utama. Hari ini semua akhbar punya headline tulis tentang penarikan balik iklan tersebut.
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta. - Kosmo
Hebat, dalam masa yang singkat je, isu iklan ini tersebar meluas di alam siber dek kerja Facebook, Twitter dan Hajime Kindaichi Blogs. Reason kenapa aku bantah iklan itu ialah bagaimana ia menggambarkan campur aduk elemen pelbagai agama untuk perayaan besar umat Islam. Itu saja. Mungkin percaturan nak buat iklan berunsurkan 1Malaysia gagal di situ. Gagal sama sekali. Nasib baik TV3 prihatin dengan feedback viewers. I thank you for that.

Tapi disebalik itu semua, aku sedikit kagum keliru dengan beberapa adiwira penyelidik iklan yang mendapati iklan itu ada kaitan dengan unsur Illuminati, Freemason dan sebagainya. Pada pendapat aku, diulangi..pada pendapat peribadi aku, kita terlalu cepat over-exeggerate dengan isu ini. Rasanya, daripada kita mengkaji semua iklan di Malaysia ini, lebih baik kita tingkatkan ilmu di dada kita supaya tidak mudah dikaburi oleh segala penipuan duniawi. Pada aku, certain points yang dikaji itu tak masuk akal. Wayy to much. Ke laut perginya.


Seriusly, aku pun segala macam dokumentari tentang Illuminati, Freemasons, New World Order dan whatsoever lagi. Memanglah menakutkan sikit bila tengok what they have done all these while. Dan aku tak menafikan 100% kewujudan organisasi itu. Kita juga sedia maklum, yahudi akan cuba mempengaruhi kita menerusi media, fashions, propaganda, foods bla-bla-bla dan banyak lagi. Itu memang kerja mereka, nak sesatkan orang. So apa yang patut kita buat kalau tak nak sesat? Kuatkan rohani dan ilmu di dada lah!. Daripada duduk kaji sampai tak tentu arah (which I don't know apa impaknya kepada kita semua), lebih baik kita dekatkan diri dengan Allah. Senangkan? Lagi banyak masa ko spend depan TV and komputer tu, lagi cepatlah kepala otak tu korup (skrin komputer tu boleh illuminate tau).

Tapi sekali lagi aku nak bagitau, aku rasa on this particular issue (iklan raya TV3 santa claus pope), it's just too much (aku cuma tak agree part tulisan jawi terbalik - itu pun tak berapa jelas kelihatan, betul ke jawi?). Please don't confuse all of us with those theory. Nanti hari raya budak-budak semua pakat cerita benda merapu.

p/s : jangan sampai orang buta mata sebelah pun korang label "mobile all seeing eye" pula.

Monday, September 6, 2010

Tajuk Utama Akhbar 2 Syawal Nanti


Seperti biasa, bila aku tidak ada benda nak buat mulalah kepala otak jadi aktif. Macam cerita "Early Edition", aku nak ramalkan tajuk-tajuk akhbar utama negara masa cuti raya nanti. Jadi taklah aku culture shock membaca berita dalam negeri. Pagi tadi aku dah twit-twit kandungan yang sama. Saja nak jadikan entri blog.

Antara tajuk-tajuk yang pasti hangat. (sapa nak kaya, silalah guna keyword ini nanti. Mesti trafik up punya..haha)
"Warga Asing Penuhi Kuala Lumpur" - Berita Hairan
"Lebuhraya sesak dengan kereta, Kuala Lumpur sesak dengan warga asing" - Otosan Malaysia
"GSC Midvalley berbau kepam" - Haria Metrojaya 
"Bangla Berpesta di Kota" - Kosmos
Dan bermacam lagi. Tak percaya?.... Tak payah percaya. Ini sekadar hiburan untuk semua. Haha

Kesimpulannya keyword untuk Hari Raya nanti ialah "Warga Asing".

Sunday, September 5, 2010

Ah Cai Datang Lagi

Cilakak, bila aku bosan je Ah Cai datang lagi.
Dia punya slang, memang 1Malaysia

TV3 Silap Sambut Perayaan

Tahun ini keseronokan nak tengok iklan raya di TV kurang. Pertama sekali iklan raya yang dinanti-nanti dari PETRONAS sangat menghampakan. Tidak lagi menyentuh jiwa dan perasaan seperti iklan-iklan tahun sebelumnya.

Tapi yang paling menghampakan ialah iklan raya dari TV3. Ntah apa silapnya, mereka seolah-olah tersilap tengok kalendar. Bulan ini kita akan menyambut Aidilfitri yang mulia, tetapi iklan mereka seolah-olah mengambil unsur-unsur Santa Claus, dan paling mengelirukan kenapa menggunakan bunga teratai dengan lampu pelita?

Konflik. 1Malaysia lah sangat. Tapi biarlah bertempat. Bila hari raya, pastikan mesejnya tentang raya. Kepada pihak TV3, aku sarankan tukarlah iklan. Biar rugi buat iklan daripada kena sumpah seranah seluruh rakyat Malaysia. Worst case, esok iklan ini jadi isu politik (aku yakin memang jadi nye)

Iklan yang mengarut, thanks to TV3

TV3, please do something.

Saturday, September 4, 2010

Born With A Black Hat

Comel katun orang lidi ni

Sudah Ke Belum, Haa?!


p/s : sedikit pun tidak menggambarkan wajah penulis yang jauh lebih kacak

Friday, September 3, 2010

Pandora's Box

Aku tinggal di apartment. Sudah 3 tahun lebih. Bayangkan tiap-tiap hari aku mengadap lif pagi-pagi untuk turun pergi kerja. Hampir setiap hari, bila lif membuka tirainya, kat dalam sama ada budak sekolah  rendah dengan basikalnya, kakak-kakak pekerja kilang, atau budak-budak student IPTA berhampiran. Worst case, mamat Indon tak mandi yang serabai dengan rokok di tangan (ini paling cilake). Neutral terus perfume aku pakai.

Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah something different muncul bila lif terbuka. What if...

Tekan lif. 

Lif dah sampai, pintu bukak. wait for it..

wait for it..

ayam tengah tengah buat projek?

damn. come on, takkan ayam?
better luck next time.

Kreatif Bertempat : Leica M9 iPhone Skin

Ini sebuah iPhone ya

Comel adik yang pegang tu, walaupun tak nampak mata
Ini sebenarnya hasil ciptaan seorang photographer dari San Fransisco bernama Joey Celis. Dia menghasilkan skin untuk iPhone miliknya mirip sebuah Kamera Leica M9 yang berharga berbelas ribu itu. Kena sangat dengan size iPhone dan hasilnya begitu detail sekali. Walau bagaimanapun, Joey berkata ia bukan untuk dijual. Bermakna setakat ini ada satu saja skin Leica M9 untuk iPhone ini.

Tunggu lah, lepas ini mesti banyak kedai "lanun" keluarkan design macam ini.


Thursday, September 2, 2010

If Your Mascara Don't Vibrate...

You just vibrate your head!! OMG why not try vibrating your hand instead???

p/s : lately aku gemar menghiburkan diri di youtube. banyak clip yang boleh menghiburkan tatkala bosan

Wednesday, September 1, 2010

Dating Tips : Communication is the Key

Komunikasi itu penting, dan rambut plastik (read = S. Vellu) pun perlu di kemaskan.
Anda buat, anda dapat 

Why Do You Want To Kill Me?


Related Posts with Thumbnails